Khamis, 29 September 2011

macam macam dunia ini akbar dari sarawak- lelaki berseluar dalam

Lelaki berseluar dalam menyorok di siling

Posted on September 28, 2011, Wednesday

TIDUR DI LOKAP: Polis membawa suspek jenayah berulang ke balai polis selepas ditangkap di Kuching kelmarin.
Pemilik rumah terkejut temui lelaki berusia 20-an ketika memeriksa gangguan air
KUCHING: Polis memberkas seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam selepas dijumpai bersembunyi di atas siling sebuah rumah di Batu Kawah, tengah malam kelmarin.
Kehadiran penceroboh itu diketahui apabila pemilik rumah, seorang pemandu di sebuah agensi kerajaan, memeriksa tangki air setelah bekalan air di rumahnya yang terletak di Taman Moyan terganggu ketika beliau hendak mandi.
“Sebaik sahaja saya memanjat siling saya terlihat seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang bersembunyi di satu sudut dengan hanya memakai seluar dalam,” kata pemilik rumah yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
Beliau menambah, kerana bimbang lelaki berkenaan memiliki senjata berbahaya beliau enggan menghampirinya sebaliknya meminta agar dia keluar dari tempat persembunyiannya itu. Apabila lelaki berkenaan enggan melakukan seperti diarah, pemilik rumah berkenaan turun dari siling rumahnya dan menelefon polis. Sepasukan polis tiba beberapa minit kemudian dan menangkap suspek.
Sementara itu, isteri pemilik rumah berkenaan berkata, walaupun tiada barangan hilang beliau dan suaminya hairan bagaimana suspek boleh berada di atas siling rumahnya mereka.
Dalam kes berasingan, polis memberkas suspek kes curi bersiri dengan melakukan beberapa jenayah pecah rumah di sekitar Batu Kawah dalam satu serbuan di rumahnya malam kelmarin.
Bertindak daripada maklumat diterima, satu pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, menangkap suspek berusia dalam lingkungan 20-an, di sebuah rumah teres satu tingkat di Sungai Moyan,
Batu Kawah dan menjumpai sebuah komputer riba dipercayai barang curi.
Sumber memberitahu suspek merupakan penjenayah berulang selain disyaki penagih dadah, pernah ditahan beberapa kali sebelum ini walaupun masih muda.
Sumber itu juga menambah, aktiviti jenayah suspek lebih tertumpu di sekitar Batu Kawah dan beberapa rakan suhabatnya telah diberkas polis baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan