Ahad, 11 September 2011

PELIK NYA DUNIA BUAT PILIHAN TANYA HATI..???

DESC Print
tT

Suri rumah dipenjara dua tahun bunuh orang yg cuba memperkosanya???!!!

Berita ni pelik sikit. Sebab di bawah undang2 Malaysia boleh membunuh kalau utk mempertahan diri atau orang lain(isteri) dari di rogol.

Suri rumah dipenjara dua  tahunOleh  MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
KALAICHELVI diiring keluar daripada Mahkamah Tinggi Ipoh selepas dijatuhi hukuman penjara dua tahun semalam.


IPOH - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi, 24, menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Suami tertuduh, G. Kalipar, 26, yang turut dituduh atas kesalahan sama dibebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Kalipar kemudian didakwa sekali lagi atas tuduhan baharu iaitu melupuskan barang bukti di Mahkamah Manjung kerana membantu isterinya membuang mayat mangsa di kawasan pembetung air di Jalan Lekir, Manjung dekat sini.

Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, tertuduh sepatutnya dihukum lebih berat kerana pembunuhan kejam tersebut.

sumber kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan