Rabu, 30 November 2011

BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN NYA..


dari bunga jadi lah buah- gambar bunga
pisang kaki.-2/12
BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN

1.0 PENGENALAN
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.
2.0 BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
2.1 Delima Hilangkan Masalah Cacing
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan (Rajah 1).
2.2 Kurma Hindar Gangguan Usus
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun. ( Rajah 2 ).
2.3 Pisang Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut (Rajah 3). Musa sapientum
2.4 Mangga Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga , digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat (Rajah 4).Anacardiaceae
2.5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi (Rajah 5).Bromeliaceae
2.6 Belimbing Merawat Kencing Manis
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi (Rajah 6).
2.7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia (Rajah 7).
Pala Melegakan Kembung Perut
Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit (Rajah 8).
2.9 Pinang dengan Pelbagai khasiat
Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau (Rajah 9).
2.10 Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung (Rajah 10).Ebenacea.
2.11 Sengkuang Cina Penawar Bronkitis
Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu (Rajah 11).Cyperacea
2.12 Ciku Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi (Rajah 12).
2.13 Pelbagai Khasiat Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah (Rajah 13).
2.14 Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung
Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.
Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan (Rajah 14).
2.15 Betik Selesaikan Sembelit
Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah (Rajah 15).
KESIMPULAN
Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.
BIBLIOGRAFI

Kisah Gadis Penjual CD dan PESAKIT KANSER.. baca lah

Kisah Gadis Penjual Cd dan Pesakit Kanser.


Ini merupakan sebuah kisah yang mungkin akan membuatkan anda melihat betapa pentingnya kita hidup seolah-olah setiap hari merupakan yang terakhir buat kita...

Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan penyakit kanser yang tiada penawarnya. Kita namakannya sebagai Adam. Dia kini berusia 17 tahun dan dijangka menghembuskan nafasnya yang terakhir bila-bila masa sahaja. Disebabkan oleh keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya, di bawah penjagaan ibunya.

Pada suatu hari, dia membuat keputusan untuk melihat dunia luar setelah sekian lama. "Sekali pun, cukuplah atau mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa," kata hatinya. Setelah memaklumkan kepada ibunya dan ibunya bersetuju. Adam tidak pergi jauh, hanya berjalan sekitar deretan kedai berhampiran rumahnya.

Tiba-tiba Adam berhenti di hadapan sebuah kedai muzik. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke dalam, Adam terpandangkan seorang gadis yang sungguh cantik, lebih kurang sebaya dengan umurnya. Mungkin inilah yang dinamakan cinta pandang pertama. Kaki Adam terus melangkah masuk.

Dia terus maju ke kaunter di mana gadis itu sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman yang sungguh manis kepada Adam sambil bertanya: "Boleh saya bantu?". Di dalam kepala Adam hanya ada senyuman paling manis pernah dilihatnya selama 17 tahun ini. Adam tergamam buat seketika sebelum menjawab dengan nada suara yang agak bergetar (gagap):

"Saya nak beli CD".

Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang sempat tercapai oleh tangannya. Dia kemudiannya menyeluk saku mengeluarkan wang untuk bayaran. "Awak nak saya balut ke?" soal gadis tu lagi bersama senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Adam hanya mampu mengangguk. Si gadis meminta diri untuk ke bilik belakang. Sekali lagi Adam menganggukkan kepalanya.

Sejak hari itu, saban hari Adam akan berkunjung ke kedai tersebut. Dan setiap hari itu jugalah, dia akan membeli CD yang dibalut cantik oleh gadis itu. Adam pula, sekembalinya ke rumah tidak pernah membuka CD-CD yang dibelinya itu dan hanya menyusun di atas rak.

Lagipun, CD-CD tersebut cuma alasan Adam untuk bertemu gadis itu. Adam seorang anak muda yang sangat pemalu. Walaupun dia mencuba sedaya upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis keluar, namun lidahnya kelu. Ibu Adan perasan dengan apa yang berlaku dan sentiasa memberikannya galakan.

Pada suatu hari, Adam nekad. Seperti biasa, dia keluar ke kedai muzik dan membeli Cd dan si gadis akan membalutnya cantik-cantik. Semasa si gadis sedang sibuk membungkus Cd tersebut di bilik belakang, Adam meninggalkan nombor telefonnya di atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.

Keesokan harinya, Adam tidak bertandang ke kedai seperti kebiasaannya. Setelah dua hari berturut-turut Adam tidak muncul di kedai tersebut, lantas si gadis cuba menghubunginya menggunakan nombor telefon yang Adam tinggalkan dua hari lepas.

Si ibu yang menjawab panggilan tersebut. Si gadis meminta untuk bercakap dengan anak lelakinya dan si ibu mula menangis. Gadis itu bertanyakan apa yang telah berlaku?

"Tidakkah kamu tahu, dia telah meninggal dunia dua hari lepas..."

Untuk sekian lama, yang ada hanyalah diam yang panjang. Pada sebelah petangnya, ibu Adam memasuki bilik anaknya kerana begitu terkenangkan Adam. Dia membuka almari dan terperanjat melihatkan cd-cd yang berbalut kemas tanpa satu pun darinya yang dibuka.

Hatinya tertanya-tanya. Dan untuk meleraikan persoalannya itu, si ibu membuka salah satu daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan balutan itu, si ibu ternampak sehelai kertas kecil yang diselitkan di dalamnya.

Kertas tersebut tertulis "Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi. -Sofea"

Si ibu mula meraung setiap kali dia membuka cd- cd tersebut, satu demi satu sehinggalah habis kesemuanya. Tiap satu darinya mengandungi helaian kertas yang tertulis mesej serupa.

"Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi.- Sofea"

Moralnya, begitulah adanya hidup ini. Jangan tunggu untuk menunjukkan kepada seseorang yang istimewa apa yang anda rasakan tentangnya. Kerana esok mungkin sudah terlalu lewat untuk anda berbuat demikian...

Selasa, 29 November 2011

Amalan Kesihatan Dari AL-QURAN Dan Sunnah NABI

Post 
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam…

Sama2lah kita mengamalkannya…….

WallahuA’lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Isnin, 28 November 2011

BAGI PENGEMAR SADIN TAHU KAH ANDA BAHAYA NYA??????????

BARU KU TAHU BAHAYA SARDIN

Erm... saya terjumpa artikel ni dari kotak email, jadi saya ingin berkongsi dengan rakan taulan sekalian. Yang baik kita sebar2 kan, yang tidak baik kita jauhkan

Walau bagaimanapun terpulanglah kepada kalian untuk menilaikan kebenaran artikel di bawah ini. Bagi diri saya sememangnya telah lama tidak memakan Sardin sejak menghidapi penyakit kanser ini, saya banyak berpantang. Ikutilah kisah di bawah ini:-


Penemuan menakjubkan..... JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin.

Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin.

SUSU Kacang SOYA Punca KANSER..

Susu Kacang Soya Punca Kanser.

PECAYA KAH ANDA TENTANG INI.

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual/sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2)

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen/sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung).

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ˜phytic acid" (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3: Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4: link hemaggluttin inilah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuelnya).

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!!! Pergh...!!!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
ini lagi satu kesukaan orang kita yang selalu kita minum. malah ia jadi juadah wajib bagi isi rumah tangga kita fikir-fikir kan lah wahai sahabat ku yang budiman...

Makanan Yang Penyebab KANSER, ELAKKAN!!!!!!

Makanan Penyebab Kanser, Elakkan!!!!



Hot dogs
Hot Dogs - Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kana Hot Dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.
Daging yang diproses
Daging yang diproses - Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung.
Donut
Donut - Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.

Kentang Goreng
Kentang Goreng - Ia patut dipanggil kancer-fries dan bukan french-fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada 'hidrogenated oils' dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides, salah satu bahan penyebab kanser.

Keropok
Keropok, snack dan biskut serta yang seumpamnya - Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi 'Trans-fat'
 
Tidak kah ini makanan yang kita amat kita gemari bila dan setiap masa. malah ini ada lah makan yang mudah untuk kita masak atau kita memendik kan masa kita yang amat sebok buat yang berkejaya. ini lah juadah hidagan yang di pilih untuk kita bila masa di saat memandu tika itu mudah untuk menanti kesebokkan lalulintas yang sebok waktu pulang kerja. kesesakkan lalulintas saat2 nya lah kita menjamu selera kita. malah ibu bapa yang pulang kerja di beli untuk anak-anak di rumah yang lapar kerana kita pulang kerja dah lewat.
 
dari itu buat tatapan ibu bapa ingat lah bukan tidak boleh makan tapi jagan lah di makan selalu. ingat lah kita lah penyumbang penyakit anak kita dan diri kita sendiri. ingatan dari ''sinar terang''

Pecaya Kah Anda KANAK2 4 Tahun PUN Mengidap Kanser PayuDara.

Inilah Kanak-Kanak Berumur 4 Tahun Yang Menghidap Kanser Payudara


Aleisha Hunter


kesian budak ni

Aleisha Hunter, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun adalah seorang kanak-kanak yang termuda disahkan menghidap kanser payudara. Aleisha yang berasal dari Toronto, Canada itu terpaksa menjalani pembedahan mastectomy iaitu pembedahan untuk membuang payudaranya.

Walaubagaimanapun, pembedahan itu telah berjaya menghalang kanser itu dan kini Aleisha dilaporkan sihat walafiat.

Ibunya, Melanie Hunter berkata beliau terkejut kerana terasa benjolan (lump) di dada anaknya itu ketika sedang mengeringkan Aleisha selepas mandi. Kejadian itu berlaku pada tahun 2008 ketika Aleisha berusia 2 tahun!
Benjolan sebesar kacang hijau itu pada mulanya disangkakan penyakit kulit yang biasa, namun Melanie terkilan apabila diberitahu keadaan sebenar anaknya. Aleisha kemudiannya dihantar untuk pembedahan mastectomy dan pemeriksaan lanjutan mendapati kanser itu tidak lagi merebak.
Beliau kemudiannya dibenarkan pulang selepas 3 hari. Pakar bedah, Dr Nancy Down berkata beliau tidak pernah berjumpa pesakit yang begitu muda untuk menghidap kanser payudara sepanjang 25 tahun kariernya.
Sumber sinar terang.
 
ingatan ini buat semua lelaki dan wanita yang harus menjaga kesihatan diri. dari semua faktor kesihatan diri kita bersama pasagan bagi mereka yang berumah tangga. malah bagi yang belum berpunya kita harus lah mengesan ini demi masa hadapan bila kita akan berkonsi hidup.

KHASIAT Durian Belanda Pembunuh Semulajadi KANSER..

Durian Belanda Pembunuh Semulajadi Kanser.

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi Kenapa Kita Tidak Tahu.?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari Buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

"Harap dapat kirimlanjutkan (Forward) artikel diatas kepada teman-teman dan insan tersayang yang anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan dan sumbangan ikhlas dari anda untuk mereka semua".

USTAS MUHAMMAD KAZIM di TV AL HIJRAH 8.00 mlm ini


ASSALAMUALAIKUM 8.00 MLM INI USTAZ KAZIM AKAN DI SIAR KAN TEMURAMAH BERSAMA TV ALHIJRAH. JAGAN LUPA SAKSI KAN BAGI MEREKA YANG ADA ASTRO.

Ahad, 27 November 2011

Israel Akan HANCUR Dalam SEMINGU Kata IRAN.

Israel Akan Hancur Dalam Seminggu



Ketua staf presiden Iran, Esfandiar Mashaei Rahim Rabu lalu mengatakan bahawa jika Israel menyerang Iran, maka Iran akan menghancurkan Israel dalam masa seminggu.
Berbicara pada conference politik ultra-konservatif di Iran utara, Mashaei berkata, “Jika regim Zionis menyerang Iran, kaum Zionis tidak akan memiliki lebih dari satu minggu untuk hidup.”
Pejabat berita separuh rasmi Iran, Fars mengutip mengatakan bahawa Iran akan menghancurkan Israel dalam waktu kurang dari 10 hari.

Mashaei, yang juga bekas wakil presiden Iran, menambahkan bahawa sekatan baru yang akan dikenakan pada Iran kerana program nuklear hanya akan merugikan negara-negara Barat.
Negarawan Iran ini sebelum ini pernah membuat kontroversi sinar terang dengan mengatakan bahawa Iran adalah rakan kepada orang-orang Israel. Dia kemudian menarik kembali pernyataannya itu dan sekarang mengeluarkan pernyataan yang bertentangan dengan yang sebelumnya dengan mengatakan Israel harus dihancurkan.
Pada kunjungan ke Arab Saudi, Mashaei mendakwa bahawa penghapusan Israel harus menjadi tujuan global. Dia pernah mengatakan kepada Presiden Sudan Umar al-Bashir bahawa regim Zionis korup dan penjahat, bukan hanya merugikan dunia Arab dan Islam, tetapi semua umat manusia.

Ini lah yang kita mahu jika ada negara ISLAM yang Berani Bangkit menentang Yahudi Lahnat ini. bagi mereka yang begitu langtang menhentam  neraga islam. ingat lah yahudi lahnat ALLAH BERSAMA KAMI..
TAKBIR 3X

IKTIBAR BUAT KITA. DARI KISAH KANAK2 HILANG RM 1.

Kanak-kanak hilang RM1


ada kah kita jua sama serperti anak ini.

Alkisah seorang kanak-kanak hilang duit sebanyak RM1. Kemudian dia menangis teresak-esak.
Secara kebetulan pak ciknya lalu di depan kanak-kanak itu dan berkata “Boboi kenapa kamu menangis?”
“Duit saya hilang RM1″ kata kanak-kanak itu sambil terus menangis.
“La..RM1 jer hilang..” “Nah pak cik bagi RM1,dah jangan menangis…”
Kanak-kanak tersebut mengambil duit RM1 itu tetapi menangis lagi.
“Kenapa menangis lagi? Kan Pak Cik dah bagi kamu RM1?”

“Kalau duit saya tak hilang duit saya dah RM2 sekarang”katanya sambil menangis
Pak cik tersebut pening…
“Terpulang la kat anak..” Malas nak layan dan terus meninggalkan kanak-kanak tersebut yang menangis meraung-raung.
Kemudian bapanya pulang dari kerja dan mendapati anaknya masih menangis.
“Kenapa sayang? Menangis ni? mata kamu pun dah bengkak, mesti menangis dari tadi ya?” tanyanya sambil menyapu air mata anaknya.
“Duit saya hilang RM!” kata anaknya mengadu.
“Ooohhh…tapi tu ada duit RM1 tu kat tangan Boboi? Kata tadi hilang?” tanya bapanya hairan kerana dia melihat anaknya memegang duit RM1.
“Ini dari pak cik…. duit saya hilang. Kalau tidak hilang saya ada RM2” jawabnya sambil terus menangis.
“Sudahlah…. nih ayah ganti. Ayah ganti dengan duit yang lebih besar. Ayah kasi kamu RM10 jangan menangis lagi tau!” kata ayahnya sambil menyerahkan duit RM10
Anaknya menerima duit itu. Tetapi tetap menangis juga. Ayahnya hairan, kemudian bertanya lagi.
“Kenapa masih menangis saja? Kan sudah diganti?”
“Kalau tidak hilang, duit saya dah ada RM 12…”
Ayahnya hanya geleng-geleng kepala.
“Kalau gitu dikasi berapa pun, kamu akan terus menangis .” sambil mendukung anaknya.
Moral SINAR TERANG:
Ini kisah betul? Tidak juga, ini hanya rekaan semata-mata. Dalam kenyataan ramai orang yang memiliki sikap seperti kanak-kanak tadi. Dia hanya melihat apa yang tidak ada, dia hanya melihat apa yang kurang, tanpa melihat sebenarnya dia sudah memiliki banyak perkara. Sifat manusia yang selalu merasa kurang padahal nikmat Allah begitu banyak sudah dia terima.
Ramai orang mengeluh tidak berjaya dalam perniagaan, sebab dia tidak ada modal. Padahal modal hanyalah salah satu yang diperlukan dalam perniagaan. Boleh jadi dia sudah punya masa, punya tenaga, dan punya ilmu untuk perniagaan. Namun dia tidak bertindak sebab dia hanya fokus melihat kekurangan, bukannya bertindak dengan memanfaatkan apa yang ada.
Mula Bertindak Sekarang Dari Yang Sudah Ada.
Bersyukurlah jika anda merasa tersindir dengan dongeng motivasi diatas. Ini bermaksud anda perlu berubah sekarang.

Jumaat, 25 November 2011

AMALAN INI JAGAN LUPA BILA KITA MAHU TIDUR

Amalan Sebelum Tidur


*Gambar hiasan.
Korang mesti dah pernah mendengar ini, SINAR TERANG saja nak refresh…
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA:
“ya Aishah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
1. Sebelum khatam Al-qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. sebelum para muslim meridhai kamu
4. sebelum kau melaksanakan haji dan umrah
Bertanya Aisyah:
“Ya rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau tidur bacalah Al-ikhlas 3x seakan-akan kau menghatamkan Al- qur’an.”
2. “membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat”.
3. “Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhai kamu.” Astagfirullahalazim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih (3x)
4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”. Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu allahu akbar (3x)
Wallahualam
Posted @

GAMBAR LUKISAN ANAK YANG SAYANG KAN IBU YANG MENYAYAT HATI KITA.

Gambar Yang Menyentuh Hati

Dari email blalang_group
Gambar yang amat menyentuh hati. Seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu :



Terbaca kisah adik ni dalam internet…..mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia…..dia cuma budak berusia 4 tahun….
Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….
Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?
Note:
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?…
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.
Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan
Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.
Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya.
Amin..

KISAH BENAR LAGINDA WONG FEI HUNG SEBENAR NYA BERUGAMA ISLAM..

Wong Fei Hung Orang Islam

WONG FEI HUNG ADA LAH ISLAM.
KITA DI TIPU YANG MENYATAKAN
WIRA INI BERUGAMA BUDHA
 
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China. Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.

Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti
Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . W

ong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang
perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Isnin, 21 November 2011

sinar terang - Raihan - Senyum. senyum lah pasukan bola sepak malaysia



LAGU INI BUAT PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA. TAHNIAH DARI SEMUA RAKYAT MALAYSIA DANSEMUA KONTIJEN MALAYSIA YANG TELAH MENHARUM KAN MALAYSIA DI MATA DUNIA MALAYSIA BOLEH 3X. SUKUR KAMI PADA MU YA ALLAH AMIN.

Ahad, 20 November 2011

iklan yang xpernah ada di malaysia lawakkkk

Adnan Sempit 2 Trailer best lagi dari satu

DOKTOR PALSU SUNTIK CAMPURAN SIMEN DAN GAM BUATAN UNTUK IMPALAN PUNGGUNG


DOKTOR PALSU MENYUNTIK CAMPURAN SIMEN DAN GAM BUATAN UNTUK IMPLAN PUNGGUNG

Number of view781

Seorang doktor palsu disyaki menyuntik bahagian punggung seseorang wanita dengan simen dan gam super untuk implan punggung supaya kelihatan montok. Seorang wanita yang telah menjalani prosedur ini tampil membuat aduan kerana nampaknya punggungnya kelihatan membesar tetapi bentuknya kelihatan agak tidak normal.
Doktor palsu ini menawarkan harga $700 untuk prosedur ini. polis berkata mangsa telah diberikan satu siri suntikan yang mengandungi simen, minyak mineral dan fix-A-Flat inflator tayar dan sealant.
Oneal Ron Morris telah ditangkap dan kini polis sedang menjalani siasatan kerana mereka bimbang ada mangsa lain yang telah melakukan prosedur ini. Ini kerana pada bulan februari lepas seorang gadis berusia 20tahun meninggal dunia akibat melakukan prosedur yang sama seperti yang dilakukan oleh doktor palsu ini… - DailymaiL

INI KAH MARUAH MELAYU YANG MUDAH DI BELI DEGAN DUIT - EZAM MOHD NOOR

Memoir Syed Husin: Ezam Keluar Parti Kerana Wang

Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

Dalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".

"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

“Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang,” katanya.MK

Sabtu, 19 November 2011

Apa Kata Bangsa CINA Pada Orang MELAYU Malaysia......

ingat lah pada ALLAH..

 

Bangkitlah Melayu Islam..
Bukan nak racis, saja menyedarkan bangsaku agar jangan terus Me.. LAYU. Jangan teruss TANAH Dipijak Milik Orang..

•KAMI datang dalam kemiskinan, anda sudah ada berada di sini semenjak nenek moyang anda.
•KAMI duduk dibawah terik matahari berniaga, semasa anda meminta bahagian anda dari cukai.
•KAMI mengira saving dan expense keluarga kami, semasa anda mengira apa yg boleh anda belanjakan dgn wang anda.
•KAMI berusaha mencari apa yg boleh kami jadikan wang, ketika anda sedang berusaha mencari apa yg boleh dijadikan barang.

•KAMI rela makan nasi 1 kali sehari demi masa depan, semasa anda menuntut makan 3 kali sehari.
••….50 TAHUN BERLALU….••
(*) KAMI menikmati apa yg telah kami perjuangkan, semasa anda berkata “Cina tak guna, kawal ekonomi negara
kami!”
(*) KAMI melancong ke luar negara setiap tahun,semasa anda kecoh akan kenaikan harga barang.
(*) KAMI bersyukur atas hasil kerja keras kami semasa anda sedang mengutuk negeri ini.
(*) KAMI bercerita tentang bagaimana indahnya hidup ini,ketika anda bercerita tentang pahitnya hidup sekarang ini.
(*) KAMI berfikir makan apa esok, ketika anda berfikir apakah esok dapat makan.
(*) MASA kami menikmati puncak kejayaan, anda menyalahkan kami atas kemiskinan keluarga anda.
(*) KAMI tahu kami hanya pendatang, tapi kami tahu bagaimana membuat kami menjadi lebih bererti di mata bangsa2 lain.
(*) KAMI tahu kami hanya penumpang, tapi kami tahu bagaimana kami berjuang dlm sukarnya hidup menumpang.
(*) KAMI berusaha, wang bukan jatuh dari langit. Kini anda yang meratap mengapa negeri ini penuh dgn kami yg berada diatas…
(*) KAMI bukan sombong, kami bukan membenci anda, tapi kami ingin hidup seperti apa yg nenek moyang kami ajarkan…..
“JANGAN MEMINTA, TAPI BERUSAHA”!!!!

Ini Kisah Benar Hati-hati Dish Break BERASAP.

Hati-hati disc break berasap!

Dari email blalang_group

Assalammualaikum wbt
Aku nak ceritakan satu kes yang terjadi pada kawan aku yang mana cerita ini nanti boleh kita semua jadikan iktibar.Mungkin ada antara kita pernah dengar cerita ini atau mungkin juga pernah mengalaminya.
Ceritanya mcm ni. time kawan aku tengah drive kat area jalan cheras-kajang (beware sebab kat sini selalu terjadi kes ini) tiba2 disc break keretanya berasap.
(mahunya tak panik kan) dan tiba2 plak ade sorang mamat india ni lalu kat sebelah dia bawak motor offer diri nak tolong( pada hal time dia lalu sebelah kereta kawan aku tadi,mamat tu dah simbah minyak enjin kat disc break kwn aku).
Then kawan aku ni stopkan kereta dia sbb dah cuak tengok disc break berasap.

Sebab tak penah kena pun sebelum ni, bila dah parking tepi jalan, mamat tu bagitahu mungkin disc break kereta kawan aku tu dah rosak dengan menunjukkan bukti ada kesan minyak dekat disc break (padahal dia yg simbah minyak enjin kat situ).
Then mamat tu suruh kawan aku tu putarkan stereng kereta untuk tengok cabel pump disc break.
Time ni lah dia wat keja terkutuk dia, bila kawan aku berada di dalam kereta untuk putarkan stereng, time tulah mamat tu cabutkan cabel disc break supaya semua minyak disc break habis.lalu mamat tu cakaplah yg disc break kereta ni dah rosak, kena repair dalam rm500-rm800 padahal trick dia simbah minyak enjin ke disc break…….disc break akan panas bile kereta bergerakkan dan sebab itulah keluar asap kerana minyak enjin itu bergesel dgn disc break.
So time tu, dia offer kat kawan utk repair dan mamat tu cakap dia ade kenal bengkel (mayb dia dah JV dgn bengkel tu) tpi nasiblah akal kwn aku tu panjang cket, dia call kwn2 dan ceritakan mslh nya, kwn2 dia pun advise suruh call towing utk gi repair kt bengkel kawan abg dia. bila dlm lori tu, driver lori tu (juga india) bgtahu yg dalam minggu tu dah 5 bijik kereta dia dah towing semua kes mcm dia jugaklah, konon2nya
disc break rosak, padahal ada orang dajalkan dengan simbah minyak enjin kt disc break supaya berasap.
So kwn aku g bengkel letak balik minyak disc break yg harga dia tak smpai pun rm100. Nasib tak kopak dan ditipu sampai rm500-rm800..perghhh modal dengan minyak enjin ke dah untung beratus2..cilaka punye orang..
Dulu top kisah orang campak paku kat jalan kasi tayar motor bocor, mayb ni plak trick baru simbah minyak enjin kt disc break supaya berasap, pastu konon2 nak tolong kata disc break rosak kena repair.
Selepas je kejadian tu, kawan aku dpt tolong sorang brader ni dari kena tipu mcm dia jugak, kes yg sama iaitu kes disc break berasap.berlaku kat tepi jalan kt tesco extra kt taman midah dekat gak area jalan cheras-kajang kan (beware).
Nasib lah dia dapat tolong brader tu dari kena tipu. brader tu pun cerita sebijik yg mcm kawan aku tu kena
So lepas ni kalu terjadi kat korang baik lah hati2. aku cuma share cerita je.
p/s:
1. maybw diorg dah awal2 simbah minyak enjin kt disc break kereta time parking. maknanya dia dah marking dulu mangsa.atau,:
2. Dia simbah time dia follow kereta tu, yg ni lagi otai, ntah bile lah diorg leh simbah minyak tu.
Tak perlu minta izin untuk share..

Adakah Gaya Tudung WANITA ISLAM Menyerupai Rahib Perempuan Kristian ?

Adakah Gaya Tudung Kita Menyerupai Pakaian Rahib Perempuan Kristian?

  • 1590
     
    Share
  •  1590Share
Bismillahirrahmanirrahim.....
Soalan: Salam ustaz, saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian. Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng’pin’kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan. Harap ustaz dapat memberikan penjelasan.
Jawapan:
Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah:
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)
Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya;
“Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).
Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;
“Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar).
Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).
Admin: Kesalahan tudung yang dipakai itu (wanita Islam di atas) adalah kerana ia terlalu menonjol, menarik perhatian dan tabarruj. Selain itu kesalahan besar pakaian itu juga adalah kerana ia telah menimbulkan fitnah yang besar di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya.
Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.
Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka di tempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; “Harus”. Dikatakan kepadanya; “Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)”. Imam Malik menjawab; “Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai”.
Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….).
Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.
Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukakan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
  1. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya” (Faidhul-Qadier, 6/104).
  2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama” (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
  3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
  4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain” (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).
Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati Kristian? Persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati Kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.
Nota hujung:
[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.
Dipetik dari HarakahDaily

Jumaat, 18 November 2011

CALUN-CALUN SYURGA DAN NERAKA ALLAH SIAPA....?

INI KAH NAMA NYA NERAKA ALLAH...

Sabda Rasul saw : "Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga." Sahabat bertanya : "Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw : "Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga."
Hadis ini menjelaskan kepada kita calon syurga ialah mereka yang taat kepada Allah swt dan melaksanakan sunnah Rasulullah saw sementara calon neraka pula ialah mereka yang melanggar perintah Allah swt, melakukan maksiat dan mungkar serta derhaka kepada Allah swt dan Rasul-Nya .
Antara calon neraka ialah mereka yang melampaui batas agama. Tidak peduli dosa dan pahala. Mereka bertindak berasaskan nafsu dan syahwat.
Memburu kepentingan duniawi tanpa peduli halal dan haram. Demikianlah firman Allah swt :
"Maka adapun sesiapa yang melampaui batas (melakukan perbuatan yang ditaja oleh nafsu dan syaithan) dan terlalu kemaruk dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan akhirat maka sesungguhnya neraka jahannam lah tempat tinggal yang layak buat mereka."
Sementara calon syurga pula ialah mereka yang takut kepada Allah swt Tuhan yang Maha Agong. Tidak berani mengangkat muka untuk derhaka dan melanggar hukum Allah swt. Juga orang yang mencegah dirinya dari perangkap nafsu dan syahwah serta bebas dari melakukan perbuatan terlarang seperti rasuah, judi, arak, zina, pecah amanah, zalim dan sebagainya. Firman Allah swt :
".. dan adapun mereka yang takut kepada Tuhannya yang Maha Tinggi dan mencegah dirinya dari nafsu dan syahwah maka sesungguhnya syurga adalah tempat tinggalnya yang paling layak." (Surah an Naazia't : 38 - 41)
Tegasnya syurga tidaklah mudah untuk dimasuki melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah swt, justeru syurga hanyalah diwariskan kepada mereka yang bertaqwa. Taqwa dengan maksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah swt.
"Demikian syurga yang kami wariskan dari kalangan hamba-hamba kami akan mereka yang benar-benar bertaqwa." (Surah Maryam : 63)
Sebahagian dari penegasan Al Quran sebagai kalamullah dalam menetapkan calon neraka dan calon syurga dapat kita lihat dari ayat ini :
".. bahkan mereka yang melakukan kejahatan (rasuah, judi, arak, zina, pecah amanah, zalim dan sebagainya) dan ia terus hanyut tenggelam dalam kejahatannya maka mereka adalah penghuni neraka, mereka pula kekal di dalamnya sementara orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, merekalah penghuni syurga, mereka pula kekal di dalamnya." (Surah Al Baqarah : 81)
Ayat-ayat di atas, bolehlah dinilai oleh setiap individu, bagaimana keadaan kita.
Ia pasti sahaja melewati batas sempadan parti politik dan kepentingan suku kaum.
Siapa jua yang tidak melandasi hidup berasaskan manhaj rabbani dan sunnah an nabawi maka ia sendiri tahu bagaimana nasib dan masa depannya di akhirat kelak.
Selebihnya menjadi milik mutlak Allah swt untuk menetapkan keputusannya berkait syurga dan neraka.
Namun tidaklah salah jika kita menyebut kalau kamu buat begini jawabnya neraka dan kalau kamu buat begini tentunya syurga balasan ke atas kamu.
Seperti kita menyebut kepada anak kita, "Hei Awang! Jangan mencuri nanti kamu masuk neraka" atau sebaliknya "Hei Awang! Sembahyanglah kalau kamu nak masuk syurga."
Tentu tidak salah perkataan-perkataan tersebut justeru ia bermaksud untuk mendidik anak bukan menentu syurga atau neraka buat sang anak.