Ahad, 13 November 2011

kerana ingin cantik / hidung bernanah kasihan


Gara-gara hendak cantik dan mempunyai hidung yang kecil, seorang wanita terpaksa menanggung derita kehilangan hidungnya ekoran suntikan kosmetik yang dilakukan.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Puan Kuo, 48, berkata, dia mendaftar untuk pakej pembedahan kosmetik bernilai RM20,000 bagi perkhidmatan melangsingkan badan, pencerahan kulit, rawatan muka serta suntikan mencantikkan hidung di sebuah pusat kecantikan di sini.

“Pada 14 September lalu, juruterapi kecantikan memberi suntikan pertama ke dalam hidung saya dan pada masa itu ia masih dalam keadaan baik.

“Malangnya selepas suntikan kedua pada 1 Oktober lalu, kulit hidung saya mengelupas dan menjadi hitam dalam tempoh dua minggu,” katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Puan Kuo yang berasal dari Singapura berkata, keadaan hidungnya semakin teruk sehingga bernanah
 
ALLAH telah mencipta kan semua hamba nya cantik kerana sombong lelaki dan wanita buat pembedahan dan suntikan ini lah akibat nya.
takut rupa buruk tangung lah derita diri yang lemah akal. ini lah akibat nya..
kebodohan sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan