Memaparkan catatan dengan label bodoh nya dia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bodoh nya dia. Papar semua catatan

Rabu, 30 Januari 2013

TRAGEDI ! INGAT NAK BEGURAU MATI. MEMANG MATI BETUL2


Seorang budak lelaki secara tidak sengaja terjerut lehernya dengan baju kotnya sendiri ketika mahu mengusik ibunya, supaya membantu menyelamatkannya, menurut satu inkues.

Marlowe Isaac Myers, 12, ditemui tergantung pada penyangkut baju kotnya di dapur rumahnya di Cambridge ketika bergurau dengan ibunya yang lumpuh dan berkerusi roda.

Ibunya, Nicki Myers, 39, cuba memotong baju kot itu dengan pisau bagi menyelamatkan anaknya itu, tetapi oleh kerana penyangkut baju itu terletak terlalu tinggi dia mengambil pisau yang lebih besar untuk menyelamatkan anaknya yang sedang terjerut leher.

Ibunya kemudian memanggil paramedik untuk menyelamatkan budak itu, tetapi Myers diisytiharkan meninggal dunia di Addenbrooke’s Hospital, Cambridge.

Koroner, David Morris menolak insiden itu sebagai membunuh diri ketika inkues di Mahkamah Lawrencfe, Huntingdon, Cambridgeshire, hari ini dan bertegas menyatakan bahawa budak itu secara tidak sengaja terjerut lehernya ketika bergurau dengan ibunya.

Menurut mahkamah, polis turut menemui sebuah kerusi di sebelah tempat penyangkut baju itu, sekali gus menunjukkan budak itu mahu memakai jaket itu ketika baju itu masih tersangkut di tempat mengantung baju.

“Saya percaya Isaac tidak membunuh diri dan kami juga tidak boleh menolak kemungkinan budak itu mungkin mahu mengusik ibunya, kerana dia sering bergurau dengan ibunya atau bermain dengan baju kot itu.

Jumaat, 13 April 2012

EEEEEE... MENGERIKAN SANGGUP KAN ANDA BUANG LEMAK SERPERTI INI.. - JANGAN LAH GEMUK SANGAT -


Beginilah Cara Buang Lemak

Memang boleh dikatakan semua orang tidak mahu gemuk dan banya lemak. Jadi berbagai cara digunakan untuk mengelakkan kegemukan, dan bagi yang sudah melaluinya sanggup menggunakan pelbagai cara untuk membuang lemak tersebut. Antaranya ialah seperti gambar di bawah ini - posted@malaysiasensasi.net

Selasa, 28 Februari 2012

KISAH BENAR - '' KUASA ALLAH '' Pelukis Kartun NABI MUHAMMAD S. A. W. MATI DI BAKAR API YANG DATANG ENTAH DARI MANA...

Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar! sumber: fb Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Ahad, 20 November 2011

DOKTOR PALSU SUNTIK CAMPURAN SIMEN DAN GAM BUATAN UNTUK IMPALAN PUNGGUNG


DOKTOR PALSU MENYUNTIK CAMPURAN SIMEN DAN GAM BUATAN UNTUK IMPLAN PUNGGUNG

Number of view781

Seorang doktor palsu disyaki menyuntik bahagian punggung seseorang wanita dengan simen dan gam super untuk implan punggung supaya kelihatan montok. Seorang wanita yang telah menjalani prosedur ini tampil membuat aduan kerana nampaknya punggungnya kelihatan membesar tetapi bentuknya kelihatan agak tidak normal.
Doktor palsu ini menawarkan harga $700 untuk prosedur ini. polis berkata mangsa telah diberikan satu siri suntikan yang mengandungi simen, minyak mineral dan fix-A-Flat inflator tayar dan sealant.
Oneal Ron Morris telah ditangkap dan kini polis sedang menjalani siasatan kerana mereka bimbang ada mangsa lain yang telah melakukan prosedur ini. Ini kerana pada bulan februari lepas seorang gadis berusia 20tahun meninggal dunia akibat melakukan prosedur yang sama seperti yang dilakukan oleh doktor palsu ini… - DailymaiL

INI KAH MARUAH MELAYU YANG MUDAH DI BELI DEGAN DUIT - EZAM MOHD NOOR

Memoir Syed Husin: Ezam Keluar Parti Kerana Wang

Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

Dalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".

"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

“Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang,” katanya.MK

Ahad, 13 November 2011

gambar pemandu BMW langgar budak hingga mati di cina lagi

 

Lagi kejadian langgar budak di China. Seorang anak kecil berusia 3 1/2 tahun dilanggar kereta BMW X6 ketika sedang bermain. Kejadiannya bermula ketika pemandu hendak mengundurkan keretanya, dia tidak menyedari bahawa ada anak kecil yang sedang berdiri  di belakang keretanya.

Akibatnya kereta tersebut melanggar anak kecil itu hingga terkapar dan tayar kereta melindas badannya sehingga anak kecil itu mati.Terlihat kaki mangsa yang kecil menggelepar kesakitan. Pemandu kereta telah ditahan polis atas tuduhan kekerasan. Berikut gambar kejadian itu

kerana ingin cantik / hidung bernanah kasihan


Gara-gara hendak cantik dan mempunyai hidung yang kecil, seorang wanita terpaksa menanggung derita kehilangan hidungnya ekoran suntikan kosmetik yang dilakukan.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Puan Kuo, 48, berkata, dia mendaftar untuk pakej pembedahan kosmetik bernilai RM20,000 bagi perkhidmatan melangsingkan badan, pencerahan kulit, rawatan muka serta suntikan mencantikkan hidung di sebuah pusat kecantikan di sini.

“Pada 14 September lalu, juruterapi kecantikan memberi suntikan pertama ke dalam hidung saya dan pada masa itu ia masih dalam keadaan baik.

“Malangnya selepas suntikan kedua pada 1 Oktober lalu, kulit hidung saya mengelupas dan menjadi hitam dalam tempoh dua minggu,” katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Puan Kuo yang berasal dari Singapura berkata, keadaan hidungnya semakin teruk sehingga bernanah
 
ALLAH telah mencipta kan semua hamba nya cantik kerana sombong lelaki dan wanita buat pembedahan dan suntikan ini lah akibat nya.
takut rupa buruk tangung lah derita diri yang lemah akal. ini lah akibat nya..
kebodohan sendiri...

Khamis, 29 September 2011

ini kah rupa syaitan yang menyerupai maknusia

 Utusan Borneo - Berita Tempatan - Guru agama mempunyai niat untuk mencabul kanak-kanak

Guru agama mempunyai niat untuk mencabul kanak-kanak

Posted on September 29, 2011, Thursday
KUCHING: Saudara-mara seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun membuat laporan polis Selasa lalu dengan mendakwa seorang guru agama di sekolahnya mempunyai niat untuk mencabul kanak-kanak tersebut.
Ibu saudara kanak-kanak itu memberitahu pemberita, insiden berkenaan berlaku di sekolahnya di Semariang sekitar jam 5 petang selepas tamat kelas agama.
“Anak saudara saya sedang menunggu ibunya keseorangan apabila guru terbabit yang dipercayai dalam lingkungan umur 20-an membawanya ke sebuah bilik dengan alasan untuk mengajarnya bagaimana untuk mengambil air sembahyang,” katanya.
Tambahnya, guru itu asyik cuba memujuk anak saudaranya itu memasuki sebuah bilik gelap tetapi enggan dan mula menangis sebelum lari dan kemudian memberitahu ibunya mengenai insiden itu.
“Saya percaya, guru itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap anak saudara saya kerana dia tidak ada sebab untuk membawanya ke dalam bilik itu seorang diri.
“Dia kononnya, mahu menunjukkan cara mengambil air sembahyang tetapi kenapakah dia mahu berbuat demikian seorang diri dan tidak semasa kelas bersama murid lain?” tanyanya kehairanan.
Dia juga berkata, dia cuba menghubungi ustaz berkenaan yang mengajar di sekolah terbabit sebagai guru sandaran – tetapi tidak dapat dihubungi.
Selain itu, ibu saudaranya mendakwa beberapa orang guru dari sekolah yang sama diketuai guru disiplin datang ke rumahnya petang hari yang sama untuk membincangkan perkara itu.
Bagaimanapun, suaminya yang bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri menolak usaha mereka dan menasihati isterinya untuk membuat laporan polis.
Keluarga saya berasakan ia adalah demi kebaikan anak saudara kami yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, untuk melaporkan perkara itu kepada polis sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kaum hawa daripada guru-guru yang berniat jahat,” tambahnya.

ingat lah kita ustaz ada berbagai jagan hanya nampak memakai kopiah putih itu layak di gelar ustaz

JAGA-JAGA Pengawal pun pandai mencuri

Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Pengawal pecah masuk rumah pangsa, disyaki mencuri barang milik penyewa

Pengawal pecah masuk rumah pangsa, disyaki mencuri barang milik penyewa

Posted on September 29, 2011, Thursday
PENCURI KOMPONEN ENJIN: Kedua-dua remaja ditahan oleh polis untuk disoal siasat.
KUCHING: Seorang pengawal keselamatan disyaki menyalah guna kuasa dengan mengambil kesempatan memecah masuk beberapa unit rumah pangsa dan melakukan perbuatan mencuri sejak beberapa bulan lalu.
Pengawal terbabit menjadi suspek kecurian setelah dilihat di dalam sebuah unit di rumah pangsa Stutong yang disewa oleh tujuh pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan pagi Selasa lalu.
Seorang pelajar yang ditemui berkata dia dan dua rakannya pulang dari kelas sekitar jam 10 pagi dan terlihat pengawal lingkungan umur 20-an berada di dalam unit rumah yang berkunci itu.
Ketika ditanya apa yang dilakukannya di dalam rumah, pengawal terbabit memberitahu pihak pengurusan rumah pangsa mengarahkannya membaiki sinki yang tersumbat.
Percaya dengan katanya, ketiga-tiganya meninggalkan rumah dan pulang sekitar jam 5 petang dan mendapati komputer riba milik salah seorang daripada mereka hilang.
Pelajar-pelajar berkenaan mengajukan rasa curiga mereka kepada pihak pengurusan dan hanya mendapati pengawal terbabit tidak ditugaskan untuk membaiki apa-apa di unit pangsa mereka.
Menurut pelajar terbabit, terdapat beberapa kerja baik pulih yang perlu dilakukan di dalam unit pangsa menyebabkan dia dan rakan sebilik telah meninggalkan kunci pendua kepada pengawal berkenaan mengikut prosedur standard jika terdapat kerja baik pulih dijalankan.
Pelajar terbabit kemudiannya mengetahui rakan mereka yang tinggal di tiga unit rumah pangsa lain turut menjadi mangsa kecurian dalam tempoh beberapa bulan lalu selepas meninggalkan kunci kepada pengawal yang sama.
Bagaimanapun, kecurian dua sinki aluminium dan sebuah komputer riba di tiga buah unit rumah pangsa itu tidak dilaporkan kepada pihak polis kerana pelajar berkenaan tidak pasti dan tidak mempunyai bukti kukuh.
Mangsa terbaru melaporkan kes berkenaan ke Balai Polis Simpang Tiga.
Dalam kes berlainan Selasa lalu, dua remaja ditahan polis selepas ditangkap berdasarkan bukti pada kamera litar tertutup (CCTV) mencuri komponen bermotor.
Insiden berlaku sekitar jam 8 malam setelah pemilik bengkel di Demak Laut pulang ke premis dan mendapati beberapa komponen pada van syarikat hilang.
Setelah melihat pada CCTV, pemilik mengenali penduduk berdekatan yang melakukan kecurian berkenaan.
Pemilik ke rumah suspek dan menyerahkan pencuri kepada pihak polis dan kedua-dua remaja ditahan untuk siasatan lanjut.

macam macam dunia ini akbar dari sarawak- lelaki berseluar dalam

Lelaki berseluar dalam menyorok di siling

Posted on September 28, 2011, Wednesday

TIDUR DI LOKAP: Polis membawa suspek jenayah berulang ke balai polis selepas ditangkap di Kuching kelmarin.
Pemilik rumah terkejut temui lelaki berusia 20-an ketika memeriksa gangguan air
KUCHING: Polis memberkas seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam selepas dijumpai bersembunyi di atas siling sebuah rumah di Batu Kawah, tengah malam kelmarin.
Kehadiran penceroboh itu diketahui apabila pemilik rumah, seorang pemandu di sebuah agensi kerajaan, memeriksa tangki air setelah bekalan air di rumahnya yang terletak di Taman Moyan terganggu ketika beliau hendak mandi.
“Sebaik sahaja saya memanjat siling saya terlihat seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang bersembunyi di satu sudut dengan hanya memakai seluar dalam,” kata pemilik rumah yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
Beliau menambah, kerana bimbang lelaki berkenaan memiliki senjata berbahaya beliau enggan menghampirinya sebaliknya meminta agar dia keluar dari tempat persembunyiannya itu. Apabila lelaki berkenaan enggan melakukan seperti diarah, pemilik rumah berkenaan turun dari siling rumahnya dan menelefon polis. Sepasukan polis tiba beberapa minit kemudian dan menangkap suspek.
Sementara itu, isteri pemilik rumah berkenaan berkata, walaupun tiada barangan hilang beliau dan suaminya hairan bagaimana suspek boleh berada di atas siling rumahnya mereka.
Dalam kes berasingan, polis memberkas suspek kes curi bersiri dengan melakukan beberapa jenayah pecah rumah di sekitar Batu Kawah dalam satu serbuan di rumahnya malam kelmarin.
Bertindak daripada maklumat diterima, satu pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, menangkap suspek berusia dalam lingkungan 20-an, di sebuah rumah teres satu tingkat di Sungai Moyan,
Batu Kawah dan menjumpai sebuah komputer riba dipercayai barang curi.
Sumber memberitahu suspek merupakan penjenayah berulang selain disyaki penagih dadah, pernah ditahan beberapa kali sebelum ini walaupun masih muda.
Sumber itu juga menambah, aktiviti jenayah suspek lebih tertumpu di sekitar Batu Kawah dan beberapa rakan suhabatnya telah diberkas polis baru-baru ini.