jika bermasaalah jagan berdiam sahaja
AWAS! Jangan Pandang Reme h Jika Kemaluan Gatal.
Salah satu punca kegatalan di bahagian kemaluan wanita ialah disebabkan oleh masalah keputihan. Ia sesuatu yang normal bagi wanita, namun akan bertukar sebaliknya jika kuantiti yang dikeluarkan terlalu banyak sehingga menyebabkan secondary infection.
Tiada seorang wanita pun akan berasa selesa jika berdepan dengan masalah keputihan ini. Ia mendatangkan banyak masalah dalam menjalani rutin harian contohnya bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, ia bakal mengundang pelbagai jangkitan dan juga kegatalan yang amat sangat di bahagian kemaluan.
Keputihan ini sebenarnya adalah protein yang keluar daripada dinding kemaluan wanita dan amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Memandangkan kedudukan keputihan yang keluar begitu tersorok dan lembap, ia mempermudahkan lagi kulat dan bakteria untuk membiak. Akibatnya, bahagian kemaluan wanita akan merasai kegatalan yang serius. Masalah ini akan menjadi semakin teruk jika mereka mengambil makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan sebagainya.
Bagi meraka yang sudah berkahwin, masalah ini boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan. Wanita yang mengalami kegatalan di bahagian kemaluan akan berasa tidak mampu dan kurang berminat untuk melayan suami. Kemaluan juga akan berasa gatal dan seakan berdenyut-denyut apabila sampai ketahap serius. Ia sacara tidak langsung turut mengakibatkan migrain.
Kaum wanita juga harus berwaspada dengan kegatalan di bahagian kemaluan kerana ia boleh menjadi simptom penyakit-penyakit kelamin yang lain. Ia tidak hanya menyerang wanita yang sudah berumur bahkan mereka yang masih muda. Justeru adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui jenis-jenis penyakit kelamin sebagai langkah berjaga-jaga.
Pernahkah anda mendapat luka dan bisul di bahagian kemaluan tanpa menyedari? Jika ya, itu tandanya penyakit sifilis sudah muncul. Namun ia akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Walau bagaimanapun, tidak mustahil ia menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan penyakit kulit lain. Anda boleh cuba mengubatinya dengan menggunakan penicelin dan jangan lupa mendapatkan rawatan susulan daripada pakar bagi memastikan ia tidak akan berulang lagi.
Penyakit Herpes pula tidak terlalu bahaya. Kesanya juga berbeza-beza mengikut individu itu sendiri. Sesetengahnya akan merasa sakit di bahagian pinggul atau pun timbul bintik-bintik berisi air sahaja. Herpes tidak boleh disembuhkan tetapi gejalanya boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat daripada doktor.
Jika kebersihan alat sulit dan masalah keputihan diabaikan, ia boleh mampu mewujudkan keadaan yang lebih genting. Dalam keadaan itu, tidak mustahil wanita akan diserang dengan Human Papilloma virus (HPV). Tanda-tanda awal HPV ialah timbulnya bintik-bintik kecil yang kemudiannya membentuk kutilan yang lebih besar di bahagian kemaluan yang lembap. Bagi mengesan virus ini, wanita harus melakukan pemeriksaan di hospital pakar.
Keputihan dan rasa gatal di bahagian kemaluan juga boleh mengakibatkan penyakit kelamin clamidia. Andai penyakit ini tidak diubati, ia boleh membawa radang pinggul dan lebih teruk lagi mandul. Namun usah gusar kerana penyakit ini boleh disembuhkan dengan mendapatkan rawatan dan pengambilan antibiotik.
sumber dari majalah seri dewi & keluarga

Tiada ulasan:
Catat Ulasan