Jumaat, 9 September 2011

khasiat Rozel @ asam kumbang @ asam paya..

Rozel

Nama Tempatan:Rozel
Nama Saintifik:Hibiscus rosa sabdariffa
Nama Lain:Asam kumbang,roselle, pokok ribena,red sorrel, Indian sorrel,Florida cranberry
Famili:Malvaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:

Rozel atau asam kumbang ialah tumbuhan semusim yang boleh mencapai ketinggian hingga 3.5 meter. ia mudah membiak dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik.Daunnya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan.Walaupun kebiasaannya rozel membiak dari biji benih namun ia juga boleh membiak melalui keratan batang. Untuk membiakkan rozel,bijinya perlu ditanam kira-kira 20cm dari permukaan tanah.Untuk penanaman rozel berskala besar pastikan tiada rumpai yang menganggu pertumbuhan pada bulan pertama kerana tahap pertahanan rozel agak lemah ketika ini.Baja kandang ialah baja yang paling sesuai untuk penanaman rozel.Bunga rozel mula boleh dituai kira-kira tiga minggu dari pertumbuhan bunganya. Antara kulat yang sering menyerang pokok rozel ialah Aecidium garckeanum, A. hibiscisurattense, Alternaria macrospora, Cercospora abelmoschi, C. malaysensis, Corynespora cassiicola, Cylindrocladium scoparium, Diplodia hibiscina, Fusarium decemcellulare, F. sarcochroum, F. solani, F. vasinfectum, Guignardia hibisci-sabdariffae, Irenopsis molleriana, Leveillula taurica, Microsphaera euphorbiae, Phoma sabdariffae, Phymatotrichum omnivorum, Phytophthora parasitica, Ph. terretris, Pythium perniciosum, Rhizocotonia solani, Sclerotinia fuckeliana, S. sclerotiorum, Sclerotium rolfsii.Pokok ini juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit daun bertompok. Ia juga mudah diserang oleh parasit seperti kutu daun(aphid).
Bahagian rozel yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buahnya yang dipanggil kaliks. Kaliks berwarna merah terang dan bersifat mudah patah atau rangup. Antara kegunaan kaliks rozel ialah dijadikan jus, kordial, bahan campuran dalam biskut dan kek. Daun rozel yang mempunyai rasa agak masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup.Cara mudah untuk mendapatkan air rozel ialah dengan merebus kaliksnya dan dicampur sedikit gula. Air ini enak diminum setelah disejukkan dan dicampur dengan sedikit gula. Untuk menghilangkan bau rebusan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau titiskan sedikit esen vanila.

kegunaan:

Rozel mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. ia boleh digunakan untuk merawat batuk, cirit birit dan berak berdarah. Rozel juga mempunyai kandungan asik askorbik(vitamin C) yang tinggi yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan melawan penyakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan