Jumaat, 9 September 2011

khasiat buah delima

Delima

Nama Tempatan:Delima
Nama Saintifik:Punica granatum
Nama Lain:pomegranate,Rumman,rumien, rimmon
Famili:Lythraceae
Lokasi dijumpai:
Asal:Iran , Himalaya, Utara india

keterangan:

Delima merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Iran, Himalaya. Ia telah lama ditanam di kawasan medditerranean sebagai antara buah-buahan utama.Ia kemudiannya tersebar dan ditanam di kawasan-kawasan lain seperti Algeria, azerbaijan, Turki dan sesetengah kawasan yang kering di Asia tenggara seperti Semenanjung Malaysia.Kini Delima juga ditanama di Amerika syarikat terutamanya di Kawasan seperti California dan Arizona untuk dijadikan jus.Dalam industri makanan delima dikategorikan dalam kumpulan buah eksotik dan antara sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat.

Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali.Pada Zaman nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.

daun delima berukuran antara 3-7 cm panjang dan 1.3 cm lebar. Daunnya mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong. Bunga delima berwarna merah terang, ada sesetengah varieti yang mempunyai bunga oren terang terutamanya sepesies delima katik atau kerdil( dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana.Delima katik amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu dan juga bonsai.

Dalam bahasa inggeris delima di panggil pomegranate yang berasal dari perkataan lain iaitu POMUM yang bermakasud epal dan GRANATUS yang bermaksud biji. Sesuai dengan namanya buah delima mempunyai warna yang hampir menyerupai warna epal dengan bahagian dalam buahnya yang penuh dengan biji.

lihat pautan ini untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang http://en.wikipedia.org/wiki/Pomegranate > Delima

kegunaan:

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung. Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut.Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri. Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang dimabil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik.Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat penyakit. Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu juga merupakan sumber untuk pewarna semulajadi.

Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Selain daripada itu ia juga banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Ia juga digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.Bji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari.Di turki sos delima juga jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan