Ahad, 11 September 2011

MAKSUD Erti Sebutir Nasi..

Erti Sebutir Nasi

Isu Hangit : Jurugambar Bernama Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia. Alfatihah buat Arwah. Tapi yang tak bestnya bukan kisah arwah yang meninggal tapi macam-macam isu hangit yang timbul sebab politik. Syahid ke tak? Salah siapa hantar arwah ke sana, duit insuran bla..bla..bla..Boringnya..
Kerana isu hangit ini, kita ter’miss’ isu utama yang seharusnya kita fokus. Penderitaan saudara seagama kita di Somalia terutama kanak-kanak yang menderita kebuluran dan wabak penyakit.
Photobucket
Gambar di atas ialah gambar yang sangat popular jika kita menyebut kanak-kanak kebuluran. Pasti korang pernah melihat gambar ini tetapi tahukah anda cerita di sebalik gambar di atas?

Gambar tersebut diambil oleh Kevin Carter, seorang jurugambar yang berasal dari Afrika Selatan. Gambar tersebut diambil tahun 1993 di selatan Sudan dan di bulan May 1994 Carter memenangi Pulitzer dari gambar ini.
Gambar yang korang lihat adalah gambar seorang gadis kecil yang hampir mati kelaparan, manakala di belakangnya kelihatan seekor burung pemakan bangkai yang menanti dengan sabar masa untuk memakan gadis kecil tadi.
2 bulan selepas menerima penghargaan Pulitzer, Kevin Carter membunuh dirinya dengan cara menyedut gas beracun yang dihubungkan melalui sebuah paip ke dalam pick up truknya.
Menurut pengakuan seorang rakannya, Carter dikatakan mengalami tekanan yang sangat berat dan tidak berhenti-henti menangis dan menyalahkan dirinya sendiri.
Ini kerana selepas mengambil gambar tadi, Carter terus meninggalkan gadis kecil itu sendirian dan hingga kini dunia tidak mengetahui apa yang terjadi pada gadis itu selepas itu.
Selepas itu Kevin Carter dihantui perasaan bersalah dan dunia juga demikian.
Semoga ini dapat mengubah cara pandangan kita dalam menggunakan nikmat yang dianugerahkan Allah Taala kepada kita..
Samada nikmat sihat, rezeki atau setiap nikmat pada sebutir nasi yang terbuang dari pinggan kita..!
Mungkin tidak banyak yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka..Hutang kita sendiri menimbun, tarif elektrik pun dah naik, topup pun sudah dikenakan caj perkhidmatan.
Tapi sekurang-kurangnya kita mulakan dengan langkah kecil untuk sedar, bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana kita termasuk makhluk yg beruntung, dapat makan secara rutin tiap-tiap hari, makan lemang dan rendang yang enak di pagi raya, membeli lepas tu belah di bazar ramadhan lalu, beli ini itu…
Walaupun memang rezeki kita sedikit atau cukup makan, tetaplah bersyukur dan manfaatkan sebaik-baiknya, kalau rezekimu banyak bersyukurlah dan sedekahkan sebanyak yang boleh.
“Satu yg terpenting, kita selalu mengeluh dan kufur nikmat yang Allah berikan kepada kita;
“PAKAI HP INI TAK STANDARD”, “PAKAI BAJU INI TAK MACHO, “PAKAI KERETA NI TAKDE KELASS”, sedangkan di luar sana ramai orang yang sentiasa memohon dan berusaha supaya tetap hidup. Berdoa hanya untuk terus hidup!!!”
Jadi, harap kita mengerti maksud sebutir nasi yang terbuang dari pinggan. Saya yakin, belum sempat lidah korang bergerak untuk menjawab, hati korang sudah menjerit dari tadi.
Posted @ www.isuhangat.net.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan