Selasa, 20 Disember 2011

TIP YANG BAGUS UNTUK MERANGCANG JANTINA ANAK ANDA - HANYA ALLAH YANG TAHU - CUBA LAH TIP INI. INSYAALLAH...

Berikut adalah tips yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.
Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:
Merancang anak lelaki
  1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
  2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
  3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
  4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
  5. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf
Merancang anak perempuan
  1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
  2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
  3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
  4. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam
Antara faktor- faktor yang dikatakan dapat membantu merancang jantina anak:
  1. Faktor Makanan
    Anak Perempuan – suami harus membanyakkan makan makanan beralkali manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid.
    Anak Lelaki – suami pula yang perlu ambil makanan berasid manakala isteri pula mengambil makanan beralkali.
    Contoh makanan beralkali: sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya.
    Contoh makanan berasid: daging, makanan laut dan sebagainya.
  2. Faktor Masa
    Anak Perempuan – kerap lakukan hubungan intim  sebelum haid @ seminggu sebelum haid
    Anak Lelaki – kerap lakukan hubungan selepas selesai sahaja haid @ seminggu selepas haid
  3. Faktor Kedalaman
    Anak Perempuan – tidak perlu masukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri
    Anak Lelaki – perlu masukkan zakar lebih dalam pada vagina isteri
  4. Faktor Klimaks
    Anak Perempuan – suami klimaks dulu
    Anak Lelaki – isteri klimaks dulu
  5. Faktor Persediaan (Isteri) – petua
    Anak Perempuan – cuci kemaluan dengan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu cuka sebelum bersama.
    Anak Lelaki – cuci kemaluan dengan dengan semangkuk air yang dicampurkan satu sudu soda sebelum bersama.
  6. Faktor Kedudukan @ Posisi
    Anak Perempuan -  suami di bawah isteri di atas
    Anak Lelaki – isteri di bawah suami di atas
Sekian. Selamat berjaya.
Jangan lupa usaha, doa dan tawakal. Petua yang  berikan ini tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Namun tidak salah berusaha jika jalannya tidak menyalahi syariat dan tidak menjejaskan kesihatan. 
BESERAH PADA ALLAH DIA YANG MAHA MENGETAHUI NYA. KITA HANYA MERANGCANG. INI ADA LAH ILMU YANG KITA PATUT TAHU UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan