Selasa, 6 Disember 2011

kuah kacang

Kuah Kacang
Kuahkacang
Resepi kuah kacang dayang. Selamat mencuba!



29Share


Bahan-bahan ( satu keluarga )

  • 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai*
  • 1/2 inci halia *
  • 3 cm lengkuas*
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
  • 2 sudu makan gula merah/gula melaka
  • garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
  5. Hidangkan setelah masak.
  6. ***Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
  7. ***kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
  8. ***untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan