Awas! Lelaki Yang Meletakkan Dompet Di Saku Belakang
Menjadi kebiasaan iaitu kaum lelaki meletakkan dompetnya di saku belakang seluar. Tapi kebiasaan ini sepatutnya dielakkan kerana boleh mempengaruhi saraf-saraf yang ada di tubuh.
Pakar mengatakan mereka duduk dengan dompet di saku belakang seluar memiliki risiko merosakkan urat saraf-saraf utama. Keadaan ini sudah menjadi sangat biasa di kalangan masyarakat sehingga digelar dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy.
Lelaki yang selalu meletakkan dompet di saku belakang seluar adalah kumpulan yang paling berisiko terkena penyakit ini.
Pakar fisioterapi mengatakan adanya pertambahan jumlah lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung bahagian bawah iaitu keadaan dompet menjadi penyebab utama kondisi ini.
“Sekarang ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik dengan keluhan seperti itu. Keadaan ini disebabkan oleh kedudukan dompet yang menekan saraf di belakang tubuh dan seiring waktu boleh menyebabkan sakit pinggul” ujar Julian Forth, seorang fisiotherapis di Buckhurst Hill, Essex, seperti dikutip dari BBCNews, Senin (14/3/2011).
Firth mengungkapkan dompet tersebut akan menekan saraf-saraf di tubuh samada semasa orang memandu atau ketika duduk di tempat kerja. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada pergelangan kaki, kaki bahagian bawah dan menimbulkan rasa sakit semasa berjalan, duduk atau baring.
Jika seseorang meletakkan dompet di saku belakang, maka akan menimbulkan ketidakseimbangan yang secara tidak sedar melibatkan otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf. Ketidakseimbangan ini membuat seseorang duduk cenderung miring dan mencuba untuk tetap menjaga keseimbangan yang berpusat pada pinggul.
Keadaan ini kemungkinan melibatkan satu atau dua lengkung dari tulang belakang yang membuatkan keadaannya menjadi tidak sejajar. Secara tidak sedar perkara ini akan membuat bahu menjadi merosot. Itulah sebabnya meletakkan dompet di saku belakang boleh menyebabkan kesakitan pada leher, punggung dan juga bahu.
Jika lelaki berfikir bahawa dia tidak mengalami kesakitan pun, seeloknya hindarilah kebiasaan tersebut.
Meskipun demikian ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk menghindari risiko gangguan saraf, seperti diambil dari siouxcityjournal.com iaitu:
1. Melakukan sedikit regangan sebelum duduk
2. Mengeluarkan dompet dari saku belakang sebelum duduk meskipun dompet tersebut tidak tebal
3. Meletakkan dompet pada tempat alternatif lainnya seperti saku jaket atau di dalam beg.
4. Duduklah dengan selesa di kerusi atau sofa dengan permukaan yang datar sehingga tidak mengganggu saraf dan struktur tulang serta otot.
5. Jika sudah timbul kesakitan sebaiknya segera berjumpa dengan doktor untuk memperbaiki postur tubuh supaya tidak memperburukkan lagi keadaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan