Isnin, 26 Disember 2011

YA ALLAH, DEKAT LAH AKU KEPADA ORANG YANG INGIN DEKAT PADA MU, YA ALLAH..

Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…
Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….
Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini  agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.
Ya Rabb,,,
Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.
Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..
Aamiin ya Rabbal’ alamiin

ILMU PENGASIH SUAMI ISTERI..

Mereka yang telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Dalam Islam, untuk mewujudkan kebahagiaan di antara suami isteri, tidak perlulah isteri atau suami mencari ilmu pengasih yang adakalanya lebih memudaratkan. Malah ada yang mendatangkan syirik dan bertentangan dengan agama. Jika suami isteri jujur dan ikhlas ingin memperolehi kerukunan rumahtangga, terdapat beberapa amalan yang patut dipraktikkan iaitu:
1. PANDAI MEMIKAT HATI – Ini bukanlah bermakna menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semata-mata. Masing-masing perlulah mencari jalan supaya pasangan berasakan dirinya benar-benar disayangi dan dicintai. Ucapkanlah kata-kata yang lemah-lembut dan menyenangkan diiringi senyuman yang menggambarkan kasih sayang dan kemesraan yang tak berbelah-bagi. Lakukanlah sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur kerana dengan itu akan menimbulkan kasih sayang yang abadi di antara suami dan isteri.
2. PANDAI MENYESUAIKAN DIRI – Menyesuaikan diri dalam sebuah rumahtangga adalah merupakan suatu usaha yang penting. Suami isteri perlulah memahami pasangan dan hendaklah sedaya-upaya menutup kekurangan pasangan masing-masing. Sikap bertolak-ansur dalam menerima kelemahan pasangan adalah suatu pengorbanan yang besar kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Namun suami isteri perlulah cuba membaiki diri dengan kerelaan dan kesedaran.
3. SALING HORMAT-MENGHORMATI - Suami isteri perlulah saling hormat-menghormati, menjaga maruah dan peribadi masing-masing. Kritik-mengkritik atau keji-mengeji adalah racun berbisa dalam rumahtangga dan boleh menyebabkan perceraian. Jika ingin menasihati, gunakanlah kata-kata yang lemah-lembut yang tidak mengecilkan hati dan perasaan.
Dalam hidup berumahtangga, suami isteri perlulah menghargai segala usaha dan jasa yang dicurahkan kepada mereka. Janganlah memandang sepi segala usaha dan pemberian yang telah kita nikmati. Isteri janganlah suka melahirkan perasaan tidak puas hati diatas kehendak dan permintaan yang tak dapat ditunaikan suami. Mintalah sesuatu yang mampu diberikan suami dan bukanlah sesuatu yang diluar kemampuannya. Segala yang diberi, perlulah dihargai walaupun pemberiannya kecil sekalipun.
4. CINTA-MENCINTAI – Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api.
5. BERTIMBANG-RASA - Sikap bertimbang-rasa perlulah disemai agar kemesraan terjalin. Ia memupuk perasaan kasih dan sayang di antara suami isteri kerana dengan bertimbang rasa perbalahan dan rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sekiranya isteri penat, suami perlulah membantu isteri melaksanakan tugas di rumah. Begitu juga dengan isteri, janganlah memaksa suami menurut segala kehendaknya tanpa bertimbang-rasa.
6. BERMUKA MANIS – Mengiringi suami ke pintu rumah serta mengucup mesra ketika suami keluar kerja dan menunggu suami pulang kerja dengan wajah manis merupakan suatu penghargaan terhadap suami. Hati suami akan sentiasa riang dan bertambah sayang. Kesopanan yang ditunjukkan pula akan mengeratkan kasih sayang. Perkara kecil yang menjadi punca perbalahan janganlah diperbesarkan. Lupakanlah segala perkara yang remeh-temeh dengan menanam sikap pemaaf.

Ahad, 25 Disember 2011

Nick Vujicic - "Something More" Music Video

IBU CELAKA BUNUH ANAK BUNKUS TEMBAK


Seorang wanita dipercayai membunuh teman lelaki dan tiga anaknya di sebuah bandar kecil di sini sebelum menembak dirinya. Gambar yang dirakam 10 bulan lalu menunjukkan Sara McMeen dan Daniel Warren tersenyum bersama-sama-sama anak yang baru dilahirkan, Maggie.

Ketiga-tiganya mati bersama dengan dua anak Sarah yang lain, Skyler, lapan dan Ian, tujuh, dalam kes pembunuhan dan bunuh diri yang melenyapkan seluruh keluarga terdiri daripada lima orang itu di Emmington, Illinois.

Seorang jiran menceritakan bagaimana Sarah meletakkan Maggie di atas tanah, menyelimutkannya dan kemudian menembaknya dari jarak dekat dengan sepucuk pistol separuh automatik. Dia sebelum itu dipercayai sudah menembak mati teman lelakinya, Warren, 29, dan dua anaknya, lapor akhbar Pontiac Daily Leader.

Jiran itu lari untuk meminta bantuan tetapi apabila kembali, Sarah juga sudah mati selepas menembak dirinya.

Jiran itu memberitahu Daily Leader, dia keluar dari rumah apabila mendengar bunyi tembakan dan melihat Sarah membungkus anaknya dengan selimut di atas tanah di belakang rumahnya.

Apabila jiran berkenaan bertanya mengenai keadaannya, Sarah menjawab: “Tidak, semuanya tidak OK.” “Dia kemudian membongkok dan menembak bayi itu,” kata jiran berkenaan.
Pihak berkuasa tidak mengesahkan laporan Daily Leader tetapi berkata, pembunuhan itu adalah kes bunuh dan bunuh diri.

Ia berlaku di sebuah rumah di Emington, bandar yang mempunyai hanya 100 penduduk, tempat Skyler dan Ian, dia anak Sarah yang lain, dilihat turun dari bas sekolah tidak lama sebelum dibunuh.

SANGGUP KAH ANDA MAKAN DAGING KAWAN SENDIRI DALAM RANCAGAN TV

Memakan Daging Rakan Sendiri Dalam Rancangan TV


Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm. Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya. ehiburan


ini lah manusia yang BODOH ? tak tahu nak menilai diri sendiri ada kah betul atau salah dan ini lah jika kita tiada AGAMA.. 

Sabtu, 24 Disember 2011

MAAF KAN AKU JIKA AKU BERSALAH,,

tidak salah memohom maaf.. 
dan menberi kemaafan pada seseorang..

“Maaf kan aku bila aku bersalah” …. Demikian yang kita katakan bila kita merasa bersalah kepada seseorang. Dan kita telah menganggap bahwa kita telah melakukan perbuatan baik karena sebagai orang yang bersalah kita telah melakukan permohonan maaf terlebih dahaulu. Lain halnya jika kita berada pada posisi yang terzalimi, kita berharap orang yang berbuat zalim itu meminta maaf kepada kita, dan sering tidak terasa keluar ucapan yang menggelikan dari indahnya mulut kita : “Sampai kapanpun tidak akan pernah aku maafkan kesalahannya, karena begitu seringnya dia menyakitiku, biar tahu rasa dia karena Allah pun tidak akan memaafkan kesalahannya sebelum aku memaafkanya”.
Subhanallah ……!!! Benarkah demikian ? apakah orang yang bicara seperti itu tidak merasa kalau apa yang dibicarakannya telah melebihi apa yang dilakukan Tuhannya ? tidak tahukan dia Kalau Tuhannya itu maha Pemaaf ? tidak tahukah dia berita dari Al Qur’an yang menyatakan bahwa esensi maaf memaafkan dalam ajaran Islam bulanlah menjadi peminta maaf tetapi menjadi pemaaf, jika demikain simaklah peringatan Allah berikut ini :

 خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

 Artinya : “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh (Al Araf : 199)
 Kalau harus menjadi pemaaf, maka jangan segan-segan untuk selalu senang memaafkan kesalahan orang-orang yang telah bersalah atau menzalimi kita, setidaknya ada empat tingkatan manusia yang memaafkan kesalahan orang lain, yaitu :
  1. Tinkatan pertama adalah tingkatan yang paling rendah, yaitu bila seseorang memafkan kesalah orang lain dengan catatan tertentu (imblan tertentu). Contoh : “ Saya maafkan kesalahanmu tapi tolong jangan diulang yah !”
  2. Tingkatan kedua, Dia akan memaafkan kesalahan orang lain lahir bathin jika orang yang bersalah itu meinta maaf. Seperti kata-katanya : “Saya akan maafkan kesalahannya baik lahir maupun bathin asalkan dia (orang yang bersalah) meminta maaf kepada saya”.
  3. Tingkatan ketiga, Tanpa minta maafpun dia akan memaafkan kesalahan orang yang berlaku zalim kepadanya. Seperti kata-katanya : “udah deh …. Semua kesalahan yang engkau lakukan telah aku maafkan …. Jauh sebelum engkau meminta maaf “
  4. Tingkat ke empat adalah tingkat paling tinngi, yaitu dia senantiasa dan telah memaafkan orang yang bersalah kepadanya tanpa imbalahan jauh sebelum orang itu meminta maaf bahkan mendo’akannya agar Allah mengampuni dosa-dosanya (dosa orang yang bersalah).
Ada suatu kisah, pada suatu masa, suatu hari setelah melaksanakan shlat berjamaah di Mesjid Nabi, Rasululullah SAW bersama para sahabatnya duduk santai di beranda Mesjid. Tiba-tiba Rasulullah saw bersabda, “hai sahabatku sebentar lagi akan dating kepadamu seorang ahli surga”. Sahabat bertanya, Siapakah gerangan orang itu ?. Rasul menjawab, saya tidak dapat menjelaskannya. Sekarang kalian saja. Beberapa saat kemudian datanglah seseorang berpakaian putih dan banyak debu sisa-sisa perjalanan panjang di padang pasir. Ia masuk ke dalam Masjid sambil mengucapkan salam, setelah itu ia melakukan shalat. Stelah shalat ia pamit untuk pulang. Para Sahabat menyelidiki lelaki itu, apa gerangan yang menyebabkan Rasulullah menyebutnya sebagai ahli surga. Namun para sahabat tidak melihat sesuatu kelebihan pada orang itu. Sahabat bertanya Kepada Rasulullah, apa kelebihan orang itu ya… Rasulullah ?, Rasulullah tidak memberikan jawaban. Kemudian Seorang Sahabat meminta izin Rasulullah untuk mengikuti orang itu dan Rasul memberikan izin.
Lelaki itu bertanya, mengapa engkau mengikutiku ? Sahabat menjawab : “Rasulullah menyebutmu sebagai ahli surga; aku dan para sahabat yang lain penasaran ingin tahu apa kelebihanmu”. Sahabat itu menginap beberap hari di rumah lelaki ahli surga itu , tetapi sahabat itu tidak menemukan satupun kelebihan lelaki ahli surga itu. Shalatnya hanya yang wajib, tidak melakukan shalat sunnah.
Karena merasa telah lama berada di rumah lelaki ahli surga itu dan tidak mendapatkan sedikitpun jawabannya akhirnya shabat itu bertanya kepada lelaki ahli surga itu : “Dapatkah anda menjelaskan kepadaku kelebihan amalanmu sehingga Nabi mengatakan engkau ahli surga”. Si Ahli surga menjawab : “Aku adalah orang biasa seperti orang awam pada umumnya akan tetapi sebelum tidur aku selalu memaafkan kesalahan orang lain kepadaku, sengaja atau tidak sengaja, tanpa memperdulikan apakah orang itu meminta maaf kepadaku atau tidak, kemudian aku doakan agar mereka yang bersalah kepadaku diampini dosanya oleh Allah SWT”.
Demikian sepanggal kisah tentang keagungan memaafkan kesalahan orang lain sehingga pelakunya disebut oleh Rasul sebagai Ahli Surga. Pemaaf adalah salah satu perilku yang sangat terpuji dalam Islam. Ada teori yang mengatakan bahwa perdamaian tidak akan tercapai dengan dengan melakukan pembalasan; perdamaian terwujud dengan memaafkan. Dan memaafkan akan memperbaiki relasi antara manusia. Pemaaf yang juga merupakan salah satu sifat Ketuhanan (sifat milik Allah) seyogyanya menjadi sifat muslim dan manusia pada umumnya.
Apakah diantara kita telah menjadi seorang pemaaf ?
Jika sudah, berada ditingkat berapakah kita ?
Wallahu ‘Alam
 Salaaaaaaaaaam
Wallahu fii aunil abdi maa damal abdu fi auni akhikhi
Intanshurullah yanshurkum

KISAH BENAR - ( TIDURI ISTERI TEMAN SENDIRI ) CAM SIAL... MEREKA BERDUA INI



“Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.