Rabu, 30 Januari 2013

Saintis Masuk ISLAM Kerana Kajian Fizik

Cendekiawan fizik Ukraine masuk Islam kerana kebenaran Al-quran membuktikan bahawa Putaran paksi Bumi boleh berbalik arah.
Demitri Bolykov, sorang ahli fizik yang sangat meminati kajian serta research-research ilmiah, mengatakan bahawa pintu masuk ke Islamannya adalah fizik. Sungguh suatu yang sangat ilmiah, bagaimanakah fizik boleh mendorong Demitri Bolyakov masuk Islam? Demitri mengatakan bahawa dia turut serta dalam sebuah kajian ilmiah yang dipimpin oleh Prof. Nicolai Kosinikov, salah seorang pakar dalam bidang fizik.

Mereka sedang dalam kajian terhadap sebuah sampel yang diuji di makmal untuk mempelajari sebuah teori moden yang menjelaskan tentang putaran bumi dan paksinya. Mereka berjaya menetapkan teori tersebut. Akan tetapi Dimetri mengetahui bahawa diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk inti akidah mereka yang menguatkan keharusan teori tersebut ada, sesuai dengan hasil yang dicapainya. Demitri merasa yakin bahawa pengetahuan seperti ini, yang umurnya lebih dari 1,400 tahun yang lalu sebagai sumber satu-satunya yang mungkin hanyalah pencipta alam semesta ini.
Teori yang ditemui oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dan paling berani dalam menafsirkan fenomena putaran bumi pada paksinya. Kumpulan saintis ini merancang sebuah sampel berupa bola yang diisi penuh dengan papan tipis dari logam yang dilelehkan , diletakkan pada badan bermagnet yang terbentuk dari elektrod yang berlawanan arus.
Ketika arus elektrik berjalan pada dua elektrod tersebut maka menimbulkan gaya magnet dan bola yang dipenuhi papan tipis dari logam tersebut mulai berputar pada paksinya fenomena ini dinamakan “Gerak Integral Elektro Magno-Dinamik”. Gerakan ini menjadi aktiviti putaran bumi pada paksinya.
Pada tingkat realiti di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang boleh melahirkan area magnet yang boleh mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini dalam cepat atau lambatnya seiring dengan daya intensiti daya matahari. Atas dasar ini pula posisi dan arah kutub utara bergantung.
Telah diadakan kajian bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun. Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak.
Ini bererti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. ertinya bahawa “gerakan” putaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat !!!
Ilmu pengetahuan dan informasi seperti ini tidak didapati oleh Demitri dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi dia memperolehi kesimpulan tersebut dari hasil research dan percubaan serta kajian.
Ketika dia mmenelaah kitab-kitab Samawi , dia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada informasi tersebut selain dari Islam. Dia mendapati informasi tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huarirah,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda,
”Siapayang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, maka Allah akan menerima Taubatnya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan