Lelaki semestinya mahukan dirinya lebih kacak dan tampan. Namun dalam proses untuk menjadi kacak, mungkin si lelaki lupa akan hal-hal penting yang mesti dijadikan penekanan olehnya. Tips ini dihasilkan khas untuk golongan lelaki supaya sentiasa menjaga penampilannya!
1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal
Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.
2. Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari
Sebaik-baiknya anda perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan pilihlah syampu yang bersesuaian untuk rambut anda. Selepas bersyampu, pastikan anda gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut.
3. Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan
Untuk senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, anda juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya serta minuman beralkohol.
4. Gunting rambut setiap 3 – 6 minggu sekali
Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan bergaya. Anda tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit,sebaliknya anda boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya anda mempunyai salun yang sering anda kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut anda sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut anda sebelum keluar rumah.
Insyallah apa lagi golongan lelaki, cepat-cepatlah menjaga penampilan diri anda. Tips ini amat sesuai untuk si lelaki berhias demi isterinya. Wallahualam..
Info yang amat berguna. Terima kasih :-)
BalasPadamTips Pemakaian Kaca Mata Hitam
sama2 kasih
BalasPadamiya Asyikkk ini ..
BalasPadamtipsnya bisa di cobain niiii ...kalau tips cara pilih kaos kaki muslimah untuk fashion he he he he ....
Mohon penjelasannya