Rabu, 7 Mac 2012

KERANA IGIN KAN ANAK PEREMPUAN IBU MUDA SANGGUP POTONG KEMALUAN ANAK LELAKI BERUSIA 5 BULAN.

Jiangsu – Gara-gara terlalu inginkan anak perempuan, seorang ibu muda sanggup bertindak kejam dengan memotong alat sulit bayi lelakinya yang berusia lima bulan. Xiao Meng, 23, kini dihukum penjara lima tahun.

Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, pada bulan Ogos tahun lalu, ibu mertuanya yang terdengar suara bayi berkenaan menangis, telah terkejut selepas mendapati alat sulit cucunya itu dipotong oleh menantunya dengan menggunakan gunting.

Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera. Menurut doktor, bayi itu selamat dan boleh membuang air kecil secara normal selepas rawatan dijalankan di Shanghai.

Namun doktor memaklumkan adalah mustahil baginya untuk memberikan zuriat apabila dewasa kelak. Sementara itu, di mahkamah, Xiao Meng mengaku telah membeli gunting dan memotong kemaluan anaknya itu hanya kerana dia ingin memiliki anak perempuan.
.
Dalam pada itu, suaminya, Zhan berkata, sejak bayi lelaki mereka, Yaya dilahirkan, Xiao Meng sering bercakap seorang diri `saya berharap dia adalah bayi perempuan’.

Zhan turut memaklumkan, Xiao Meng tidak menyukai anak lelaki kerana mereka akan membebankan ibu bapa yang terpaksa membelikan rumah dan mencarikan isteri.

Xiao Meng juga, katanya selalu menampar bayi mereka namun dia tidak begitu mempedulikannya kerana menyangka Xiao Meng mengalami tekanan selepas melahirkan bayi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan