Jumaat, 7 Oktober 2011

mari lah kita cuba spaghetti kuah ikan sardin

Thursday, February 17, 2011

spaghetti kuah ikan sardin

saya cuba olah sardin dalam tin menjadi seperti kuah laksa...teringat mak saudara yang pernah jadi guru masakan di ipoh buat kuah laksa menggunakan ikan sardin tin dan memang sedap...

bahan-bahannya:
2 tin besar sardin, hancurkan
1 tin besar buah tomato, hancurkan
2 cawan santan pekat
air
daun kesum dan daun pudina

bahan tumis
kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan serai ketuk (kuantiti terpulang kepada anda)

cara
panaskan minyak dan tumis bahan tumis, bila wangi masukkan tomato tin dan kacau hingga mendidih. masukkan sardin dan air (anggaran 2 cawan) dan biarkan mendidih. masukkan santan dan renihkan selama 10 ke 15 minit. tambahkan garam, gula dan perisa. jika suka kuah yang pedas tambahkan cili padi tumbuk dan jika suka kuah yang pekat tambahkan santan lagi. rasanya mestilah lemak, masin, manis, masam dan pedas.

kuah ni sesuai dimakan dengan spaghetti, mee segera, meehoon, laksa dsbnya...
garnish dengan daun pudina, salad dan timun serta asam limau...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan