Ahad, 30 Oktober 2011

LUAHAN HATI KU YANG INGAT KAN AYAH YANG TELAH TIADA

INI LAH WAJAH MAK DI HARI SAYA KAWIN
SAYANG NYA AYAH SUDAH TIADA...

AYAH TELAH BERSEMADI DISINI BUAT SELAMA NYA.

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.... .

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.... .

AYAH SAYA Meninggal. 2 SYAWAL. 1999. 2 Hari RAYA. JAM 11.30 pagi. Pada 3 HARI RAYA ADIK SAYA AKAN BERKAHWIN. Dan MALAM NYA PULA MAJLIS AKAD NIKAH.  Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.

Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman.

Syukur Solat Jenazah abah lebih dari seratus orang... Solat 2 Kali Pertama di hospital Taiping dan di surau hadapan rumah ayah di kampung sri paduka batu kurau perak. syukur abah dikebumikan dengan selamat.
 jam 9.00 malam.

Sejam sebelum kematian ....

AYAH sempat kerumah jiran2 menjemput hadir kan diri seisirumah. pada malam dan juga besok kerana anak gadis nya yang ahhir akan melangsung kan perkahwinan.
AYAH nampat ceria sambil makan juadah hari raya. lemang. dodol. ketupat. tiada tanda yang ia sakit.

PEKARA yang tidak dapat dilupa bila saat ia menyatakan. kepada teman rapat AYAH amat menyentuh hati...
 Usop dan Wahab. besok jagan lupa datang lah bawa semua yang ada di rumah. berkelah di sini makan lah apa yang ada.

 KATA AYAH YANG TERAHHIR KALI...
 
 KERANA AKU MINTAK MAAF AKU TAK ADA ESOK HARI KERANA AKU NAK PERGI JAUH SAMPUK KAWAN NYA PAK LONG NAK KEMANA.. ?
Kemudian AYAH Bagun terus masuk bilik ketika itu kakak ipar masuk nak ambil telur untuk di rebus nak buat bunga telur.

Kata AYAH pada akak ipar '' LAH keluar nanti pangil semua keluarga AYAH nak bercakap sikit pada semua. kata KAKAK ipar ya AYAH..
Kami semua berkumpul sambil makan kuih raya dan semua begurau senda anak beranak semua ahli keluarga dan MAK sekali.
AYAH keluar dari bilik dan duduk. kata nya ANAK2 AYAH AYAH NAK MINTAK MAAF PADA SEMUA. KERANA AYAH NAK PERGI JAUH DAN AYAH TAK DAPAT BERSAMA KAMU DAN ADIK UNTUK MENYAMBUT HARI BERBAHAGIA INI.
kami semua tergamam. mengapa AYAH berkata begitu..?
lalu ABANG menyakan AYAH NAK KEMANA ?

AYAH PUN BAGUN IA BATUK DAN MENEPUK DADA LALU AYAH TERKULAI LAYU..


Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.

Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan.

Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....

pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...

aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim....
Jemaah masjid........ pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha.


Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye.
Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir... aku...bukan anak yang baik.

 Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.


Ya ALLAH....

aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..
abah meninggal .tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk

Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...
pastu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....


Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....


YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...

"Wahai HASHIM...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,

kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya. ...

suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .

isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..
Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan... .
INI SEKADAR GAMBAR HIASAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan