Bapa Steve Jobs Ialah Seorang Islam
Isu hangat semalam ialah kisah pengasas Apple Inc, Steve Jobs yang telah meninggal dunia awal semalam.
Lembaga pengarah Apple telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kematian Steve Jobs. Mendiang berumur 56 tahun dan telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif Apple atas sebab-sebab kesihatan pada bulan Ogos lepas.
Steve Jobs merupakan manusia istimewa kerana telah mencipta dan membangunkan teknologi IT untuk kemudahan manusia sejagat.
Antara ciptaan terpenting dan terbaik Steve Jobs yang mengubah kehidupan orang ramai ialah :
- Apple I (1976)
- Apple II (1977)
- Komputer Next (1989)
- Macintosh (1994)
- iPod (2001)
- iTunes Store (2003)
- iPhone (2007)
- iPad (2010)
Tapi antara fakta yang tidak ramai diketahui ramai bahawa bapa sebenar kepada mendiang Steve Jobs ialah seorang Muslim yang bernama Abdulfattah John Jandali.
*Abdulfattah John Jandali, ayah kandung Steve Jobs.
The Sun,akhbar London pada bulan Ogos lalu mendedahkan kisah kehidupan Jobs setelah mewawancara ayah kandungnya bernama Abdulfattah John Jandali, seorang Muslim keturunan Syiria yang berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).
Dia dilahirkan di luar nikah dengan seorang ibu bernama Joanne Schieble.Kerana malu melahirkan anak di luar nikah dan memberi malu kepada keluarganya, Steve Jobs kemudian diambil sebagai anak angkat oleh pasangan Paul dan Clara Jobs.
Dibesarkan oleh pasangan ini, Jobs tidak pernah menghubungi dengan ayah kandungnya.
Pada Ogos lalu, Jandali mengaku ingin bertemu dengan anaknya namun terlalu malu untuk melakukan pendekatan kerana takut Jobs menganggap dia mahu mengejar kekayaannya.
“Saya berharap tidak terlalu terlambat untuk melakukan hubungan lagi,” kata Jandali walau pun hanya minum bersama, 2 bulan sebelum Steve Jobs meninggal semalam.
Walau bagaimanapun, di dalam Islam bapa luar nikah tidak diiktiraf sebagai bapa kandung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan