Selasa, 19 November 2013

TAUFAN HAIYAN BALASAN ALLAH KERANA RUNTUHKAN MASJID?


Admin | 11/18/2013 |
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid dirobohkan di Pasay City, Manila pada 30 September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 314km sejam, yang paling kuat pernah direkodkan tahun ini.
Taufan Haiyan yang sangat dahsyat sehingga mencetuskan ombak besar seperti tsunami melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan – Yakob Macalnas ,37; Hakim Usman ,30, dan Rajid Batalo. Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan