Sunday, 10 November 2013 17:46
Penghuni rumah pangsa Jalan Hospital atau lebih dikenali dengan Flat Ashby membuat demostrasi secara aman petang tadi bagi menyuarakan rasa tidak puashati mereka terhadap jawatankuasa Persatuan Penduduk mereka.
Demonstrasi yang disertai lebih kurang 30 orang itu dibuat di dewan serbaguna rumah pangsa tersebut.
Ketua Pemuda UMNO Ashby Road, Indra Azman G. Yusoff berkata, penghuni mengambil tindakan sedemikian berikutan tidak puashati dengan jawatankuasa Persatuan mereka.
Katanya penghuni mendakwa wujud penyelewengan termasuk laporan permalsuan dokumen, penyelewengan kewangan dan melanggar perlembagaan penubuhan persatuan mereka.
Menurut Indra, laporan mengenai penyelewengan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak bagi menyiasat dakwaan yang ditimbulkan.
Antara laporan yang dibuat penghuni adalah pemalsuan minit mesyuarat Agong bertarikh 29 Mac 2012 yang sebenarnya tidak pernah diadakan oleh jawatankuasa penduduk tersebut, katanya.
Selain itu beliau berkata, laporan keawangan dari tahun 2010 sehingga 2012 tidak diauditkan serta simpanan dan pengeluaran kewangan tidak diperincikan kegunaanya.
“Kami semua berkumpul pada hari ini bukan mahu bertindak melulu, kami ada beberapa bukti dan hanya mahu penjelasan daripada pengerusi penduduk sekarang ,” jelasnya.
Sementara itu, katanya, pengerusi penduduk bertindak memecat ahli tanpa sebarang notis dan penjelasan.
“Oleh itu saya dengan rendah diri memohon agar pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan agar dapat menjalankan penyiasatan dengan segera dan menbekukan sementara pengurusan dan pentadbiran Persatuan Penduduk Rumah Pangsa ini sehingga selesai siasatan.
Kita juga mahu satu proses pemilihan jawantankuasa baru yang lebih telus dan teratur dibuat,” katanya.
Sementara itu, usaha untuk mendapat respon dari ahli jawatankuasa persatuan gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan