Isnin, 25 November 2013

ROKOK : DAH JELAS HARAM BAGI UMAT ISLAM ....




Sejarah ringkas yang saya nak cerita dalam artikel ini adalah berkenaan pokok tembakau yang menghasilkan produk yang dinamakan rokok, seperti yang dimaklumkan oleh guru agama atau ustaz ialah berasal dari peristiwa syaitan ketakutan hingga terkencing-kencing lantaran dari mendengar kemurkaan Allah SWT.  Maka daripada kecing itulah tumbuhnya pokok atau benih tembakau.

Saya sertakan juga petikan komen empat tokoh agama yang terkenal yang memberi ulasan berkenaan dengan status rokok dan perbuatan merokok.  Mereka ialah  :


Ustaz Ahmad Dusuki
  • Lulusan Universiti Al-Azhar dlm bidang Syariah dan Undang-Undang, 
  • Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi, 
  • Penasihat Kompleks Ilmu Al-Azhari, 
  • Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA).

Ustaz Don Daniyal
  • Lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
  • Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Mengendalikan program interaktif agama Islam, '30 Minit Ustaz Don' di saluran TV AlHijrah
  • Pendakwah bebas bertauliah

Sheikh Nuruddin
  • Lulusan Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
  • Pernah mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Kampung Derang, Pokok Sena, Kedah
  • Menubuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan
  • Menubuhkan Maahad Az-Zein Al-Makki Al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Dr Zakir Abdul Karim Naik
  • Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari University of Mumbai .
  • Merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama.
  • pengasas dan presiden Yayasan Penyelidikan Islam (PRF) yang memiliki channel TV Keamanan di Mumbai,India.

Kata mereka :

 

Doktor Termuda Di Rekod Dalam Guinness World Records



Menjadi satu kebanggaan kepada seluruh umat Islam didunia. Kerana remaja wanita ini pada usia yang muda sudah memegang jawatan sebagai seorang doktor yang paling muda di dunia.

Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa’d. Siapa Asa’d? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.

Haniyah menegaskan Asa’d berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat.

Asa’d adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun. Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.

Sejak kecil, Asa’d adalah seorang anak genius.

“Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun, “tulis Mi’raj News Agency.

Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records 3 Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records

Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.

“Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas baruny , “tulis Mi’raj . Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya. Kemudian dia ditemui oleh media dan satu penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa’d adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar .

Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records 2 Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records
Asa’d bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.

Pelukis Kartun Hina NABI NUHAMMAD. MATI Di Bakar Oleh API?



Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar! sumber: fb Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Selasa, 19 November 2013

TAUFAN HAIYAN BALASAN ALLAH KERANA RUNTUHKAN MASJID?


Admin | 11/18/2013 |
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid dirobohkan di Pasay City, Manila pada 30 September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 314km sejam, yang paling kuat pernah direkodkan tahun ini.
Taufan Haiyan yang sangat dahsyat sehingga mencetuskan ombak besar seperti tsunami melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan – Yakob Macalnas ,37; Hakim Usman ,30, dan Rajid Batalo. Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Kecekalan Hati Seorang Ayah...


Admin | 11/12/2012 |
Pekerjaan sebagai seorang penarik beca ni.. bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ia terpaksa mengayuh beca diatas jalan raya yang dipenuhi dengan berbagai bagai macam kenderaan dan jugak bermacam macam kerenah dan ragam manusia... 

Biarpun terpaksa memerah keringat mengayuh di tengah cuaca yang panas dan jugak debu2 jalanan, penarik beca ni akan setia membawak pelanggannya menuju ke destinasi yang depa nak tuju. Di sebalik tentang cerita2 penarik beca ini terdapat seorang penarik beca di India, Bablu Jatay namanya yang terpaksa membawak bayinya yang baru lahir bersama-sama ketika beliau keluar mencari rezeki. 

Isterinya telah meninggal dunia ketika melahirkan bayi tersebut. Dia jugak tak mempunyai saudara mara dan tak mampu untuk mengupah seseorang untuk menjaga bayinya.rozisalehin

Ahad, 10 November 2013

Penhuni Flat Ashby Berdemo Lahirkan Rasa Tidak Puas Hati ?

demo-ashbyPenghuni rumah pangsa Jalan Hospital atau lebih dikenali dengan Flat Ashby membuat demostrasi secara aman petang tadi bagi menyuarakan rasa tidak puashati mereka terhadap jawatankuasa Persatuan Penduduk mereka. 
Demonstrasi yang disertai lebih kurang 30 orang itu dibuat di dewan serbaguna rumah pangsa tersebut.
Ketua Pemuda UMNO Ashby Road, Indra Azman G. Yusoff berkata, penghuni mengambil tindakan sedemikian berikutan tidak puashati dengan jawatankuasa Persatuan mereka. 
Katanya penghuni mendakwa wujud penyelewengan termasuk laporan permalsuan dokumen, penyelewengan kewangan dan melanggar perlembagaan penubuhan persatuan mereka. 
Menurut Indra, laporan mengenai penyelewengan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak bagi menyiasat dakwaan yang ditimbulkan.
Antara laporan yang dibuat penghuni adalah pemalsuan minit mesyuarat Agong bertarikh 29 Mac 2012 yang  sebenarnya tidak pernah diadakan oleh jawatankuasa penduduk tersebut, katanya.
Selain itu beliau berkata, laporan keawangan dari tahun 2010 sehingga 2012 tidak diauditkan serta simpanan dan pengeluaran kewangan tidak diperincikan kegunaanya.
“Kami semua berkumpul pada hari ini bukan mahu bertindak melulu, kami ada beberapa bukti dan hanya mahu penjelasan daripada pengerusi penduduk sekarang ,” jelasnya.
Sementara itu, katanya, pengerusi penduduk bertindak memecat ahli tanpa sebarang notis dan penjelasan.
“Oleh itu saya dengan rendah diri memohon agar pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan agar dapat menjalankan penyiasatan dengan segera dan menbekukan sementara pengurusan dan pentadbiran Persatuan Penduduk Rumah Pangsa ini sehingga selesai siasatan.
Kita juga mahu satu proses pemilihan jawantankuasa baru yang lebih telus dan teratur dibuat,” katanya.
Sementara itu, usaha untuk mendapat respon dari ahli jawatankuasa persatuan gagal.

Jumaat, 1 November 2013

PERIGATAN BUAT SEMUA? PIC BAPA " LENYEK " ANAK SENDIRI KETIKA MENGUNDUR KERETA.

Video : Bapa ‘Lenyek’ Anak Sendiri Ketika Mengundur Kereta

Leave a comment
Video : Bapa ‘Lenyek’ Anak Sendiri Ketika Mengundur Kereta | Kejadian melanggar anak kecil ketika mengundur kereta bukanlah satu kes yang baru. Ia bukan sahaja terjadi di luar negara, malah di Malaysia sendiri turut terjadi perkara yang sama ini. Punca utama adalah, si pemandu tidak perasan bahawa terdapat anak kecil di bahagian belakang kereta.
 Memang kebiasaannya, jika ada sebarang objek, isyarat sensor undur akan mengeluarkan bunyi. Hatta kucing lalu pun, turut mengeluarkan bunyi. Video yang ingin ditunjukkan ini adalah tentang seorang ayah yang secara tidak sengaja melenyek anaknya ketika mengundur kereta. Boleh tonton video di bawah ini.
Kes kemalangan melibatkan anak kecil yang maut dilanggar  sewaktu ahli keluarga mengundurkan kereta bukan kes terpencil.
Di negara ini, kita sering membaca di dada-dada akhbar bagaimana si bapa tidak perasan kehadiran anak kecilnya sewaktu mengundurkan kenderaan hingga membawa kepada kecelakaan.
Mungkin anda marah dengan kealpaan tersebut, tetapi tahukah anda – ANDA JUGA MUNGKIN BERPOTENSI UNTUK JADI SEDEMIKIAN!
Baru-baru ini berlaku kejadian serupa di Thailand.
Kamera CCTV yang dipasang di rumah keluarga tersebut menceritakan segalanya.
Si bapa yang sedang mengundurkan kenderaan tidak sedar bahawa anak kecilnya ada di belakang kenderaan tersebut.
Kemudian terjadilah kejadian yang cukup menakutkan itu!

DOA UNTUK ANAK2 AGAR HILANG KEIGINAN UNTUK BERZINA



Doa Untuk Anak-Anak Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina. Doa agar dapat menghilangkan nafsu anak-anak untuk berzina ini boleh digunakan oleh ibu bapa


Doa Untuk Anak-Anak Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina | Doa agar dapat menghilangkan nafsu anak-anak untuk berzina ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membersihkan hati anak-anak daripada terjerumus ke perbuatan zina atau seks bebas. Keinginan seks boleh jadi sesuatu yang sukar untuk dikawal, oleh itu, doa untuk menghapuskan niat untuk berzina ini boleh diamalkan oleh ibu bapa dengan cara-cara yang dijelaskan seperti berikut:

Doa Untuk Anak-Anak Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina

Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.
Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. In Shaa Allah.
- See more at: http://fuh.my/doa-untuk-anak-anak-agar-hilang-keinginan-untuk-berzina/#sthash.rSfX8U04.dpuf

MUTIARA KATA HIKMAH DAN KATA SEMANGAT

Mutiara Kata Hikmah Dan Kata-Kata Semangat

Kata-Kata Hikmah, Mutiara KAta, Motivasi
 
 Digg10  43  13  648
Mutiara Kata Hikmah Dan Kata-Kata Semangat | Kita manusia tidak pernah lari dari masalah sama ada kecil mahupun besar. Walau bagaimanapaun setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Pelbagai cara yang boleh diusahakan bagi menyelesaikan masalah mengikut kemampuan masing-masing. Namun ada yang tidak tau bahawa dengan kata-kata juga mungkin dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah dan juga dapat mengurangkan kekusutan anda.
Jadi disini Dr Fuh kongsikan 101 Kata-kata himah, mutiara kata dan juga kata-kata semangat bagi membangkitkan semangat dan motivasi anda untuk menempuhi cabaran dan dugaan mendatang.
1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
mutiara+kata+hikmah 1024x675 Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
mutiara kata Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
kata kata+UAI Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”
35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”
37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”
39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”
40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”
kata mutiara hikmah Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.
46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”
47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”
48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”
49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”
50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”
51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”
53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”
54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”
55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”
56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”
57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”
58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma..”
59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
63.kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn
64.Orang yang bersih hati, ada tanda di wajahnya.
65. Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih.begitu kasih hingga mahu sama-sama dikasihi yang Maha Pengasih.
66.Sejahil mana pun manusia, mereka akan kembali mencari Tuhan dan kebaikan.
67. Apa perasaan kita apabila kita tahu tuhan memanggil kita ‘wahai sayang’?
68. Jangan tunggu orang yang sempurna untuk nasihatkan kita sebab takda manusia yg sempurna di muka bumi ALLAH ini..hanya ALLAH yang Maha Sempurna icon smile Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
69. ” Hai anak muda,jangan sangka matimu tua! “
70. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka ‘lebih lurus’ berbanding jalan ke syurga.
71. “… Kami melakukan dosa yang sepatutnya Engkau wajar mengazab kami, namun Kau ilhamkan taubat kepada kami”
72. cantik nye susun atur allah. iktibar itu dimana-mana. hari ni pelangi, esok lusa salji..
73. Tak de orang melihat air mata kita Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi
74. Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun. ~ Imam asy Syafi’e
75. Allah mendidik/mentarbiyyah manusia dengan cara berbeza.Tuhan,jangan bebankan kami,yang tidak kami terdaya.
76.”Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.”
77. Manusia itu belajar dari kesilapan.
kata hikmah Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
78. Mereka yang berubah kerana terpaksa, mereka itulah mangsa. Mereka yang memaksa diri untuk berubah, mereka itulah yang berjaya. [Abu Saif, Rindu Bau Pohon Tin]
79. Allah itu dekat.
80. Hatta seribu tahun dan sejuta mimpi pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.
81. Belajar kerana Allah… inshaAllah akhlak akan berubah…
82. Tanda kita belum baik ialah apabila kita selalu merasakan kita lebih baik dari orang lain.
83. Maksiat lawannya taat.
84. “Untuk mendapat yang dicintai bersabarlah menempuh yang dibenci.”
85. “Ya Allah, jadikan kami hamba yang sihat & taat”
86. Kalau kita ketuk pintu rumah orang pukul 3,4 pagi, mesti orang marah giler. Tapi kalau waktu sebegitu kita ketuk pintu Tuhan, Tuhan sangat gembira dan suka menerima hambanya…
87. “Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah..” (Surah Yusuf: 86)
88. mulakan hari mu dengan memuji Allah….
89. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. ..
90. Mengingati Allah itu satu keperluan melebihi dari perlunya kita kepada oksigen. Kita tidak kan mampu menghirup kebaikan yg ada sepanjang perjalanan kehidupan tanpa hidayah dan taufik dari Allah swt~ icon smile Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
91. jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.
92. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
93. “Hakikat tanpa syariat itu fasik, Syariat tanpa hakikat itu sia-sia, Syariat beserta dengan hakikat itulah sempurna”
94. cukuplah mati sebagai satu peringatan.
95. Matang bukan syarat nikah. Sama macam tua bukan syarat mati. Yang muda pun ramai mati, yang tak matang pun ramai menikah.
96. “cabut kemuncup sambil berjalan. jangan sampai ralit hingga berhenti berjalan” (mafhum)
97. *even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal, tapi kita?
98. Mahu suami soleh & isteri solehah?Mahu anak-anak yang soleh solehah?Psss, tanya diri dulu. ‘Diri’ kita itu sudah menjadi soleh solehah untuk ibu bapa kita tak?
99. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do’a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.
100. Org yang ada Allah.. Ada segala galanya – Prof muhaya.
101. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu..jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Kuasa.
kata hikmah 53 Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
 Baca lagi kata-kata hikmah dari blog lain:-
- See more at: http://fuh.my/mutiara-kata-hikmah-dan-kata-kata-semangat/#sthash.8Wq3F2WB.dpuf