Rabu, 27 Mac 2013

Kaedah Sami Siam Bantu Penagih Dadah Untuk Pulih

Nuffnang Ads

Setiap negara ada kaedah unik dalam usaha pembanterasan penagihan dadah.
Di Thailand, usaha memperbaiki kehidupan penagih banyak digerakkan oleh pihak kuil Buddha di sana.
Antara yang popular ialah Biara Thamkrabok terletak di sebelah utara Bangkok.
Mereka menggunakan herba yang antaranya bertujuan untuk membuang kandungan bahan-bahan merbahaya dan kotor dari dalam perut.
Pesakit atau penagih yang meminum herba berkenaan, dijamin akan muntah sebanyak yang boleh.
Kaedah dilihat sebagai cara untuk mengeluarkan sisa-sisa dadah dari dalam badan penagih.
Dalam erti kata lain, ramuan yang diberikan para sami berkenaan merupakan kaedah detoksifikasi.
Bukan sahaja rakyat tempatan, rakyat asing yang datang juga dibantu para sami.
Kaedah pemulihan di kuil di negara itu agak popular kerana melibatan kos yang rendah kerana sebahagian besar dana untuk membantu penagih berkenaan diterima melalui derma anggota masyarakat.
Beberapa keping gambar di bawah memberikan gambaran kaedah pemulihan dadah di Thailand.
Kaedah Sami Siam Bantu Penagih Untuk Pulih
Kaedah Sami Siam Bantu Penagih Untuk Pulih


 /></p>
<p><img class=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan