Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang, terutama wanita dari korea kerana hampir 40% wanita sana mengambil suntikan atau pembedahan untuk mencantikkan wajah mereka. Tapi tidak semua berakhir dengan berita gembira, beberapa orang daripada wanita ini akan mengalami masalah seterusnya memburukkan lagi wajah mereka.
Kisah menyedihkan menimpah seorang wanita yang berasal dari korea, kerana mempunyai muka yang tidak cantik wanita ini mengambil keputusan mendapatkan suntikan Kosmetik untuk tampak muda dan cantik. Diharapkan selepas ini dia akan menjadi rebutan lelaki tapi semuanya meleset apabila harapan tidak berlaku seperti yang diinginkan sebaliknya wajah bertukar Hodoh.
Akibat mengambil Suntikan yang berterusan menyebabkan wajahnya semakin rosak dan giginya mulai gugur. Kini wajah dia menjadi pelik dan tidak nampak normal lagi, kerana takut diejek oleh orang ramai dia menyembunyikan diri.
Manakala dia kehilangan kesemua giginya lalu menyukarkannya mengunyah makanan selama hampir 10 tahun. Dia terpaksa menggunakan masker untuk menutup wajahnya yang pelik dalam kehidupan sehariannya. benda yang paling mengecewakannya adalah tidak memiliki gigi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan