Salah
sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem,mencetus kemarahan
umat Islam di negara itu apabila meletakkan label tertulis kalimah
‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.
Pembalut
plastik pada penutup botol vodka Baiterek itu tertera kalimah ‘Allah’
dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Untuk Semua Orang’.
Beberapa
pemimpin Islam, ulama dan masyarakat muslim di negara itu telah
mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan
syarikat yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’ itu.
“Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini mahu selamat, mereka perlu meminta maaf dan bertaubat segera.
“Allah
melarang minuman beralkohol dan perbuatan ini adalah satu penghinaan
kepadaNya,” kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari
stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen.
Menurut
fahaman penganut Kristian yang menggemari minuman keras di negara itu,
kalimah ‘Tuhan’ merujuk kepada ‘Allah’ dan ia menjustifikasikan
penggunaan kalimah itu pada pembalut botol vodka tersebut.
Bagaimanapun,
pihak berkuasa negara serpihan Soviet Union itu dengan segera bertindak
mengarahkan syarikat pengeluar vodka jenama Baiterek tersebut untuk
menarik balik semua produk mereka serta merta.
Seorang
jurucakap yang mewakili syarikat Goem menjelaskan bahawa insiden
meletakkan label yang mencetus kemarahan umat Islam itu adalah berpunca
dari salah faham yang berlaku dari peringkat keluaran pertama produk itu
di negara jiran, Rusia.
Di
Rusia, labelnya tertulis perkataan ‘God’ yang membawa makna ‘Tuhan’ dan
pihak pemasaran di Kazakhstan pula menggunakan label berbahasa arab
menterjemahkan perkataan itu sebagai ‘Allah’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan