Demo Anti filem Innocence of Muslim Hangat di Dunia Islam
Posted by admin on September 17th, 2012 10:36 AM | Agama, Artikel Hangat Kongsi Entri Hangat Ini Dengan Kenkawan..Di Mesir, Yaman, Tunisia, Jordan, Arab Saudi, Kuwait, Negara Teluk, Sudan, dan Gaza, terus menggelegak demo anti filem “Innocence of Muslim”, yang dibuat oleh pengarah Sam Bacile, seorang Israel, yang menetap di Amerika Syarikat. mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak.
Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens terbunuh di Benghazi akibat ditembak dalam insiden bangunan Kedutaan AS di negara itu semalam diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad
Di Yaman ribuan penunjuk perasaan bertempur dengan polis, semasa mereka menyerbu kedutaan Amerika Syarikat di Sanaa. Pertempuran tidak dapat dihindari ketika ribuan rakyat menyerbu kedutaan Amerika Syarikat yang dijaga polis dan tentera. Pasukan pemerintah Yaman menembak gas air mata berusaha meyuraikan penunjuk perasaan yang marah.Filem itu
Di Mesir terjadi pertempuran antara penunjuk perasaan yang berusaha masuk kedutaan besar Amerika Syarikat, yang dijaga sangat ketat oleh tentera. pertempuran tak dapat dihindari. Ramai yang tercedera akibat pertempuran antara polis dengan para penunjuk perasaan.
Presiden Mursi yang sedang melakukan kunjungan ke Brussel, yang menjadi pusat pemerintahan Eropah, menyerukan aksi demonstrasi damai tanpa melakukan kerosakan terhadap kedutaan Amerika Syarikat di Mesir.Jemaah Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan bersatu dan menyeru seluruh rakyat Mesir melakukan aksi protes terhadap filem, selesai solat Jumaat, dan memprotes terhadap filem yang sangat menghina Nabi Muhammad SAW.
Seruan Ikhwan itu, sebagai bentuk protes yang keras atas filem yang dibuat oleh pengarah Israel, Sam Bacile dan diedarkan yang sekarang melarikan diri di Amerika Syarikat.
Di Tunisia, ribuan orang mendatangi kedutaan Amerika Syarikat, mereka mengancam akan menghancurkan kedutaan Amerika Syarikat, jika pembuat filem itu, tidak ditangkap oleh Amerika Syarikat, dan diadili akibat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.Kalangan Salafi sangat marah terhadap filem yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Situasi politik di Tunisia semakin tegang bersamaan dengan adanya filem itu.
Pemerintah Jordan telah melarang filem itu,dan menyekat YouTube, agar tidak dapat diakses lagi oleh rakyat. Fillm “Innocence of Muslim” itu, dialih bahasa ke dalam bahasa Arab, yang membuat begitu marah Muslim di seluruh kawasan itu.
Di Palestin rakyat di Gaza dan Tepi Barat, meluapkan kemarahannya dengan melakukan aksi membakar bendera Amerika Syarikat.
Di Afghanistan, kerajaan telah menyekat filem itu dan tidak membiarkan beredarnya filem menghindari kekerasan yang akan mengakibatkan kekacauan, dan membahayakan pasukan Amerika Syarikat, yang sekarang ini, sedang mencari cara meninggalkan Afghanistan.
Di Indonesia juga, youtube telah menyekat akses ke video tersebut untuk mengelakkan demonstarasi ganas
Manakala di Malaysia, mengumumkan bahawa akan meminta YouTube mengeluarkan treler filem itu dari pangkalan datanya.
Presiden Barack Obama marah dengan keganasan yang berlaku kepada kedutaan AS dan dalam pidatonya menyatakan akan menghukum, siapa saja yang telah berbuat keganasan dan pembunuhan. Amerika telah mengirim pasukan marin ke Benghazi dan disertai armada lautnya dilengkapi dengan senjata tomhawk, yang sudah berlabuh di Teluk Benghazi.
Satu ketegangan baru, yang akan dapat menghancurkan seluruh kehidupan di dunia Arab dan Afrika. Semua itu, akibat olah Israel, yang dengan sengaja ingin menciptakan kekacauan politik dan perang baru di dunia Arab khususnya dan Islam amnya.
Demonstarasi di Malaysia tanpa mengira parti politik akan di adakan di bawah seperti berikut:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan