Ratu Elizabeth Pakai ‘Kuning’ Untuk Sindir, Perlekeh Najib, Rosmah
KUALA LUMPUR: Pemakaian kuning Ratu Elizabeth ketika menyambut Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kunjungan hormat ke Istana Buckingham, London semalam, menunjukkan kritikan sinis terhadap Perdana Menteri itu.
Kolumnis Suara Keadilan, Hishamuddin Rais berkata, pemakaian gaun dan tali leher kuning oleh Ratu Elizabeth dan Philip Hammond dalam dua pertemuan berasingan adalah kritikan terhadap dasar dan tindakan Najib.
“Dalam bahasa diplomatik, ini memperlekehkan Najib. Dalam bahasa diplomatik, ini mengkritik tindakan Najib yang menghambat peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu.
“Sampaikan bunga di pasu dalam bilik pertemuan itu pun berwarna kuning. Tak mungkin Ratu Elizabeth atau Menteri di Britain tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia sepanjang minggu lalu,” katanya kepada KeadilanDaily.
Hishamuddin adalah pengkritik sosial dan pengkaji semiotika iaitu ilmu mengenali tanda dan makna melalui komunikasi objek dan persembahan.
Gambar menunjukkan Najib sedang tunduk bersalaman dengan Ratu Elizabeth di sebuah bilik pertemuan itu dilaporkan agensi berita Bernama.
Satu lagi gambar menunjukkan Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond turut memakai tali leher kuning, ketika Najib dan Rosmah melawat Bangunan Stesyen Kereta Api London.
Malah, Najib tidak disambut dengan hamparan permaidani merah apabila tiba di Lapangan Terbang Farnborough, London, malah kedatangannya tidak disambut Perdana Menteri Britain, David Cameron, malah membatal majlis makan tengah hari bersama Najib
Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali pada kiriman twitter menulis, pula berkata, tiga penghinaan (insult) pada satu masa terlalu banyak.
“Demonstrasi di depan pejabat Datuk Bandar, majlis makan tengah hari yang dibatalkan dan Ratu memakai pakaian kuning ketika Najib dan Rosmah membuat kunjungan hormat. Tiga penghinaan (insult) pada satu masa terlalu banyak,” katanya.
seandainya semua ini kebetulan.......Allah saja Maha Mengetahui........tanggunglah dosa di akhirat kelak........"syabas" pd fahaman politik yg berjaya membentuk rakyat Malaysia 'ganas'.......barat memang berusaha meranapkan peradaban kita...kenapa jadi buta.................wallahuallam
BalasPadamKITA INSAN YANG TERBUKA HATI DAN MINDA. BUKAN HANYA PANDAI MENGATA. TAPI BILA DI TEGUR MELALAK MARAH. ADA KAH KAMI MENBENTUK RAKYAT MALAYSIA GANAS..?
BalasPadam