Putu Mayam adalah makanan tradisional masyarakat India dan tidak dinafikan Putu Mayam juga digemari oleh lain-lain bangsa di Malaysia ini. Bagi penggemar putu mayam, mereka tentu tahu kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisional India ini. Kebiasanya putu mayam hanya dijual di kedai mamak tertentu dan mereka yang menjaja menggunakan motosikal di petang hari. Justeru gambar yang kami siarkan ini tentu mengecewakan peminat putu mayam. Dalam satu gambar kelihatan pekerja bertenggek di hadapan besen berisi tepung dan bersiap sedia untuk menguli dengan hanya bercawat kain pelekat tanpa memakai baju. Di atas meja sama terdapat putu mayam yang sudah siap terletak betul-betul di sebelah kakinya. Walaupun nampak seperti tiada apa, cuba bayangkan jika terdapat peluh pada badan pekerja itu, Jika dia berbaju peluh itu mungkin diserap pada bajunya. Tapi dia tidak berbaju.. Cuba bayanggggkan.. Amalan tak memakai baju dan hanya memakai kain pelekat ala cawat ini nampaknya turut dilakukan pekerja lain sepanjang proses pembuatan putu mayam di sini. Jika anda lihat Tong gas jadi bukti lokasinya di Malaysia. Manakala dalam satu gambar lain, kelihatan sampah sarap dibiarkan di atas lantai tempat putu mayam dibuat. Sayang sekali lokasi didalam gambar proses pembuatan putu mayam ini tidak diketahui dimana dan kemana ianya dijual atau dipasarkan.. |
Khamis, 4 Disember 2014
JIJIK! Gambar Pekerja ‘Bercawat’ Buat Putu Mayam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan