Rabu, 20 Ogos 2014

SIAPA YANG CIPTA BENDERA MALAYSIA ( JALUR GEMILANG ) ?

pencipta bendera malaysia
Assalamualaikum semua!
Siapa pencipta bendera JALUR GEMILANG ? Teringat dahulu time sekolah ada quiz pasal itu. Menarik juga hadiah atau habuan kalau sesiapa yang dapat jawab.
Aku pun dah lupa jawapan sebenar ,hehe. Tapi yang still dalam ingatan orangnya berasal dari negeri Johor. Bangga hehehe. Bayangkanlah masa itu persaingan agak banyak, bermacam-macam pattern dari pelbagai pelukis. Akhirnya hasil idea beliau juga telah dipilih dan diguna pakai sehingga hari ini.
Setelah aku meng”google”. Maka jawapannya adalah:
Hasil siasatan yang dijalankan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) selama hampir dua bulan mendapati pencipta Jalur Gemilang adalah bekas arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Allahyarham Mohamed Hamzah. Penolong Pengarah Bahagian Persuratan Sejarah YWJ, Dzulkarnain Asmawi juga mengesahkan hasil daripada beberapa rujukan.
Sebenarnya benda ini pernah jadi isu suatu ketika dahulu apabila ada pertikaian mengenai siapa pencipta bendera Malaysia.  Terima kasih kepada Yayasan Warisan Johor yang berjaya mengesahkan pencipta jalur gemilang sebenar. :)
Sekian terima kasih!
Entry khas mengenang 16 september sebagai hari penubuhan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan