kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya |
Pemergian beliau kesana tanpa sebarang arahan dan permintaan dari mana-mana waris mendiang YB Karpal Singh atau mana-mana pihak, semuanya atas kehendak beliau sendiri.
Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami...
"Banyak makhluk halus berkeliaran di kawasan ini"...dakwa Raja Bomoh... |
Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.
“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.
Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.
“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.
Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan ngeri berhampiran 'Gua Tempurung'. |
Selain itu pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan