Rabu, 8 Januari 2014

DOA PENGASIH DARI SURAH AL-QURAN



Bagi pembaca yang selalu bertanya cara-cara berdoa dalam posting "DOA PENGASIH". Berdoalah dengan mengikut adab-adab berdoa sebelum berdoa supaya doa dimakbulkan. Sebelum berdoa kita digalakkan menggunakan ayat-ayat al-Quran. 

Di antara adab-adab berdoa hendaklah memulakan dengan memuji-muji Allah Taala terlebih dahulu kemudian disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pastikan niat dibetulkan terlebih dahulu dan juga cara-cara kita berdoa hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Dari tiga dalil yang di bawah ini dapatlah kita ketahui bahawa akan kepentingan doa itu. Ketahuilah bahawasanya al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah Taala (berdoa). Sehinggakan maksud solat dari segi bahasa juga ditakrifkan sebagai doa. 

Firman Allah SWT bermaksud: 


"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Al-Gahfir: Ayat 60)

Firman Allah SWT bermaksud: 


"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah Al-Isra': Ayat 82).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

"Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku maka lazimilah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah." (Riwayat al-Hakim). 


DIANTARA AYAT-AYAT PENGASIH YANG DIAMBIL DARI SURAH-SURAH AL-QURAN.

1. Surah Yassin: Ayat 36


Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

2. Surah Yusuf: Ayat 4.


Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

3. Surah Al-Hujurat: Ayat 13.

Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

4. Surah Ali Imran: Ayat 14.

Maksudnya:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


5. Surah Ali Imran: Ayat 31.


Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).


Wasallam.

Hukum Menjilat Kemaluan Isteri







Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda? 

Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. 

Kisah Nelayan Pegumpul MAYAT Di Sungai.





Pekerjaan yang dilakukan seorang nelayan di China ini tao rasa paling aneh di dunia. Wei Xinpeng, nama lelaki tersebut dimana beliau, biasanya memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, kerap kali memulai harinya dengan bertengong sambil merokok di tepi sungai. 



Matanya mengamati air Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah mati kemalangan, dibunuh, ataupun bunuh diri.

Ikuti lagi kisah seorang pemburu mayat di sungai ini lagi di bawah...

Lelaki 55 tahun itu seperti hafal akan aliran sungai, dan dia biasa melihat ke mana arus membawa mayat-mayat yang tenggelam di sungai itu. Biasanya, Wei mendayung perahunya ke dekat satu jambatan kecil di hilir. Di sana, biasanya mayat “tersadai”, kerana tersangkut di celah besi jambatan. Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat kini adalah kegiatan rutin Wei. Dia menjual mayat yang ditemuinya itu kepada keluarga mayat yang bersangkutan.



Wei mengaku telah mengumpulkan sebanyak 500 mayat dari dasar sungai tersebut. “Orang-orang ini mati dengan cara mengerikan,” kata Wei. Dia mengumpulkan mayat penemuannya itu di satu teluk kecil yang tak kena arus. Mayat-mayat bermacam bentuk itu dikumpulkan di sana. BBC melaporkan, di teluk kecil tersebut terdapat empat mayat yang tubuhnya telah kaku, dengan kepala tertelungkup ke bawah. Setiap kali berhasil menangguk mayat, Wei mengumumkannya pada surat khabar tempatan. Dia menyebut ciri-ciri fizikal mayat tersebut, sehingga keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, keluarga si mayat akan menghubungi Wei, dan meminta diantarkan ke tempat dia menyimpannya.

Wei membawa keluarga si mayat ke teluk kecil tersebut. Dia membenarkan untuk membalikkan tubuh si mayat supaya wajahnya dapat terlihat, kalau ade wajah lagi la. Jika keluarga mayat ingin membawanya pulang, maka mereka harus membayar wang tebusan atau upah lebih dari US$500. Wei mengatakan, selama ini dia telah menjual sekitar 40 mayat. Tapi kadang-kadang, keluarga mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa jenazah yang ditemukan Wei. “Ada sekali orang tua datang mencari anaknya. Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang,” kata Wei.

Jika sudah begini, Wei terpaksa harus menguburkan mayatnya secepat mungkin. Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tapi kerana alasan lebih pribadi. Dia pun bercerita. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri, yang tenggelam di Sungai Kuning. “Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat menemukan mayatnya. Sangat menyedihkan. Itu sebabnya saya melakukan pekerjaan ini,” kata Wei. Anak lelaki Wei sampai sekarang belum ditemukan.

Sabtu, 4 Januari 2014

IBU Dera Anak, Di Gunting Lidah


Admin | 1/02/2014 |
d

Adit, seorang budak yang berasal dari Tanjung Batu Kabupaten Rokan Hulu dijumpai oleh seorang peniaga sayur pada hari Minggu (15/12) lalu di sebuah kawasan ladang kelapa sawit. Ketika ditemui keadaan Adit dalam keadaan berdarah-darah. Kanak-kanak bernasib malang ini diseksa oleh ibu kandungnya sendiri. Siapa saja yang melihat keadaan Adit pasti tak sanggup.

Dipetik dari merdeka.com, tubuh Adit nampak sangat membimbangkan. Banyak kesan luka pada tubuhnya. Sehingga bahagian lidah, bibir, dan kemaluan Adit dipenuhi luka akibat digunting oleh ibunya.

Bibir bawah Adit membengkak dan dipenuhi kesan luka. Semasa disuap makanan, kelihatan  lidahnya ada kesan ada pemotongan. Budak ini menangis ketika makan kerana merasa pedih lidah dan bibirnya.

Adit tetap makan walau gerakan mulutnya kelihatan pelahan. Budak ini terus menangis. Sesekali dia meminta minta sayur daging ayam.

"Semasa saya tanya, Adit mengatakan lidahnya pernah digunting ibunya. Bibirnya yang bengkak juga dia akui digunting ibunya," kata DAHNIAR.

Tidak hanya itu saja, bahagian kepala terdapat beberapa luka yang kini telah dirawat pihak hospital. "Di kepalanya ada empat bekas luka dan berlubang. Salah satu luka itu sudah bernanah," kata DAHNIAR. 

"Adit ditemui sedang bersendirian ketika berada di jalan kawasan kebun sawit oleh seorang pemuda peniaga sayur. Kemudian ia dirawat oleh seorang buruh yang bersedia merawatnya, namun atas nasihat penduduk akhirnya Adit dibawa ke RS tandun pada Isnin pagi dan dirujuk ke RSUD Bangkinang pada malam harinya, "ujar Kapolres Kampar, AKBP Ery Apriyono.