MINNEAPOLIS - Seorang eksekutif didakwa menampar seorang kanak-kanak berusia 19 bulan yang sedang menangis sambil mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.
Satu kenyataan AGC Aerospace & Defense menyebut bahawa Joe Rickey Hundley didakwa menyerang kanak-kanak itu semasa insiden 8 Februari lalu yang ketika itu dalam penerbangan Delta Air Lines.
Hundley dari Hayden, Idaho pada mulanya hanya digantung kerja tetapi syarikat tempat lelaki itu bekerja berkata, dia telah dipecat secara rasmi.
“Laporan mengenai tingkah lakunya semasa dalam pesawat baru-baru ini amat memalukan. “Kami telah menyiasat perkara ini dengan serius dan bermula Ahad lalu dan Hundley tidak lagi bekerja di sini,” kata kenyataan itu lagi.
Sementara itu, peguam Hundley, Marcia Shein berkata, anak guamnya dilayan secara tidak adil dan mendakwa mempunyai unsur-unsur perkauman.
“Saya yakin anak guam saya tidak bersifat sedemikian,” kata Shein.
Dalam pada itu, peguam kanak-kanak malang itu, John Thomson berkata, pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan dakwaan atau tidak.
Bagaimanapun, ahli keluarga kanak-kanak itu berkata, Hundley harus dihukum dan dipenjara setahun.
“Kami mahu Hundley dan sesiapa saja sepertinya tidak lagi melakukan perkara itu lagi,” katanya kepada CNN.
Beliau juga mendakwa yang Hundley mabuk dan dipengaruhi alkohol ketika kejadian dan mendakwa menyaksikan sendiri Hundley mengambil minuman keras ketika duduk di pesawat
Ketika pesawat menghampiri Atlanta, anaknya mula menangis kerana perubahan altitud dan segera memujuk anaknya sebelum Hundley yang duduk di sebelah kanak-kanak itu kemudian menyuruhnya diam.
Hundley kemudian berpaling dan menampar kanak-kanak itu menyebabkannya menangis lebih kuat.
Kanak-kanak itu mengalami calar di bahagian bawah mata kanannya.
“Saya seperti tidak percaya yang dia sanggup keluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada kanak-kanak yang masih kecil seperti anak saya dan kemudian memukulnya. Saya amat terkejut ketika kejadian berlaku,” kata Bennet kepada BBC.
Hundley akan dihadapkan di mahkamah dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara satu tahun kerana menyerang kanak-kanak bawah 16 tahun.
Pada tahun 2007, Hundley mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan menyerang di Virginia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan