Rabu, 25 Julai 2012

LELAKI Menyelamatkan Satu Keluarga, Di BIAR Mati LEMAS...

Lelaki Menyelamatkan Satu Keluarga, Dibiarkan Mati Lemas


JARANG sekali ada manusia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan manusia yang tidak dikenalinya. Jikapun ada, dia akan dianggap sebagai 'wira' dan menerima penghormatan umum dari khalayak ramai, malah mungkin beritanya tersiar di muka depan akhbar keesokan harinya

Malang bagi JinJie Deng, bila dia tidak menerima penghargaan yang selayaknya.

Selepas menyelamatkan 3 orang dalam satu keluarga dari mati lemas di Loudi City Sunshuihe Park, China, Deng dibiarkan lemas keseorangan.

Pemuda berusia 27 tahun itu kehabisan tenaga selepas menyelamatkan keluarga tersebut. Kerana keletihan dalam usaha menyelamatnya, Deng tidak dapat mengawal diri dan dihanyutkan arus sungai yang deras. Deng mati lemas sedangkan keluarga yang diselamatkan meninggalkannya begitu saja.

Menurut saksi yang melihat insiden berkenaan, seseorang cuba untuk menghalang keluarga tersebut dari meninggalkan tempat kejadian, tetapi seorang wanita dari keluarga yang diselamatkan Deng berkata, “Bukan urusan kami,” dan memandu kereta mereka pergi dari situ.

“Amat menyedihkan bila keluarga tersebut tidak mahu tahu nasib yang menimpa JinJie Deng yang dihanyutkan arus. Mereka tidak sepatutnya meninggalkan tempat kejadian sebelum mengetahui orang yang menyelamatkan nyawa mereka masih hidup atau mati,” ujar saksi berkenaan. -RR/PjO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan