Mengaitkan surah Al-Quran dengan fenomena Facebookers dan twitters yang berserakan di dunia maya.
Al-Quran sememangnya mukjizat Rasulullah SAW yang memang tidak boleh dipertikaikan. Sejak 1400 tahun yang lalu Al-Quran sudah menceritakan tentang Facebook, Twitter dan seangkatannya?!”
Cuba korang buka surah Al-Ma’arij ayat 19-21
‘Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir.’
Ayat ini menjelaskan fenomena jemaah Al-Fesbukiyyah secara umum. Cuba kita lihat wirid-wirid mereka. Kebanyakan isinya keluh kesah. Artikel berkaitan Berhati-hati dengan Dinding Facebook
Temanya sudah mirip sinetron Indon mendayu-dayu sehingga air mata meleleh keluar. Sakit dari sakit bisul, sakit perut, selsema sampai jerawat tumbuh pun update di status.
Cuaca juga tak ketinggalan. Diberi hujan pun mengeluh tidak dapat keluar ke mana-mana. Diberi panas mengeluh kepanasan.
Segala maksiat juga disebarkan di public wall. Banyak contoh yang upload gambar sedang clubbing, membuka aurat dan sebagainya.
Masalah duit habis, rezeki tak masyuk pun ditaip di facebook. Ibadat juga ada yang ‘disharekan’. puasa,sedekah dan sebagainya tapi Alhamdulillah saya belum jumoa ada orang update FB semasa sedang sembahyang dengan update status FB ‘lagi dua rakaat nih’ tetapi saya pernah melihat seorang lelaki yang surf FB semasa khutbah Jumaat.
Seterusnya di ayat seterusnya dikatakan
‘apabila dapat kebaikan maka dia kikir.’
Memang betul ayat tersebut kerana Ayat Al-Quran memang semuanya benar.
Cuba korang kira berapa orang yang update status contohnya
“Alhamdulillah dapat rezeki, sesiapa yang mahu saya belanja harap tunggu di depan masjid lepas Isyak”.
Rasanya ada tak status FB yang begitu? Kalau dapat rezeki disorok-sorokkan takut orang lain tahu, takut ada yang nak meminjam atau minta belanja. Tetapi semasa ditimpa musibah di share ke mana-mana.”
Rasanya ada tak status FB yang begitu? Kalau dapat rezeki disorok-sorokkan takut orang lain tahu, takut ada yang nak meminjam atau minta belanja. Tetapi semasa ditimpa musibah di share ke mana-mana.”
Bukannya haram update status tetapi alangkah baiknya update itu yang baik-baik,mengajak kebaikan,hadis, kisah sahabat dan sebagainya. Tapi kita malu pulak nak update begitu takut dikatakan orang kampung, ketinggalan zaman, terlampau alim, mat bagus dan sebagainya..
So…? sendrik mau ingat!
Admin: Tak perlu minta izin untuk share..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan