Gadis Serigala
Sebuah kejadian aneh yang hanya terjadi kepada 1 dari 1 billion manusia, dialami oleh 3 orang adik-beradik yang tinggal di Pune, India Tengah ini.
Wajah mereka hampir seluruhnya ditumbuhi oleh rambut, serta bentuk wajahnya mirip dengan serigala. Keadaan ini dikenal sebagai Werewolf Syndrom, atau sindrom serigala.
Savita, 23, Monisha, 18, dan 16-tahun Savitri Sangli, mewarisi gangguan hipertrikosis universal dari ayah mereka. Sementara 2 orang adik perempuan mereka lagi, tidak mengalami kelainan tersebut.
Walaupun demikian, adik beradik ini masih berharap suatu hari nanti mereka dapat melakukan perubatan dengan laser yang dikatakan boleh mengurangkan rambut yang tumbuh secara berlebihan di wajah mereka.
Mereka juga berharap dapat menjalani kehidupan normal seperti wanita lain iaitu berkahwin dan mempunyai anak.
Hipertrikosis universalis adalah penyakit genetik, di mana sel-sel yang biasanya mematikan pertumbuhan rambut di daerah yang tidak biasa, seperti kelopak mata dan dahi, tidak bekerja dengan baik.
Setiap hari, mereka harus menggosok sebuah krim khas yang boleh melambatkan pertumbuhan rambut di wajah mereka.
Perawatan dengan sinar laser untuk menghentikan pertumbuhan rambut di wajah menelan kos sekitar 350,000 rupee atau lebih kurang RM22,000 seorang.
Ibu mereka, Anita, 40, berkata bahawa ayah gadis-gadis itu, yang telah meninggal tahun 2007, juga menderita sindrom tersebut. Di awal perkahwinan mereka, dimana Anita tidak mengetahui bahwa suaminya itu ternyata menderita penyakit aneh.
“Saya dipaksa berkahwin semasa berusia 12 tahun dengan ayah mereka, jika saya tidak mahu, maka saya akan dibunuh,” terang Anita, seperti berita Dailymail (08/02/12).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan