Rabu, 18 Januari 2012

KISAH BENAR KERANA BOSAN DEGAN ISTERI SUAMI TANAM HIDUP2 ISTERINYA..?


LEEDS - Seorang lelaki menyerang isterinya sendiri dengan alat kejutan elektrik dan menguburnya hidup-hidup. Sebelumnya, lelaki itu mengaku dirinya melakukan tindakan itu kerana merasa bosan dengan sikap isterinya.

Marcin Kasprzak, dituding atas tuduhan percubaan pembunuhan terhadap Michalina Lewandowska, dan dirinya pun dihadapkan ke mahkamah di Kota Leeds, England.

"Ringkasannya, kes ini adalah kes cubaan pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bosan dengan pasangannya. Lelaki itu berupaya untuk menyingkirkan ibu dari anaknya sendiri," ujar petugas berwenang di pengadilan, seperti disiarkan NewsCore, Rabu (7/12/2011).

Biarpun dikubur hidup-hidup, Michalina berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan terikat. Sebelumnya, perempuan berusia 27 tahun itu dibungkus dengan kotak , dibawa ke hutan, dan dimasukkan ke lubang yang dangkal, di bahagian utara England.

Dalam kehidupan sehari-harinya, Marcin kerap meluahkan kekecewaannya terhadap isterinya. Dirinya juga sering pergi bersama kawan-kawannya dan tidak pulang ke rumah. Seorang lelaki berusia 18 tahun, Patryk Borys, diduga membantu Marcin menguburkan Michalina.

Tertuduh dikhabarkan menolak segala bentuk dakwaan yang diajukan oleh pengadilan dan prosesi pengadilan akan berlanjut dalam tiga minggu ke depan. (dgs)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan