Sabtu, 28 Januari 2012

setia nya lelaki ini sanggup berkahwin degan mayat kekasih yang dah mati..

Lelaki Ini Berkahwin Dengan Mayat

Kesian, lelaki ini telah kehilangan kekasihnya. Sedangkan mereka hanya ada beberapa waktu sahaja lagi untuk berkahwin. Kekasihnya dikatakan telah meninggal dalam satu kemalangan. Mungkin kerana terlalu cinta dia telah mengahwini mayat kekasihnya itu - posted@malaysiasensasi.net


Rabu, 25 Januari 2012

KELEBIHAN SURAH YAASIN.. ANUGERAH ALLAH BUAT UMAT NYA,,


Kelebihan Surah Yaasin...
Ayat 1 - 9  : Untuk keselamatan diri

Ayat 9  : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12  : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35  : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23  : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30  : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35  : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36  : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. 
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37  : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38  : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39  : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40  : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41  : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44  : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48  : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49  : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11  - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50  : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58  : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76  : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79  : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79  : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82  : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. 
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut  pastu  baca pada air 100x  berdoa apa sahaja hajat 

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma         - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima         - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin         - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh 
2. 3 Jumaat berturut-turut 
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 
4. Ayat 38 - 12x 
5. Ayat 58 - 7x 
6. Ayat 82 - 14x 
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul. 
Wallahualam.

Ini Lah Makanan SYURGA

Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima

 


Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima? Buah delima menjadi kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau. Di China pula, buah delima menjadi satu simbul kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al-An’am ayat 99 dan ayat 141 dan surah Ar Rahman ayat 68.

Delima; Anugerah Illahi Dari Syurga
Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa Buah Delima termasuk dalam buah Syurga.

“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syuga”
Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasullah SAW bersabda;

“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)
Sebagaimana Firmman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;

“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari phon-phon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural)
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.

Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Asli 100% “Pomepure” bebas daripada campuran bahan pengawet.

Delima Mengurangkan Berat Badan
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


Read more: http://manmala.blogspot.com/2011/11/khasiat-dan-kelebihan-buah-delima.html#ixzz1kTnmV4nA

Isnin, 23 Januari 2012

Kisah Benar Erti - SEGELAS AIR UNTUK PELAJAR TAHFIS AL-QURAN DAN Engineer...

Segelas Air Untuk Engineer

Di sebuah telaga minyak di Arab Saudi, di akhir tahun 40-an….
Seorang pegawai berpangkat rendah, remaja tempatan Arab Saudi, merasa haus dan bergegas mencari air untuk membasah tekaknya kering. Dia begitu gembira ketika melihat air sejuk didepannya dan dengan cepat dia mengisi air sejuk ke dalam gelas.
Belum sempat dia minum, tiba-tiba dia terhenti kerana sebuah herdikan: “Woi, kamu tidak boleh minum air ini. Kamu cuma pekerja rendah. Air ini hanya khas untuk jurutera” Suara itu berasal dari mulut seorang jurutera Amerika yang bekerja di perniagaan tersebut.
Remaja itu akhirnya hanya terdiam menahan haus. Dia tahu dia hanya anak miskin lulusan sekolah asas. Kalaupun ada pendidikan yang dibanggakan, dia lulusan lembaga Tahfiz Quran, tapi kepakarannya itu tidak ada harganya di syarikat minyak yang semasa itu masih dikendalikan oleh Amerika.

Herdikan itu selalu terngiang-ngiang di telinganya. Dia selalu bertanya-tanya: Kenapa ini terjadi padaku? Kenapa segelas air sahaja dilarang untuk ku? Apakah kerana aku pekerja rendahan,sedangkan mereka jurutera ? Apakah kalau aku jadi jurutera aku boleh minum? Apakah aku boleh jadi jurutera seperti mereka?
Pertanyaan ini selalu tengiang-ngiang dalam dirinya. Kejadian ini akhirnya menjadi momentum baginya untuk membangkitkan “SIKAP POSITIF” . Muncul komitmen dalam dirinya. Remaja miskin itu bekerja keras siang hari dan bersekolah pada malam hari. Hampir setiap hari dia kurang tidur untuk mengejar citanya.
Banyak juga kata-kata melemahkan semangat yang diterima dari rakan-rakannya tapi dia tidak ambil peduli. Hasil kerja kerasnya mendapat hasil. Dia akhirnya lulus dalam peperiksaan dengan cemerlamg. Dia kemudai ditawarkan menyambung pelajaran ke Amerika mengambil jurusan bidang teknik dan master bidang geologi. Pemuda ini lulus dengan hasil memuaskan. Seterusnya dia pulang ke negerinya dan menjadi seorang jurutera.
Kini dia sudah menaklukkan ”rasa sakit”nya, kembali sebagai jurutera dan boleh minum air yang dulu dilarang baginya.
Apakah sampai di situ sahaja? Tidak, kariernya terus berkembang dengan besar. Hasil kerja kerasnya, kerjayanya melonjak dari ketua bahagian, ketua cawangan, pengurus sehingga akhirnya dia menjawat jawatan sebagai wakil pengarah, jawatan tertinggi yang boleh dicapai oleh orang tempatan semasa itu.
Ketika ia menjawat wakil pengarah, jurutera Amerika yang dulu pernah mengusirnya, kini menjadi orang bawahannya. Suatu hari jurutera tersebut datang menghadap kerana ingin minta izin untuk bercuti dan berkata; “Aku ingin memohon cuti panjang, saya berharap anda tidak mengaitkan kejadian air di masa lalu dengan pekerjaan rasmi ini. Aku berharap Anda tidak membalas dendam, atas kekasaran dan keburukan tingkahlaku aku di masa lalu”
Jawapan pengarah bekas pekerja bawahan ini: “Aku ingin berterimakasih kepadamu kerana kau melarang aku minum semasa itu. Ya dulu aku sangat benci padamu. Tapi, setelah izin Allah, kamu lah aku berusaha hingga aku meraih kejayaan ini.”
Kini sikap positfnya sudah membuahkan hasil, lalu apakah ceritanya sampai di sini?
Tidak. Akhirnya bekas pegawai bawahan ini mendapat jawatan tertinggi di perniagaan tersebut. Dia menjadi Presiden Pengarah pertama yang berasal dari bangsa Arab.
Tahukan kamu apa perniagaan yang dipimpinnya? Perusahaan itu adalah Aramco (Arabian American Oil Company)perniagaan minyak terbesar di dunia. Ditangannya perniagaan ini semakin membesar dan kepemilikan Arab Saudi semakin dominan. Kini perusahaan ini menghasilkan 3.4 juta barrels (540,000,000 m3) dan mengendalikan lebih dari 100 ladang pusat gas di Arab Saudi dengan total cadangan 264 billiom barrels (4.20×1010 m3) minyak dan 253 triliun cadangan gas.
Di atas prestasinya, dia dilantik oleh Raja Arab Saudi untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Minyak dan Mineral yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia.
Ini adalah kisah benar Ali bin Ibrahim Al-Naimi yang sejak tahun 1995 sehingga sekarang (2012) menjawat Menteri Minyak dan Mineral Arab Saudi.
Bayangkan, hanya dengan mengembangkan penghinaan menjadi perkara yang positif, isu air segelas di masa lalu membentuknya menjadi salah seorang penguasa minyak yang paling berpengaruh di seluruh dunia.
'' megapa aku tidak secekal ia, YA ALLAH.... Kau BERIKAN LAH RAHMAT MU PADA KU...
DAH KAU BERKATI LAH PENIAGAAN KU INI Amin YA ALLAH..''

Jumaat, 20 Januari 2012

BAHAYA NYA - KENSER PAYU DARA . '' AWAS LELAKI PUN JUGA KENA '' BUKAN HANYA WANITA.

Kanser payudara merupakan antara pembunuh utama wanita di dunia. Malah, kaum lelaki juga sebenarnya tidak ketinggalan menghadapi risiko ini. Kerana itu, pemeriksaan rutin merupakan langkah yang paling baik bagi menangani masalah kanser payudara. Sebarang kelainan atau keganjilan dari pemeriksaan tersebut harus diambil tindakan segera. 

1. Benjolan

Gejala Kanser payudara yang paling mudah dikenali adalah munculnya benjolan yang tidak normal. Benjolan itu boleh umumnya diraba sendiri, biarpun kadang-kadang hanya boleh diketahui adanya benjolan itu melalui pemeriksaan mammograph.




2. Pembengkakan
Biarpun tidak ada benjolan, payudara yang membengkak atau terasa berat perlu diberi perhatian. Kehamilan dan retensi (penumpukan) cairan akibat terlalu banyak penggunaan garam sebenarnya juga boleh menyebabkan payudara membengkak.


3. Iritasi kulit

Gejala Kanser juga boleh diamati dari kulit payudara atau puting yang memerah, tebal dan bersisik. Jika tanda-tanda itu muncul biarpun tidak sedang mengalami jangkitan kulit dan tidak memiliki alahan terhadap bahan kimia pada pakaian, sabun dan lotion, sebaiknya segera berjumpa doktor.



4. Nyeri di bagian puting
Kista di payudara juga boleh menyebabkan rasa nyeri di bahgian puting. Untuk membedakannya dengan Kanser payudara, periksakan segera dan mintalah doktor untuk melakukan pemeriksaan ultrasonik yang boleh membezakan kista dengan sel Kanser.



5. Puting tenggelam (nipple retraction)
Biarpun jarang, pertumbuhan sel Kanser payudara di sekitar areola juga boleh menyebabkan puting tenggelam. Jika gejala ini muncul tiba-tiba, ada kemungkinan terjadi penarikan atau pengencangan kelenjar susu yang terjadi kerana terdesak oleh sel tumor.



6. Cairan aneh di puting
Selain susu, cairan apapun yang keluar dari puting perlu diberi perhatian terutama jika berwarna merah atau coklat. Biasanya doktor akan melakukan ductogram yakni sejenis mammograph untuk memeriksa kelainan kelenjar susu, dan mengamati cairan yang keluar dengan bawah mikroskop untuk mengetahui adanya sel Kanser di dalamnya.



7. Pembengkakan kelenjar getah bening
Kanser payudara selalu ditandai dengan pembengkakan kelenjar getah bening di kawasan ketiak. Periksakan segera untuk menjangkakan kemungkinan tersebut, biarpun kadang-kadang jangkitan juga boleh menyebabkan bahagian ini membengkak.

 
'' gambar ini bukan untuk Aib kan wanita. ini hanya sekadar untuk kita melihat gambar nyata. bahaya nya penyakit ini yang menbawa maut ( mati )

DOKTOR KELUAR KAN MATA DARI KEMALUAN PESAKIT PEREMPUAN...?


Seorang doktor telah menemui biji mata di dalam kemaluan pesakit perempuan – Benda asing seperti kondom atau barang-barang seludup sering ditemukan di kemaluan perempuan. Namun di Amerika Syarikat, seorang doktor telah menemui benda yang agak mengerikan iaitu biji mata di dalam kemaluan pesakitnya.

Dr Melissa Barton, doktor dari Unit Kecemasan di Detroit Medical Center menyatakan pernah menerima pesakit dengan kesakitan yang teramat sangat. Keluhan yang harus ditulis Barton dalam rakaman mediik tersebut adalah, ada mata di dalam kemaluan pesakitnya.

Saat itu, pesakit yang tidak disebutkan namanya tersebut tengah mengalami kesakitan yang tidak tertanggung.Pesakit tersebut memaklumkan bahawa ada sesuatu berada di dalam kemaluannya yang membuat doktor di Unit Kecemasan di Detroit kelam kabut untuk mengeluarkanya

Lubang kemaluan dianggapnya paling selamat untuk menyimpan beberapa benda yang ukurannya kecil, namun besar nilainya baik kerana harganya mahal maupun susah mencarinya. Selain biji mata palsu surat kebenaran yang membenarkan membawa masuk barang-barang berkaitan juga dimasukkan ke dalam kemaluan juga.

“Benda-benda itu sangat mahal dan susah dicari gantinya. Makanya ditaruh di situ, bersama-sama dengan surat izin mengemudi,” kata Dr Barton seperti dipetik dari ABC News, Jumat (23/12/2011).

Tidak dijelaskan kapan peristiwa itu terjadi, Dr Barton hanya menjelaskan sekilas berdasarkan catatan medik tentang pesakit tersebut, yang jelas, biji mata dan surat-surat berharga tersebut sudah dikeluarkan.[SINAR TERANG]

Izwan Pilus MENINGAL DUNIA.. AL-FATIHAH BUAT Allahyarham. Izwan Pilus....

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis

addthis kongsi icon
Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis
Teks oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2012: Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.
Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.
Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.
Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.
Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.
Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.
Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.
Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.
Sekalung takziah daripada warga kerja murai.com.my. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

BAWANG PUTIH BANYAK KHASIAT NYA - INI LAH ANUGERAH ALLAH PADA KITA..

Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba  percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.
Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek  pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila  ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang  akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin.  Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap  akan memberi perubahan yang besar  kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih  berfungsi mengembangkan  dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang  pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan  untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan  20 % kulat lain.
Satu kajian di China  menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya.  Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang  bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga  kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain:
  • Membuang angin
  • Menambah dan mengawal selera makan
  • Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
  • Merawat batuk dan batuk kering
  • Merawat selesema
  • Merawat sakit telinga
  • Menghalau serangga
  • Merawat bisul dengan menuamnya
Nota: Mungkin selama ini kita tahu bahawa bawang putih hanya berguna untuk masakan di dapur. Ataupun sebagai senjata untuk membunuh dracula atau vampire di dalam filem-filem hollywood yang belum jelas fakta kebenarannya tersebut. Sebenarnya, ternyata banyak khasiat dan kandungan dari bawang putih yang sangat berguna bagi tubuh kita. Jom manfaatkan khasiat bawang putih!