Jumaat, 20 Mei 2011

INI BARU YAHUDI TAHU SIAPA YANG LEBIH PANDAI ( ISLAM AKAN MENANG )

Facebook disaman kerana Intifada

Photobucket
Lihat betapa risaunya Israel jika umat Islam bersatu menentang mereka.
CEO Facebook Mark Zuckerberg dituntut saman lebih dari US$1 Billion ke atas page facebook melawan Israel bernama ‘Third Intifada’.
Bulan lepas, Facebook menutup page ‘Third Intifada‘ yang memiliki 500,000 penggemar. Facebook dikatakan ‘lalai’ kerana tidak segera menyahut bantahan untuk menghapuskan page tersebut.
Sebelum itu, menjadi isu hangat di Israel dan Barat meminta agar Facebook melarang ‘mengizinkan halaman Facebook ‘Third Palestinian Intifada’ dan page serupa yang menyokong kekerasan dan kematian Yahudi’.

Saman itu diajukan kepada pengadilan tinggi oleh Larry Klayman yang merupakan ‘Warga Amerika yang berasal dari Yahudi’. Seperti dikuti TechCrunch, lelaki ini ‘aktif melihat masalah keamanan Israel’.
Facebook menolak kes ini kerana jaring sosial ini menganggapnya ‘tidak berasas’. “Kami yakin kes ini tidak berasas dan kami melawannya,” kata jurucakap Facebook.
Facebook menutup halaman itu, setelah Menteri Diplomasi Awam Yuli Edelstein mengirimkan surat pada Zuckerberg yang mendesaknya untuk menghapus halaman itu.
Facebook mengatakan, page itu awalnya boleh ditoleransi kerana dikenali sebagai “panggilan protes damai’ namun seruan jihad kemudiannya muncul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan