Rabu, 12 Januari 2011

ini adalah ibu-ibu warga pondok al-barakah

warga pondok al barakah
PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH juga telah menambah pondok-pondok agama yang boleh di sewa atau dibeli untuk mereka yang mahu mengikuti kelas sepenuh masa anjuran kami di pusat ini. Dengan pembinaan pondok-pondok baru ini kami berharap agar ramai lagi yang akan berminat mengikuti kelas-kelas fardhu dan yang lain, tanpa perlu berulang-alik ke rumah terutama mereka yang tinggal di luar kawasan Ipoh. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa warga Gugusan Manjoi yang membeli atau menyewa pondok kami ini.
  • Harga sewaan pondok adalah sebanyak RM 70 sebulan.
  • Harga belian pondok adalah sebanyak RM 25,000 & RM30,000 sebuah.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
  1. Bilik Air yang lengkap dengan tandas & shower.
  2. Ruang Dapur yang telah dipasang dengan sink Stainless Steel & soket.
  3. Soket-soket elektrik di setiap sudut tertentu.
  4. Kipas Shiling.
  5. Tempat penyidai di belakang setiap unit pondok.
* Setiap pondok yang telah di beli boleh diubah suai mengikut citarasa tersendiri

1 ulasan:

  1. As-salam, boleh dapatkan maklumat macamana nak sewa pondok barakah?

    BalasPadam