Sabtu, 18 Disember 2010

wanita bertudung mencuri ketika azan

Wanita bertudung atau tidak, cantik atau tidak cantik manusia biasa jer. Tudung tidak melambangkan wanita itu bersifat mulia. Bertudung adalah wajib kepada wanita Islam bukan melambangkan keperibadian sebenar. Begitu juga dengan lelaki, berketayap dan berstatus haji tidak semuanya baik . Bukan tak biasa kita dengar orang yang berjawatan dalam agama melakukan penyelewengan. Apa yang penting adalah iman dan tahan dengan godaan syaitan. Kata orang kalau lagi tinggi darjat agama seseorang Muslim itu, syaitan yang menggodanya pun yang berpangkat juga.  Wanita bertudung pink dalam gambar ini memasuki kedai menjual barang kemas bersama seorang kanak-kanak perempuan.
 
Ketika jurujual sedang leka mencari barang kemas yang dimintanya, dia mencuri sampul surat yang dipercayai berisi wang.
 
Pada waktu dia melakukan perbuatan terkutuk itu, azan sedang dikumandangkan. Untuk melihat rakaman CCTV boleh lihat video di bawah
Nota: Ingatlah! CCTV Allah sentiasa merakam-catatkan setiap perbuatan kita di dunia ini dan takutlah kepada azabNya yang Maha Dahsyat.
Sumber: Nuraflah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan