Ahad, 19 Disember 2010

Bacaan Surah Al Mulk oleh Sheikh Mishari Al Afasy

sunnah berjuang

Aiman-Anak Soleh

bagi ibu dan ayah yang bakal menimag cahaya mata





tip jika isteri megandung

bagi para suami-suami. jagan pula ambil mudah ia adalah panduan bagi kita para suami untuk menjaga isteri kita yang ter sayang.. ini ada lah serba sedikit apa yang harus d amal kan oleh sang suami''
amalan-amalan nya :.

 1) bagi suami dah isteri harus bersolat taubat.
memohong pada allah supaya kesilapan kesalahan kita dapat ia ampun kan (allah)

 2) kita harus menpedegar kan kepada isteri kita bacaan al-quran. kerana ia sedang megandung kan anak. kita ambil masa yang sebayak nya melayan isteri tercinta kita.
sambil maenbaca al-quran besama kan romantis rumah kita berdua amin..

 3)jagan lupa si suami berpuasa sunat. tak kan kita lupa apa tujuan dan niat kita untuk apa? kita kan bakal menjadi ayah x lama nanti besekur lah pada allah..

 4) solat berjamaah jagan lupa kita harus ingat itu kewajipan kita pada allah. 

 5)suami jagan lupa bawa bersama isteri kita untuk bersama ke kuliah agama. jika ia tidak berkeberatan untuk ikut bersama. jagan paksa ia. yang penting kita lelaki jagan ada alasan tidak elok 2.

 6) ini penting bagi kita para suami. isteri bila dah berbadan dua ia akan megalami alahan dah berbagai cerita akan terjadi kepada sesiapa yang megalami nya saya harap tabah kan lah hati anda pada kerenah isteri yang anda sayagi. siapa tak sayan isteri kan abang....


 ''yang penting kita harus bayak bertaubat pada allah.. momohong pada allah supaya cahaya mata kita jadi insan yang beguna di dunia dan ahkirat..

 ahaa.. bagi para ibu jagan lupa munutup aurat kita d mana berada jika kita sayang mereka. jika tidak ia kan ikut apa yang ibu nya buat masa megandung kan ia. hanya allah megetahui .....

 jika nak lebih afdal lagi,,
  ibu dan ayah amal kan surah-surah ini..
 1) membaca alfatihah dan ayat kursi..
  2)menbaca surah yasin hinga ahhir..
 3)menbaca surah at-taubah hinga ahhir..
 4)menbaca surah yusuf hinga ahhir, 
 agar menperolehi anak yg soleh, sehat, cantik, dan senpurna.,,
5) menbaca surah luqman hinga ahhir 
 agar dapat anak yang taat,,
 6)menbaca surah maryam. hinga ahhir,
 untuk menperolehi anak yg sabar dan taat 
 7) menbaca surah an-nahl ayat 78,,

cara-cara megatasi sakit brsalin;,,,

 a) para suami ieteri harus lah membuat perangcagan yang teliti apa bila saat nya kan tiba,,,

 b) doa-doa menjelang bersalin,,,
 1)surah al-ambiya  ayat 87
 2) ayat kursi 
 3) surah ala-raf ayat 54
 4) surah al falaq
 5) surah an nas

 hanya ini dari saya buat kali ini amal kan nya jagan lupa insaallah ia memudah kan urusan kita nanti. selamat menyambut cahaya mata dari saya amin,,, 

Sabtu, 18 Disember 2010

binatang pun tahu sayang kan anak

Kejamnya...

Manusia zaman sekarang..!! BODOH!!!! Jangan pandai main sedap jer.
Stupid!

Aku antara reporter tak bergaji yg gi n yibuk tgk pagi tu siap ambik
gambar lagi ni ha...
Mmg menyedihkan. .budak ni dah tercampak masuk dlm Dampster..lori angkut
sampah yg ada hidraulik tu...
Bila sampai tang beg sampah yg ada baby ni..mesin pengepit sampah tu
sangkut mcm ada benda tersekat...
Pekerja2 tu terpaksa la bukak bahagian smapah tu tarik beg tu kuar and
buka2 ada baby girl..
Aku sebak tgk budak ni dok dgn tin susu, cili, nasi basi etc..

Dorang pun panggil polis..kecoh la kejap area ni...

Mak budak ni GRO bangsa Thai...dah kena tangkap dah pun...
Dgr cerita..dia beranak mlm tu, adik dia yg tolong tarik baby ni kuar dr
perut..
Dek sb tersalah tarik budak ni mati..
Dorang taktau nak wat apa.. campak jer dlm tong sampah..

Masya Allah...aku taktau la apa nak jd dunia sekarang Binatang pun tau
sayang anak dia..

tgk ler gambo nih...aku tangkap guna handphone aku jer..



Bahan beracun pada lampin pakai buang



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

Buah oren ubat batuk

Teknik ni aku belum cuba lagi sebab aku tak batuk. Sapa2 yang tgh batuk boleh la cuba try test…cenggini caranya :
1. Potong sedikit buah oren macam gambar di bawah.
Orange sunkist ubat batuk

2. Letak garam sesudu teh
Orange sunkist ubat batuk
3. Tutup semula buah oren yang dipotong tadi. Letak pencungkil gigi untuk senang nak buka balik.
Orange sunkist ubat batuk
4. Masuk dalam mangkuk dan steamkan selama 20 minit.
Orange sunkist ubat batuk
5. Jangan lupa habiskan semua, rasanya pun sedap – masam-masam masin.
Orange sunkist ubat batuk
*P/s: Jangan guna pencungkil gigi Ajoi huk.. huk (ketawa terbatuk-batuk)

Watch it Carefully

wanita bertudung mencuri ketika azan

Wanita bertudung atau tidak, cantik atau tidak cantik manusia biasa jer. Tudung tidak melambangkan wanita itu bersifat mulia. Bertudung adalah wajib kepada wanita Islam bukan melambangkan keperibadian sebenar. Begitu juga dengan lelaki, berketayap dan berstatus haji tidak semuanya baik . Bukan tak biasa kita dengar orang yang berjawatan dalam agama melakukan penyelewengan. Apa yang penting adalah iman dan tahan dengan godaan syaitan. Kata orang kalau lagi tinggi darjat agama seseorang Muslim itu, syaitan yang menggodanya pun yang berpangkat juga.  Wanita bertudung pink dalam gambar ini memasuki kedai menjual barang kemas bersama seorang kanak-kanak perempuan.
 
Ketika jurujual sedang leka mencari barang kemas yang dimintanya, dia mencuri sampul surat yang dipercayai berisi wang.
 
Pada waktu dia melakukan perbuatan terkutuk itu, azan sedang dikumandangkan. Untuk melihat rakaman CCTV boleh lihat video di bawah
Nota: Ingatlah! CCTV Allah sentiasa merakam-catatkan setiap perbuatan kita di dunia ini dan takutlah kepada azabNya yang Maha Dahsyat.
Sumber: Nuraflah

petua dan amalan orang lama

Bernanah jari disebabkan jarum/duri/tulang ikan.
Ambil 3 sulur bawang merah,tumbuk, jgn terlampau lumat,masukkan satu sudu besar minyak kelapa dan dibungkus menggunakan daun pisang, kemudian dipanaskan diats api,apb sudah pana tampalkan pd tempat yg sakit dan dibalut dgn kain pembalut luka-3 hari sembuh.
Bengkak2 dibadan/terkena ulat.
Bengkak yg disebabkan oleh ulat serangga dan sbg.
Ambil sepotong kunyit,perut, masukkan kapur sireh dan air,panaskan ramuan tersebut dan apb sudah sejuk letak ditempat bengkaka, 5mint sembuh.
Barah pd daging
Ambil getah pokok pulai (bunganya berwarna putih) dan disapukan tempat yg terlibat(kulitnya),buat sehingga hilang.
Barah pd kemaluan dan sbg (imporstate)
Ambil:
1.akar pokok delima
2.akar pokok inai
3.akar rumput kepala lalat
4.akar rumput lalang laut
rebus semuanya sehingga tinggal airnya setengah cerek/periuk.Setelag sejuk minum airnya 2 kali sehari, lakukan selama 2 minggu.
Atau…,
Ambil:
1.Akar poko mata ayam
2.akar pokok cenerai
3.akar pokok larak merah
4.akar pokok belimbing buluh
5.kulit akar pokok sengkuang
6.akar pokok kedudut
7.akar pokok tapa besi
campur kesemuanya dan rebus hingga didih, setelah itu minum air rebusan itu 2 kali sehari, lakukan selama seminggu.
Bagi penyakit bengkak paru2 juga ramuanya sama, cuma tambah:
8.Akar pokok melada pahit (direbus dgn diatas).
Barah darah/leukemia.
sentiasa makan sayur petola dan labu.Atau,
Ambil 20gram kemunting cina (bunga warna putih atau merah) yg sudah dijemur kering lalu direbuskan,setelah dingin airnya minumlah 2x sehari sehingga sembuh.
Barah rahim
Ambil pohon benalu teh yg tumbuh di dataran tanah tinggi,setinggi 750 meter dr laut.Rebus dan minum air nya,lakukan selama 3 bulan,stelah 3 bulan silalh berjumpa doktor,lihat apa mereka kata.
Atau,
Ambil getah gambir,getah keladi gatal,air asahan akar pokok melor susun dan akar melor biasa dan air/buih gumpalan pokok pegaga besi, pagaga biasa dan air asahan kemenyan putih.Semua bahan tersebut dicampur,diratakan lalu dilumur ke rahim melalui lubang faraj.
Barah gigi/gusi
Ambil akar pokok penar akar pokok mata ayam dan akar pokok cap perdik, asahkan kesemuanya bersama kemenyan lalau lumurkan kebahagian siratan gigi yg membengkak dan berkumur(jangan ditelan airnya).
Gusi berdarah
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air,campurkan bebrapa helai daun inai,kemdian rebus,setelah didih masuk sedikit asam gelugor dan garam.
setelah airnya suam masukkan kedalam mulut dan biarkan selama 3minit, lalu berkumur.Buat 2x sehari pagi/malam 3 hari berturut turut.
Buasir
Ambil satu perdu (satu pokok termasuk akar,daun dan buah) pokok belimbing tanah dan bukit (bukan belimbing buluh)capur semua dan rebuskan sehingga airnya mendidih,minum air tersebut 2x sehari,dua hari akan sembuh.
Batuk seratus hari
Ambil akar pokok kemunting cina yg bunganya berwarna putih (bukan ungu) asahkan pada buntut pasu (letak sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya.Minum air tersebut 2kali sehari,2-3 hari akan sembuh.
batuk biasa(bronkitis)
Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari, garam sedikit kemudian kunyah2 dan telan airnya.
5 menit gatal akan hilang.
batuk rejan pada kanak2.
batuk yg tidak henti henti pada kanak2.
Ambil air perahan daun peria dan peri minum pd anak tersebut,disebabkan air ini terlalu pahit,kahak akan keluar, buat berulang kali jika perlu.
batuk biasa
Ambil daun lidah buaya, ambil isi dlm nya, hiris halus2 sebanyak 20gram,siramkan madu asli ketasnya sebanyak 40cc.makan 2x sehari,buat selama 2 minggu.
Bisul kepala
Ambil 5 duri pokok kabu asahkan bersama air sehingga air pekat,sapu pd tempat bisul,buat sehingga beberapa kali.
Menghilangkan tanda bisul awal
bila badan anda ditumbuhi bisul bisul yg baru,gosokkan dgn bawang putih.
Atau,
telan 1biji buah kadak hacing(warna kuning) yg biasanya tumbuh diladang getah,akan sembuh selamanya.
Atau,
Ambil kepala ikan keli(lele) kemudian bakar hingga hangus dan tumbuk hingga hancur,campurkan dgn air pinang atau minyak kelapa (minyak benar) lalu dilumurkan kebahagian kepala bisul yg sakit itu.
Bengkak bengkak(kaki) watu hamil
Ambil kacang cambah(taugeh) bersihkan dan masuk dlm kuali/periuk, masuk 1 gelas air panas kedlm nya, ambil airnya yg sudah kurang panas-hangat2 kuku dan minum, ulang hingga kaki menjadi surut.
Busung
Ambil kacang lohor bersama daunya setakat yg anda mahu atau 3 genggam,2 ekor burung puyuh padang/kampung yg disembelih, kemudian rebuskan semua danjadikan sbg sayur, lalu diberi makan pada pesakit,lakukan beberapa kali.
Bertih (cacar air)
Ambil segera 5 helai daun jarak,rebus,apb sudanh hangat kuku, mandi dgn air tersebut dan gosokkan daun jarak yg direbus itu kpd kulit pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut.
Bintik hitam kesan campak dimuka atau lain kesan dibahagian lain.
Ambil jagung muda, parutkanya kemudianya gosok ke tempat terlibat,buat bebrapa hari atau seminggu.
Bengkak,sakit urat (param mustajab) dan rasa sakit pada punggung.
Ambil daun kecubung sapu kapur sireh pd nya dan tumbuk sampai halus, kemudian tampalkan ke tempat sakit
KHASIAT TABIAT MINUM AIR
MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.
Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?
Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

7 perkara yang menghairankan


1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati….
tetapi masih ketawa.
2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa….
tetapi masih mencintainya.
3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir…
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan…
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka…
tetapi masih melakukan dosa.
6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin…
tetapi masih mengingat selainNya.
7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya…
tetapi masih mahu mematuhinya.
-Usman bin Affan R.A-
ENAM GOLONGAN YANG MASUK NERAKA TANPA HISAB
Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal)
1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya.
Wallahualam. 
Apakah kita adalah salah satu daripadanya…?

Israel Tidak Boleh Kalahkan Hezbollah


Israel tidak mampu untuk menewaskan tentera pergerakan Hezbollah, kata bekas jeneral tentera Israel dan penasihat keselamatan negara itu, Giora Eiland. Menurutnya, pegerakan Hezbollah itu mampu menghancurkan Israel sekiranya peperangan berlaku.

Beliau berkata, tentera pergerakan Hezbollah berjaya mengekang kemaraan Israel dan telah menembak 4,000 buah roket ke wilayah Israel ketika perangan pada 2006.

"Israel tidak tahu cara untuk kalahkan Hezbollah.

"Peperangan yang dicetuskan antara Israel dan Hezbollah mungkin kurang memberi ancaman kepada Hezbollah," katanya kepada Radio Israel.

"Namun, Hezbollah mampu melakukan lebih teruk lagi seperti yang pernah dilakukan empat setengah tahun lalu ke atas Israel," kata Eilend yang pernah berkhidmat dengan dua orang bekas perdana menteri Israel, Ariel Sharon dan Ehud Olmert.- Reuter

RIS Canada 2009 Maher Zain Barakallah - Reviving the Islamic Spirit

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Maher zain- Alhamdulilah

dikir audition, tak beso tengok ogre lawa

Mr. Os - Haru biru blues

MR.OS - Boria Kuala Lumpur

mr os - durian

Wings - Taman Rashidah Utama (MM89)

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang , apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”


[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “ Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan


[2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

[3] Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Doa Pendinding & Penggerak

Keberuntungan beramal dengan doa ini...

Terhindar Daripada Bahaya

Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Suka ke...Sayang ke...Cinta?

· Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

· Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

· Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

· Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

· ‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

· ‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

· ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

· ‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

· ‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

· ‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

· Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

· Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

· Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

· Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

· Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

· Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

· ‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

· ‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

· ‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

· Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.

Amaran Untuk Wanita Dan Para Suami


Hai para wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta Anda, sangat lah berbahaya!!! !Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payu dara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payu dara,terutama di Australia.Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payu dara baru-baru ini.Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.Jadi tolong berhati hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirim kan ke teman-teman wanita Anda.Informasi seperti ini sangat lah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payu dara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua. jagan ambil pekara ini mudah mencegah lebih baik dari merawat. tanya lah hati anda saipa tak sayang isteri, anakdara, mak, atau saudara wanita? jawapan dari anda......

Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas (3x) seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walamyakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semuakan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaaMuhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahiwalaailaahaillalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.* Kalau rajin..

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

MARI LAH KITA SAMA AMALKAN NYA

Kelebihan Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wallahualam,Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

JAGAN PANDANG RIGAN PEKARA INI

(Awas) Hati-hati dengan pokok ini....!


Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

siapa kata ular tak berkaki ....?

(Gambar) Ular ada kaki...?

bertuah ular ni sebab berkaki...hehe



APA YANG ADA FIKIR KAN NYA. SEDAP KAN?

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Jumaat, 17 Disember 2010

Hijjaz - Aku Hanya Umar

lagu untuk mu

300 g ada di sini

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah. Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggeris)









mencari nafkah

  • kenagan di pasar ramadan meniaga cakoi, pau kacang, donat, 
  • di tapak pasar malam taman melati gombak





Maha Suci ALLAH yang menciptakan keindahan

Teknik Penyamaran Haiwan


Maha Suci ALLAH yang menciptakan keindahan dan segala makhluk yang unik di dunia ini. Lihatlah haiwan di dalam gambar-gambar di bawah ini. Dikurniakan dengan kebolehan menyamar dan sesiapa sahaja pasti hampir tertipu dengan teknik perlindungan diri mereka - malaysiasensasi.net





Sumber: Teknik Penyamaran Haiwan ~ MalaysiaSensasi.Net