JACKIE CHAN
JACKIE CHAN
Beliau antara 71 individu yang akan menerima darjah kebesaran PMW daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.
Yang turut menerima PMW adalah penceramah terkenal tanah air, Mohd. Kazim Elias; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd. serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar.
Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique akan mengetuai senarai penerima darjah kebesaran apabila dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 356 orang akan menerima darjah kebesaran tersebut yang akan berlangsung di Istana Negara.
“Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan serta khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan,” ujarnya.
Dalam pada itu, sebanyak 15 individu akan dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria; Yang Dipertua Koperasi Ukhwah, Datuk Rahim Baba; Timbalan Pengarah Editorial Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Berhad, Datuk Mohd. Ashraf Abdullah dan Abdul Aziz Shahar daripada DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd.
Sebanyak 60 individu menerima pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) antaranya, Ketua Biro Putrajaya Utusan Malaysia, Norliza Abdul Rahman dan Ketua Biro Putrajaya The Star, Zuhrin Azam Ahmad.
Sebanyak 43 individu dianuge­rahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW) antaranya Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii.