Oleh Izzah Abbasy
Bagaimanakah 10 syarikat ini disenaraikan termasuk Nestle menjadi penyebab utama kematian di dunia? 10 syarikat yang disenaraikan di bawah ini telah mencatatkan rekod, menyebabkan kematian paling ramai di dunia. Kematian sama ada disebabkan kemalangan industri, kesan pencemaran atau syarikat tersebut terlibat secara tidak langsung dalam peperangan.
10. Halliburton
Setiap perusahaan yang mempunyai Dick Cheney sebagai CEO pasti menjadi jahat. Haliburton, perusahaan raksasa “oilfield services”, mengaut keuntungan besar waktu penjajahan AS ke Iraq ketika Cheney memanggil anak buahnya untuk memadamkan telaga minyak terbakar – dan untuk “membantu” kementerian minyak Iraq mengepam dan mengedarkan minyak. Haliburton juga telah terlibat dalam tumpahan minyak yang tak terhitung jumlahnya, termasuk bencana BP tahun 2010. 9. Coca Cola Coca Cola atau Coke, minuman ringan paling popular di Amerika dan di dunia? Adakah ia juga boleh membunuh? Ya, bahkan jika anda memilih untuk mengabaikan wabak obesiti anak-anak dan bagaimana pasaran minuman ringan ini untuk anak-anak, membiarkan anak-anak untuk membeli sesuatu yang benar-benar buruk bagi mereka. Coca Cola telah menempa kehancuran di India, di mana kilang-kilang yang menggunakan hingga satu juta liter air per hari, meninggalkan puluhan ribu warga setempat dalam kekeringan, sehingga tidak ada air untuk bertani bahkan untuk mandi dan minum kerana air tanah telah jauh menyusut sampai beberapa meter sehingga telaga-telaga mengering. Kemudian kilang membuang sisa secara tidak benar, mencemarkan apa pun di air yang tersisa. Satu tuntutan pada tahun 2001 kerana Coca Cola menggaji tentera di Columbia yang menekan kesatuan pekerja di kilang cola di sana melalui intimidasi, penyiksaan dan pembunuhan. 8. Pfizer Big Pharma akan kaya ketika anda sakit. Pfizer, perusahaan farmasi terbesar di AS, mengaku bersalah pada tahun 2009 dengan penipuan perawatan kesihatan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, menerima hukuman jenayah haram terbesar yang pernah untuk pemasaran empat ubatnya. Ini adalah kes keempat Pfizer. Seolah-olahnya menggunakan Pfizer pada haiwan percubaan tidak cukup memilukan hati, Pfizer memutuskan untuk menggunakan pada anak-anak Nigeria sebagai ujian perubatannya. Pada tahun 1996, Pfizer pergi ke Kano, Nigeria untuk mencuba sebuah eksperimen meningitis antibiotik pada 3 penyakit dunia seperti Campak, Kolera, dan Bakteria. Mereka memberi trovafloxacin untuk sekitar 200 anak-anak. Puluhan dari mereka meninggal dalam percubaan itu, sementara yang lain banyak menderita fizikal dan cacat mental. Menurut EPA , Pfizer juga dengan bangga mendakwa sebagai sepuluh perusahaan teratas di Amerika yang menyebabkan polusi udara yang paling buruk.
7. ExxonMobil
Perusahaan minyak lain yang masuk dalam senarai adalah, ExxonMobil mungkin paling dikenali keranatumpahan minyak Exxon Valdez 1989 yang mengakibatkan 11 juta galon minyak mencemari Prince William Sound. Tapi mereka juga bertanggungjawab atas tumpahan minyak terbesar di Brooklyn dan menjadi penyebab penurunan populasi dan mengancam punah Paus abu-abu Rusia kerana memusnahkan mereka di habitat aslinya. Lembaga Penelitian Politik Ekonomi menyatakan ExxonMobil berada di peringkat keenam di antara perusahaan yang paling mencemari udara di Amerika Syarikat. Counter ExxonMobil tidak membuat hal ini dengan tindakan, tetapi dengan mengeluarkan dana untuk kajian ilmiah yang menyatakan itu pemanasan global. ExxonMobil telah digugat oleh aktivis hak asasi manusia pada tahun 2001 dalam dakwaan mereka menyatakan bahawa ExxonMobil menggaji tentera Indonesia, yang memperkosa, menyiksa dan membunuh semasa menjaga keamanan kilang mereka di Aceh.
6. Caterpillar Company
Caterpillar menjual semua jenis traktor, trak dan mesin – termasuk banyak kenderaan, kapal dan kapal selam yang digunakan oleh tentera AS.Caterpillar juga membekalkan tentera Israel buldozer yang digunakan untuk menghancurkan rumah-rumah rakyat Palestin – kadang-kadang masih ada orang-orang berada di dalam rumah itu. Pada tahun 2003, sebuah buldozer Caterpillar melanggar dan membunuh Rachel Corrie, seorang gadis remaja Amerika yang melakukan protes di Gaza yang berdiri di depan traktor untuk mencegah zionis menghancurkan rumah penduduk Palestin.
5. Ringling Brothers and Barnum & Bailey
“Acara paling kejam di Bumi” terkenal dengan penyalahgunaan ke atas binatang liar. Pada bulan Julai 2004, Clyde, seekor singa muda yang berpergian dengan Ringling, mati dalam gerbong yang mempunyai pengudaraan yang teruk sewaktu rombongan itu melintasi Gurun Mojave pada suhu melebihi 100 darjah Fahrenheit. Gajah sarkas secara rutin dikurung selama berhari-hari pada suatu waktu dan dipukul dengan bullhooks dan prods yang mempunyai setrum, dan ketika sang gajah sudah muak, gajah itu mulai menyerang. Dalam satu kes yang terkenal pada tahun 1994, seekor gajah bernama Tyke menewaskan pelatih dan melukakan 12 penonton sebelum ditembak mati di jalan Honolulu. Ringling Brothers dan Barnum dan Baily Circus juga memiliki sejumlah pegawai yang mati kerana kebakaran di bahagian atas tenda besar sarkas pada tahun 1944 yang juga menewaskan seratus penonton – kerana kanvas itu secara ilegal tidak tahan pada api.
4.Monsanto
Big Agra membuat senarai dengan Monsanto, makanan bius kejuruteraan genetik, hormon pertumbuhan sapi, dan racun. Monsanto juga membuat kerja kejahatan termasuk menciptakan benih “terminator” yang menciptakan tanaman yang tidak pernah berbuah atau berbunga sehingga petani harus membeli kepada mereka benih baru setiap tahun, melobi untuk memiliki “hormon-bebas” label dihapuskan dari label susu dan bayi pengganti susu (melalui bovine hormon pertumbuhan yang diyakini menjadi kanser-akselerator) serta berbagai pelanggaran lingkungan dan kesihatan manusia yang terkait dengan penggunaan racun Monsanto – yang paling utama “Agen Oranye.” Antara 1965 dan 1972, Monsanto telah membuang ribuan tan sisa yang sangat beracun di landfill Inggris. Menurut Badan Lingkungan Hidup bahan kimia yang mencemari air, tanah dan udara yang telah mereka lakukan nampak selama 30 tahun ke depan. Negeri Alabama menggugat Monsanto selama 40 tahun keranapembuangan merkuri dan PCB ke dalam anak sungai setempat. Tambahan lagi, Monsanto terkenal kerana mendekati para petani yang mereka tuntut untuk membantu,namun mereka menggugat dan memenjarakan petani kerana menyimpan benih dari tanaman satu musim untuk tanaman berikutnya.
3. Nestle
Bertentangan dengan gambar logonya yang manis, kejahatan Nestle melawan manusia dan alamtermasuk deforestasi besar-besaran di Kalimantan – habitat orang utan terancam punah – untuk menanam kelapa sawit, dan membeli susu dari penternak haram di Zimbabwe. Nestle menciptakan api untuk alam sekitar kerana menyatakan bahawa botol air dari nestle adalah “mesra alam” tapi itu tidak benar. Nestle membuat dunia tertarik dengan upaya boikot untuk mendesak ibu-ibu di negara dunia ketiga menggunakan susu formula mereka pengganti untuk bayi dan bukan menggunakan Air Susu Ibu tanpa memperingatkan mereka dari pengaruh negatif yang mungkin timbul kelak. Bahkan, Nestle mengupah perempuan yang berpakaian seperti jururawat untuk membahagikan susu formula percuma, yang sering dicampur dengan air yang tercemar, atau saat anak-anak kelaparan dan saat ibu mereka tidak mampu lagi menyusui kerana air susunya sudah kering kerana tidak terpakai. Nestle, tentu saja, membantah menyumbang terhadap kematian ribuan bayi. 2. British Petroleum Siapa yang boleh melupakan Ledakan Oil Rig 2010′s di Pantai Teluk yang membunuh 11 pekerja dan ribuan burung, penyu laut, ikan lumba-lumba dan haiwan lainnya, secara efektif menghancurkan perikanan dan industri pelancongan di wilayah ini? Ini bukan pertama kali kejahatan BP terhadap alam. Bahkan, antara Januari 1997 dan Maret 1998, BP bertanggung jawab atas kes 104 tumpahan minyak. Tiga belas pekerja rig terbunuh pada tahun 1965 dalam satu letupan, manakala 15 maut pada 2005. Juga pada tahun 2005, sebuah feri yang membawa pekerja minyak BP karam,seramai 16 orang terbunuh. Pada tahun 1991, EPA menetapkan BP sebagai perusahaan yang paling tercemar di Amerika Syarikat. Pada tahun 1999, BP dibebankan dengan pembuangan ilegal limabh beracun di Alaska, kemudian pada 2010 pula berlaku kebocoran di udara yang sangat berbahaya meracuni udara di Texas. Pada bulan Julai 2006, petani Colombia memenangi penyelesaian dari BP setelah mereka menuduh syarikat memanfaatkan rejim yang berkuasa atas keganasan yang dilakukan oleh kerajaan tentera Colombia saat melindungi paip Ocensa. 1. Dyncorp Syarikat tentera swasta ini sering disewa oleh kerajaan AS untuk melindungi kepentingan Amerika di luar negara - dan sehingga kerajaan As boleh mendakwa tidak bertanggung jawab atas tindakan kejam yang DynCorp's lakukan. DynCorp terkenal kerana kebrutalannya di negara-negara miskin, memperdagangkan kanak -kanak untuk seks , juga membantai orang awam di Iraq dan Afghanistan, dan untuk latihan pemberontak di Haiti. Di antara beberapa persaingan yang ketat, DynCorp mungkin syarikat sewaan paling brutal dan paling jahat di Amerika Syarikat. Adakah benar fakta di atas? Jika benar, ia sangat dahsyat! Wallahualam ... - CARI Infonet |
Ahad, 30 Ogos 2015
Nestle Antara 10 Syarikat Penyebab Kematian Di Dunia
Rabu, 25 Februari 2015
BAYI 7 BULAN DI CABUL SUAMI PEGASUH. ( MANUSIA BERHATI SYAITAN )
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Malang buat seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan apabila menjadi mangsa cabul ketika berada di rumah pengasuhnya di Kepong, di sini.
Kejadian itu hanya hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 7.30 petang Jumaat lalu sebaik mengambil anaknya itu dari rumah pengasuh terbabit.
Menurut sumber, difahamkan si ibu yang berusia 33 tahun mengesyaki anaknya dicabul suami pengasuh terbabit berusia 30-an.
“Mangsa menyedari perubahan anaknya itu ketika ingin menukar lampin pakai buang apabila terlihat kesan gigitan di badan dan lebam di alat sulit bayi itu,” katanya.
Sumber berkata, wanita terbabit kemudian menghubungi pengasuhnya dan bertanya mengenai hal itu namun diberitahu kesan itu akibat anaknya belajar duduk serta akibat lampin pakai buang tidak ditukar.
“Sangsi dengan alasan pengasuhnya, dia yang tidak berpuas hati kemudian merujuk perkara itu kepada pihak hospital.
“Selepas pemeriksaan wanita terbabit terkejut apabila dimaklumkan doktor ia bukan daripada kesan lampin pakai buang sebaliknya terdapat tanda dicabul,” katanya.
Wanita itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan.
Sabtu, 31 Januari 2015
TAHNIAH AL-FADIL USTAZ MOHD KAZIM DAPAT GELARAN DATUK '' PMW ''
TAHNIAH AL-FADIL USTAZ MUHAMMAD KAZIM. DI ATAS KURNIAAN '' DATUK '' PMW - Panglima Mahkota Wilayah
SAYA MEWAKILI AHLI KELUARGA MEGUCAP KAN. YAHNIAH BUAT AL-FADIL USTAZ MOHD KAZIM DI ATAS. KUNIAN INI. USTAZ MEMANG LAYAK MENDAPAT NYA.
KERANA DI ATAS JASA YANG DI TABURI USTAZ. BUAT KAMI SEMUA. PEMINAT USTAZ SELAMA INI. TANIAH USTAZ ....
SEBAGAI ANAK MURID USTAZ. SELAMA INI. KAMI AMAT BEBESAR HATI.
DARI SETIAP UCAPAN CERAMAH YANG KAMI IKUTI.
KAMI AMAT TERHIBUR. MALAH KAMI IKUTI APA YANG USTAZ SAMPAI KAN ITU SEBAGAI PANDUAN HIDUP BUAT KAMI SEMUA.
USTAZ HATI KAMI AMAT DEKAT PADA MU USTAZ.
USTAZ TEGUR LAH KAMI. AJARI LAH KAMI.
USTAZ BIMBING LAH KAMI KEJALAN YANG BENAR.
USTAZ KAU ADA LAH PELITA. PENYULUH KEGELAPAN HATI KAMI.
USTAZ KAU HULUR KAN TAGAN KETIKA KAMI. DAHAGA ILMU AHHIRAT.
DOA SAYA SERTA SEMUA PEMINAT USTAZ ''
YA ALLAH KU POHONG PADA MU YA ALLAH. ENKAU BERIKAN LAH USTAZ KAMI INI KESIHATAN YANG BAIK. AMIN......
TERIMA KASIH PADA MU. YA ALLAH KERANA. BERIKAN KAMI SEORANG ULAMA YANG BAIK. DAH YANG MUDAH KAMI FAHAMI AJARAN YANG DI SAMPAI KAN PADA KAMI DI SETIAP KULIAH YANG DI AJAR KAN SELAMA INI.
KEPETAHAN. GURAUWAN. DAN TEGURAN MU ITU USTAZ. KAMI SEMAT DI HATI KAMI SELAMA NYA.
USTAZ..... KAMI AKAN IKUTI APA YANG DI AJAR PADA KAMI INI.
DAN KAMI AKAN AJAR KAN PADA ISTERI KAMI , ANAK-ANAK , AHLI KELUARGA KAMI.
TERIMA KASAIH PADA MU AL-FADIL USTAZ HAJI MUHAMMAD KAZIM ELIAS AL-HAFIS
TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA. DARI KAMI PEMINAT MU USTAZ.. AMIN....
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pelakon kung fu Hong Kong terkenal, Jackie Chan akan dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, esok.
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pelakon kung fu Hong Kong terkenal, Jackie Chan akan dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, esok.
Beliau antara 71 individu yang akan menerima darjah kebesaran PMW daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.
Yang turut menerima PMW adalah penceramah terkenal tanah air, Mohd. Kazim Elias; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd. serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar.
Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique akan mengetuai senarai penerima darjah kebesaran apabila dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 356 orang akan menerima darjah kebesaran tersebut yang akan berlangsung di Istana Negara.
“Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan serta khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan,” ujarnya.
Dalam pada itu, sebanyak 15 individu akan dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria; Yang Dipertua Koperasi Ukhwah, Datuk Rahim Baba; Timbalan Pengarah Editorial Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Berhad, Datuk Mohd. Ashraf Abdullah dan Abdul Aziz Shahar daripada DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd.
Sebanyak 60 individu menerima pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) antaranya, Ketua Biro Putrajaya Utusan Malaysia, Norliza Abdul Rahman dan Ketua Biro Putrajaya The Star, Zuhrin Azam Ahmad.
Sebanyak 43 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW) antaranya Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii.
Jumaat, 9 Januari 2015
Pasangan Melekat Ketika Melakukan 5eks
Semoga apa yang berlaku kepada pasangan ini akan menjadi iktibar kepada rakan-rakan diluar sana yang masih tidak sedar dengan apa yang dilakukan.Sesungguhnya perkara tersebut ditegah dan dilarang sama sekali.
Rasullullah Melarang Umatnya memaki syaita
Larangan memaki syaitan (ucaplah BISMILLAH)
Suatu ketika seorang sahabat meluahkan rasa sakit hatinya dengan memaki syaitan apabila haiwan tunggangan Rasulullah s.a.w tersandung. "Celaka syaitan". Rasulullah s.a.w yang kebetulan mendengarnya menasihati, Jangan berkata "celaka syaitan", kerana jika kamu berkata seperti itu, syaitan menjadi angkuh dan berkata: "Dengan kekuatanku akan ku buat dia jatuh." Ketika kau berkata, "Bismillah", syaitan akan menjadi sekecil lalat". (H.R. Ahmad)
Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang lelaki, dia berkata, "Ketika aku dibonceng Nabi s.a.w, tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta-merta aku katakan, "Celakalah syaitan." Lalu beliau bersabda: "Jangan kamu katakan, 'celakalah syaitan', sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku'. Akan tetapi ucapkanlah "Bismillah," sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut, syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat," (Shahih, H.R. Abu Dawud [4982]).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w beliau bersabda, "Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya." (Silsilah Ahadaits ash-Shahihah [2422])
Isteri-Isteri Nabi Muhammad S.A.W
Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.
Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.
Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.
Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.
Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.
Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.
Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.
Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.
Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.
Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.
Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.
Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.
ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)
ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)
Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman
Kisah Rasullullah Yang Kita Perlu Tahu
Kisah Rasullullah Yang Kita Perlu Tahu
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W. menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda S.A.W. menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga."
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
4) Pernah Baginda S.A.W. pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi S.A.W. bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira?" (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5) Sebaliknya Baginda S.A.W. sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah S.A.W. menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi S.A.W. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
6) Pernah Baginda S.A.W. bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika Baginda S.A.W. menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Baginda S.A.W. antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T. dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W. menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda S.A.W., Baginda S.A.W. masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah Baginda S.A.W. terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Biodata Dan Perjalanan Hidup Ustaz Azhar Idrus
::Biodata & Perjalanan Hidup Ustaz Azhar Idrus::
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”.Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”.Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Nama :Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:12 Februari 1964
Berasal:Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong (43 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun)
2.Nur Farhah (20 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (17 tahun)
5.Ikhwan Najmi (15 tahun)
6.Khairul Mukmin (8 tahun)
7.Rasydan (7 tahun)
8.Daniel (5 bulan )
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong (43 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (27 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (22 tahun)
2.Nur Farhah (20 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (19 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (17 tahun)
5.Ikhwan Najmi (15 tahun)
6.Khairul Mukmin (8 tahun)
7.Rasydan (7 tahun)
8.Daniel (5 bulan )
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
sumber:fb Kami Ppeminat Ustaz Azhar Idrus
Langgan:
Catatan (Atom)