Jumaat, 18 Februari 2011

renugan dan pedoman buat semua insan

Mayat tidak reput




SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : ‘Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?’
Maka jawabnya Rasulullah saw ‘Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.’ Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN’ mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian’ Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ‘
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
‘Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.’

PETUA ORANG MELAYU DAHULU HINGA KINI


Bernanah jari disebabkan jarum/duri/tulang ikan.
Ambil 3 sulur bawang merah,tumbuk, jgn terlampau lumat,masukkan satu sudu besar minyak kelapa dan dibungkus menggunakan daun pisang, kemudian dipanaskan diats api,apb sudah pana tampalkan pd tempat yg sakit dan dibalut dgn kain pembalut luka-3 hari sembuh.
Bengkak2 dibadan/terkena ulat.
Bengkak yg disebabkan oleh ulat serangga dan sbg.
Ambil sepotong kunyit,perut, masukkan kapur sireh dan air,panaskan ramuan tersebut dan apb sudah sejuk letak ditempat bengkaka, 5mint sembuh.
Barah pd daging
Ambil getah pokok pulai (bunganya berwarna putih) dan disapukan tempat yg terlibat(kulitnya),buat sehingga hilang.
Barah pd kemaluan dan sbg (imporstate)
Ambil:
1.akar pokok delima
2.akar pokok inai
3.akar rumput kepala lalat
4.akar rumput lalang laut
rebus semuanya sehingga tinggal airnya setengah cerek/periuk.Setelag sejuk minum airnya 2 kali sehari, lakukan selama 2 minggu.
Atau…,
Ambil:
1.Akar poko mata ayam
2.akar pokok cenerai
3.akar pokok larak merah
4.akar pokok belimbing buluh
5.kulit akar pokok sengkuang
6.akar pokok kedudut
7.akar pokok tapa besi
campur kesemuanya dan rebus hingga didih, setelah itu minum air rebusan itu 2 kali sehari, lakukan selama seminggu.
Bagi penyakit bengkak paru2 juga ramuanya sama, cuma tambah:
8.Akar pokok melada pahit (direbus dgn diatas).
Barah darah/leukemia.
sentiasa makan sayur petola dan labu.Atau,
Ambil 20gram kemunting cina (bunga warna putih atau merah) yg sudah dijemur kering lalu direbuskan,setelah dingin airnya minumlah 2x sehari sehingga sembuh.
Barah rahim
Ambil pohon benalu teh yg tumbuh di dataran tanah tinggi,setinggi 750 meter dr laut.Rebus dan minum air nya,lakukan selama 3 bulan,stelah 3 bulan silalh berjumpa doktor,lihat apa mereka kata.
Atau,
Ambil getah gambir,getah keladi gatal,air asahan akar pokok melor susun dan akar melor biasa dan air/buih gumpalan pokok pegaga besi, pagaga biasa dan air asahan kemenyan putih.Semua bahan tersebut dicampur,diratakan lalu dilumur ke rahim melalui lubang faraj.
Barah gigi/gusi
Ambil akar pokok penar akar pokok mata ayam dan akar pokok cap perdik, asahkan kesemuanya bersama kemenyan lalau lumurkan kebahagian siratan gigi yg membengkak dan berkumur(jangan ditelan airnya).
Gusi berdarah
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air,campurkan bebrapa helai daun inai,kemdian rebus,setelah didih masuk sedikit asam gelugor dan garam.
setelah airnya suam masukkan kedalam mulut dan biarkan selama 3minit, lalu berkumur.Buat 2x sehari pagi/malam 3 hari berturut turut.
Buasir
Ambil satu perdu (satu pokok termasuk akar,daun dan buah) pokok belimbing tanah dan bukit (bukan belimbing buluh)capur semua dan rebuskan sehingga airnya mendidih,minum air tersebut 2x sehari,dua hari akan sembuh.
Batuk seratus hari
Ambil akar pokok kemunting cina yg bunganya berwarna putih (bukan ungu) asahkan pada buntut pasu (letak sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya.Minum air tersebut 2kali sehari,2-3 hari akan sembuh.
batuk biasa(bronkitis)
Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari, garam sedikit kemudian kunyah2 dan telan airnya.
5 menit gatal akan hilang.
batuk rejan pada kanak2.
batuk yg tidak henti henti pada kanak2.
Ambil air perahan daun peria dan peri minum pd anak tersebut,disebabkan air ini terlalu pahit,kahak akan keluar, buat berulang kali jika perlu.
batuk biasa
Ambil daun lidah buaya, ambil isi dlm nya, hiris halus2 sebanyak 20gram,siramkan madu asli ketasnya sebanyak 40cc.makan 2x sehari,buat selama 2 minggu.
Bisul kepala
Ambil 5 duri pokok kabu asahkan bersama air sehingga air pekat,sapu pd tempat bisul,buat sehingga beberapa kali.
Menghilangkan tanda bisul awal
bila badan anda ditumbuhi bisul bisul yg baru,gosokkan dgn bawang putih.
Atau,
telan 1biji buah kadak hacing(warna kuning) yg biasanya tumbuh diladang getah,akan sembuh selamanya.
Atau,
Ambil kepala ikan keli(lele) kemudian bakar hingga hangus dan tumbuk hingga hancur,campurkan dgn air pinang atau minyak kelapa (minyak benar) lalu dilumurkan kebahagian kepala bisul yg sakit itu.
Bengkak bengkak(kaki) watu hamil
Ambil kacang cambah(taugeh) bersihkan dan masuk dlm kuali/periuk, masuk 1 gelas air panas kedlm nya, ambil airnya yg sudah kurang panas-hangat2 kuku dan minum, ulang hingga kaki menjadi surut.
Busung
Ambil kacang lohor bersama daunya setakat yg anda mahu atau 3 genggam,2 ekor burung puyuh padang/kampung yg disembelih, kemudian rebuskan semua danjadikan sbg sayur, lalu diberi makan pada pesakit,lakukan beberapa kali.
Bertih (cacar air)
Ambil segera 5 helai daun jarak,rebus,apb sudanh hangat kuku, mandi dgn air tersebut dan gosokkan daun jarak yg direbus itu kpd kulit pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut.
Bintik hitam kesan campak dimuka atau lain kesan dibahagian lain.
Ambil jagung muda, parutkanya kemudianya gosok ke tempat terlibat,buat bebrapa hari atau seminggu.
Bengkak,sakit urat (param mustajab) dan rasa sakit pada punggung.
Ambil daun kecubung sapu kapur sireh pd nya dan tumbuk sampai halus, kemudian tampalkan ke tempat sakit

cantik dan menyelerakan

Chef Wan dapat DatukMungkin belum terlambat isuhangat nak mengucapkan tahniah kepada Datuk Chef Wan. Saya mendengar temuramah Datuk Chef Wan berkenaan pingat Datuk yang dianugerahkan kepada dia pada minggu lepas. Beliau menceritakan pengalaman dia dari bekerja di bank dan membuat part time menjual barangan jualan langsung seperti avon dan amway dari rumah ke rumah sehingga boleh dapat RM10,000 sebulan.
Duit part timenya tulah yang beliau jadikan modal untuk belajar di Amerika Syarikat. Di sana Datuk Chef Wan terpaksa bekerja part time lagi untuk menampung pembelajarannya. Habis kelas pukul 3 Datuk Chef Wan mula bekerja bermacam-macam kerja dari tukang cuci pinggan sehigga pembantu tukang masak. Balik kerja pukul 11 malam setiap hari dan esoknya pergi kuliah semula sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar cemerlang dan ditawarkan bekerja di Itali.
Lihatlah bukan mudah nak berjaya. Kisah hidup Datuk Chef Wan ini menunjukkan seorang anak kampung pun boleh berjaya dan menjadi somebody jika rajin berusaha. Tidak mengenal lelah dan putus asa. Cayalah Datuk!
Cerita Datuk Chef Wan tu sebagai intro jer, sebenarnya saya nak berkongsi satu resepi penghias makanan iaitu cengkodok kentang Bunga Ros Kentang. Bukan sahaja cantik,unik dan menarik malah sedap dimakan begitu sahaja..
Selamat mencuba!











Khamis, 17 Februari 2011

ini lah kebesaran ALLAH

Awan – Bukti Kebenaran Al Qur’an

bukti kebenaran Al-Quran
Para saintis telah mempelajari tentang jenis-jenis awan dan yakin bahawa awan hujan terbentuk dari sistem yang tertentu .
Salah satu jenis awan hujan adalah awan cumulonimbus bercampur dengan hujan angin ribut disertai petir dan gemuruh. Para ahli meteorologi telah mempelajari bagaimana awan cumulonimbus terbentuk dan bagaimana awan itu menghasilkan hujan, hujan batu, dan petir kilat. Para ahli meteorologi juga mendapati langkah-langkah yang terbentuknya awan cumulonimbus dalam menghasilkan hujan sebagai berikut
1. Awan ditiup angin
Awan cumulonimbus mula terbentuk ketika angin meniup sebahagian kecil awan cumulus ke sebuah kawasan di mana awan-awan ini berkumpul.

2.Bergabung
Awan kecil bergabung bersama membentuk awan besar.
3. Penumpukan
Ketika awan-awan kecil bergabung, udara yang bergerak ke atas di dalam awan yang besar meningkat. Udara yang bergerak ke atas berhampiran dengan pusat awan lebih kuat berbanding dengan yang di tepi. Udara yang bergerak ke atas ini menyebabkan saiz awan tumbuh secara menegak, sehingga awan menunggu di udara. Pertumbuhan menegak ini menyebabkan saiz awan menjadi bahagian yang lebih sejuk di atmosfera di mana titisan air dan hujan ais terkumpul dan mula berkembang melebar. Ketika titisan air dan hujan ais ini menjadi sangat ringan sehingga udara yang bergerak ke atas menyokong mereka, dengan demikian mereka mulai turun dari awan menjadi hujan, hujan batu, dan lain-lain.

Allah berfirman di dalam Al-Quran:

“Tidaklah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya…” (An-Nur: 43)

Akhir-akhir ini, ahli meteorologi mengetahui pembentukan, struktur, dan fungsi awan secara detail dengan menggunakan peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, komputer, belon, dan mempelajari angin dan petunjuknya untuk ukuran kelembapan dan variasinya dan untuk menentukan tingkatan dan variasi tekanan atmosfera.
Ayat yang terdahulu selepas menyebutkan awan dan hujan, sebelum bercerita tentang hujan ais dan petir.

“…. Dan Allah (juga) menurunkan (butiran- butiran) ais dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung maka ditimpakannya (butiran-butiran) ais itu kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari siapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. “(An-Nur: 43)

Para ahli meteorologi telah mengatakan awan cumulonimbus ini boleh mencapai ketinggian 25,000 sampai 30,000 kaki (4.7 sehingga 5.7 batu) seperti gunung, sebagaimana telah tersebut di dalam al-Quran:

“… Dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit.. ..” (An-Nur: 43)

Ayat ini mungkin menimbulkan sebuah pertanyaan mengapa ayat ini menyebutkan ‘petir ‘dalam rujukan hujan ais? Apakah hal ini bererti hujan air batu adalah faktor majoriti dalam menghasilkan petir? Mari kita lihat buku yang berjudul “Meteorology Today” juga menyebutkan tentang perkara ini . Arahan itu menyebutkan bahawa awan menghasilkan hujan air batu melalui bahagian titisan awan yang paling sejuk dan kristal ais. Sebagai titisan cair yang bertembung dengan hujan batu, mereka membeku yang berkaitan dan melepaskan panas yang terpendam. Dia menjaga permukaan hujan ais lebih hangat daripada sekeliling kristal ais .
Ketika hujan ais berkaitan dengan kristal ais, maka terjadilah fenomena yang penting. Aliran elektron dari objek yang lebih dingin menuju objek yang lebih panas. Oleh kerana itu, hujan batu menjadi beraliran negatif Kesan yang sama berlaku ketika titisan yang paling sejuk berkaitan dengan sebongkah hujan ais dan pecahan ais kecil yang beraliran positif geretan zarah beraliran positif ini kemudian dibawa ke bahagian atas awan oleh udara yang bergerak ke atas. Hujan ais yang beraliran negatif turun ke dasar awan, dengan demikian bahagian awan yang paling rendah beraliran negatif. Aliran negatif ini kemudian turun ke tanah menjadi petir. Kami menyimpulkan bahawa hujan ais ini kerana faktor hasil dari petir.
Maklumat tentang petir akhir-akhir ini ditemui. Sehingga tahun 1600 Masihi, idea Aristotle tentang meteorologi sangat dominan. Sebagai contoh, dia menyatakan bahawa atmosfera mengandungi dua jenis pernafasan keluar, basah dan kering. Dia juga mengatakan bahawa guruh adalah suara tumbukan dari pernafasan keluar yang kering dengan sekitar awan dan petir adalah terbakarnya pernafasan keluar yang kering dengan api yang kecil dan redup. Inilah beberapa idea tentang meteorologi yang dominan sedabgkan al-Quran turun pada 14 abad yang lalu.

mari kita menhayati dan lakukan untuk kebaikan kita!

10 Resepi Kejayaan Orang Jepun


Kita tidak perlu malu meniru bangsa lain, jikalau kita semak bersama point-point di bawah sebenarnya dalam diri bangsa sudah ada pada kita hanya pada sekarang ini tanpa kita sedari sedang tenggelam oleh keangkuhan dan dihanyutkan dengan budaya kebendaan.
Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;
1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).
Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang.

Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.
2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas.
Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.
3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.
Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00.
Contoh lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas.
Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.
4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.
Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan.
Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat.
Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.
5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat.
Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu.
Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah.
Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar.
Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.
6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi.
Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis.
Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini.
Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang
Cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).
7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.
Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah.
Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).
8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan.
Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.
Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.
9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka.
Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.
10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang.
Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepang.Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain.
Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir semua resepi orang Jepun diatas, hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik.
Kita yakin ada faktor “kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini. Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari.

Isnin, 14 Februari 2011

penawar hati ku

Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Ulang Chorus

Selasa, 8 Februari 2011

KOLEKSI DARI AL-BARAKAH






 di sekitar ceramah ustaz muhammad kazim elias al- hafis


09/02/2011, AL-BARAKAH MANJOI IPOH... KAMI SELIT KAN BEBERAPA GAMBAR SUASANA DEGAN KEHADIRAN PEMINAT SETIA USTAZ MOHD KAZIM. MEREKA TIADA MEGIRA UMUR PANGKAT DAN RUPA DGN TEKUN MENDEGAR CERAMAH YANG DI SAMPAI KAN TERKADANG ADA YANG MENGELIAKAN HATI, BAGI MERAKA YANG MAHU MENJADIKAN V.C.D.ATAU C.D USTAZ.  KOLEKSI KUNJUGILAH KAMI DI SEKITAR KAWASAN ADA JIKA KAMI DI JEMPUT. KAMI ADA MENJUAL NYA. PRODUT KAMI SELAIN V.C.D. C.D. KAMI ADA MEMJUAL AIR PENAWAR 30 JUZUK AYAT AL-QURAN, KISMIS MINDA, KURMA AJWA. DI BERIKAN JUGA DOA2 DARI USTAZ BUAT SEMUA, DATANG LAH KAMI MENANTI ANDA .....

Maher Zain - Insha Allah Malay version with lyrics (Studio Version)

ini lah menjadi kemarahan rakyar

Manusia Paling Kaya




Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya. Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico. Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir. Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles,

Maher Zain - Insha Allah Malay version with lyrics (Studio Version)

Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)

satu kejutan buat penyanyi nasyid di dunia

Insha Allah Malay version




Lagu InsyaAllah dari Maher Zain mungkin selalu kita dengar. Tetapi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris. Sekarang mari kita dengar Maher nyanyi lagu tersebut dalam bahasa Melayu

poster ceramah ustaz muhammad kazim di koyak

06.02.2011 jam 9.00 ceramah pedana yang di ada kan di pekaragan masjid batu 20. batu kurau .oleh ALFADIL USTAZ MUHAMMAD KAZIM ELIAS AL-HAFIS, telah mendapat tentagan dari pihak yang tak bertangung jawab, entah apa yang merka marah sehinga poster ustaz di koyak. ia tidak mematah kan semagat peminat ustaz kerana malam itu kehadiran peminat ustaz amat mengalak, kerusi penuh dah pihak masjid ada menyedia kan tikar, kami bagi pehak  staf al-barakah megucap kan terima kasih kepada semua kaki tagan masjid batu 20 di atas jemputan ini,