Ahad, 20 April 2014

8 KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING

8 KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING


Hampir semua orang kenal akan buah belimbing dan makan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Perkongsian kita pada hari ini, ialah menegenai belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar. Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. sebelum ini saya ada berkongsikan kebaikan dan khasiat buah delima,  buahnaga dan buah avokado. Di bawah saya senaraikan 8 khasiat dan kebaikan buah belimbing.


8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Belimbing


Boleh dijadikan pelbagai jenis produk

Buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.


Sumber Nutrisi yang baik

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam Menurunkan tekanan darah, anti kanser, menurukan kolestrol dan membersihkan usus


kaya dengan vitamin c

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi - sumber Mingguan Wanita April04


Membantu menurunkan kolestrol 

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.


Mencegah penyakit darah tinggi

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penghidap penyakit tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali. Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.


Membantu menghentikan pendarahan dan mengurangkan deman panas

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. 


Mengubati penyakit mata dan elok merawat masalah buah pinggang

Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.


Sesual untuk mengatsi masalah muntah-muntah dan sakit kepala.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap)

1OO1 PETUA AMALAN. MARI AMAL KAN.

1001 PETUA


1001 PETUA
Ingatlah ! Jangan di perlekehkan petua orang tua-tua kita zaman dahulu. Sebelum ada nya segala macam ilmu moden, Petua lah yang di gunakan. Kenapa Petua? Kerana Petua itu lebih tua usianya dari ilmu.
Berikut ada 34 petua yang mungkin berguna buat kita semua, terutama disaat terdesak. Apa salahnya jika kita mencuba...

(1) PETUA TERCEKIK TULANG
Anda menghadapi situasi cemas tercekik tulang?
Jangan panik… cubalah salah satu petua di bawah:

- Kepal-kepalkan nasi dan terus telan. 

- Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.

- Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan  beransur-ansur reda.
Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.

(2) PETUA SEGARKAN MUKA
Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahkan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.

(3) PETUA SAKIT GIGI
Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

- Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

- Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

- Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

- Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

- Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

- Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

- Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

(4) PETUA RAWAT SEMBELIT
Anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana petua sembelit di bawah.

- Makan buah pisang atau betik selalu.

- Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

- Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap    hari sehingga sembuh.

- Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

(5) PETUA MERINGKAN SAKIT GOUT
Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

(6) PETUA MERAWAT SENGUGUT
Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

(7) PETUA MERAWAT SENGATAN TEBUAN
Jika anda terkena sengatatan tebuan, ambil sedikit ubat gigi dan campurkan dengan beberapa titis cuka. Kacau hingga mesra. Sapukan campuran pada bengkak gigitan tebuan. Biarkan hingga kering dan bilas. Ulangi sehingga bengkak susut dan hilang.

(8) PETUA MERAWAT SELSEMA
Selesema membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika anda menghidapi selesama, cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk mengatasi merawat selesema.

- Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

- Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.

- Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.

- Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.

(9) PETUA MERAWAT RESDUNG
Hiris halus 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

(10) PETUA SEMBUHKAN KURAP
Kulit kurap membuat seseorang berasa tidak selesa dan malu. Jika menghadapi masalah kulit ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini.

- Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
- Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.

- Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

(11) PETUA MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.

(12) PETUA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN AIR KOSONG
Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan 'supplement' atau pembedahan.

- Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan: 
Berat badan Ali ialah 75kg. 
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

- Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh: 
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 

500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
- Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang. 

- Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

- Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

(13) PETUA MENGUBATI BISUL
Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:

- Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

- Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

- Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

- Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

(14) PETUA MENGUBATI GASTRIK
Dapatkan seketul kunyit hidup. Bersihkan kunyit dan parut atau kisar. Campurkan dengan sedikit air masak dan tapis ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan jika suka masukkan sebiji telur kuning. Minum campuran ini bila terasa sakit.

(15) PETUA MENGHILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK
Campurkan 1 sudu makan garam dengan 2 sudu makan air, jangan biarkan garam terlarut. Sentalkan garam yang basah dibahagian yang terkena gigitan. Rasa gatal akan hilang bersama kesan gigitan.

(16) PETUA MENGHILANGKAN BAU PETI AIS
Bersihkan peti ais terlebih dahulu. Tutup suis dan keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais. Gunakan tuala basah untuk lap keseluruhan bahagian dalam peti ais. Biarkan kering.
Setelah kering, masukkan semula semua bahan dalam peti ais. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam bekas kecil tanpa penutup dan masukkan ke dalam peti ais. Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar.

(17) PETUA MENGKEKALKAN WARNA PAKAIAN
Baju berwarna terutama yang berwarna gelap dan pastel mudah luntur. Untuk mengekalkan warna pakaian anda, cubalah petua ini.

Ambil dua biji kentang, kupas kulitnya dan rebus. Lenyek kentang tersebut dengan sedikit garam dan sedikit cuka. Lumur keseluruhan pakaian anda dengan campuran tersebut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

(18) PETUA MELUNAKAN SUARA
Cubalah salah satu atau kedua-dua petua di bawah ini untuk mendapatkan suara yang lunak.

1) Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

2) Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

(19) PETUA MELEBATKAN RAMBUT
Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. 
Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. 
Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu. 
Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.

- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.

- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

(20) PETUA KURUSKAN BADAN TANPA UBAT-UBATAN

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG
Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini 

menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah 

kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI
Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
ELAKMINUM MINUMAN BERKARBONAT

(21) PETUA KURANGKAN PERUT BUNCIT
Perut anda buncit?
Ukuran badan anda mungkin ok tapi bahagian perut membonjol ke depan. Nak bergaya pon susah. Cubalah petua ni:
Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya.
Minum air kosong (bukan air berperisa) sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Lebih banyak lebih bagus.

(22) PETUA HITAMKAN RAMBUT BERUBAN DENGAN DAUN KARI
Anda mengalami masalah rambut beruban?
Uban tumbuh atas faktor usia, tapi ada juga orang muda yang beruban mungkin kerana akar rambut sakit.
Untuk menghitamkan rambut berubat, cubalah petua menggunakan daun kari ini.

- Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.

- Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.

- Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. 

- Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

(22) PETUA HILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK
Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua di bawah ini:

- Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.

- Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

- Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut 

(23) PETUA HILANGKAN PANAU
Anda menghadapi masalah kulit berpanau?
Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

(24) PETUA HILANGKAN KELEMUMUR
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

(25) PETUA HILANGKAN KEDUT PADA WAJAH
Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.

(26) PETUA HILANGKAN JERAWAT
Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

(27) PETUA HILANGKAN HANYIR DAGING ATAU AYAM
Bau hanyir masakan boleh mematikan selera. Cubalah salah satu cara di bawah ini untuk menghilangkan bau hanyir daging atau ayam.

- Perap daging atau ayam dengan asam jawa, atau perahan limau nipis/kasturi/lemon, atau tepung gandum selama 10 minit. Bilas hingga bersih.

- Lumur daging atau ayam dengan sedikit cuka masakan dan perap selama sejam. Bilas hingga bersih.

(28) PETUA HILANGKAN BAU MULUT
Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

- Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

- Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

- Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.
- Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.
- Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

- Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

(29) PETUA HILANGKAN BAU BADAN
Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh
  Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
  Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras
  Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas  atau mandi.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
  Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari. atauCampurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
  Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
  Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
  Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan  
   sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
  Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.

(30) PETUA HAPUSKAN KUTU RAMBUT
Kepala gatal kerana KUTU?
Jangan risau, kepala berkutu adalah masalah biasa sejak zaman dahulu kala lagi.
Cubalah petua ini, mudah dan InsyaAllah mujarab.

- Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada   keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat  dengan penyikat kutu.Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada   di kepala.

(31) PETUA HALAU SEMUT
Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:

- Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak    semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau   menukar rasa manis gula.

- Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

- Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

- Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

- Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

- Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

(32) PETUA REDAKAN CIRIT BIRIT
Rendam empat sudu makan daun teh di dalam segelas air panas sehingga kembang. Setelah itu minum air teh tersebut dua kali sehari sehingga cirit-birit sembuh.

(33) PETUA CERAHKAN KULIT 
Kulit yang terdedah pada cahaya matahari dan debu dapat membuat kulit tubuh kelihatan kusam dan tidak bermaya. Perawatan lulur dengan menggunakan serbuk kopi dipercayai dapat mengembalikan kecerahan kulit tubuh anda. Biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghaluskan, membuat kulit menjadi cerah dan kelihatan lebih cerah.

Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus, kemudian tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya menjadi paste. Kacau hingga rata. Usapkan lulur kopi ini pada seluruh tubuh anda sambil digosok-gosokan secara perlahan. Biarkan anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi menyerap ke seluruh tubuh. Setelah itu, bilas tubuh sampai bersih dengan menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam.

(34) PETUA BERSIHKAN KUALI PERIUK
Gosok bahagian kuali atau periuk yang hitam dengan kertas pasir halus. Kemudian cuci dan sental dengan berus dawai kasar diikuti berus dawai halus bersama sabun cap kapak atau sabun mandi. Bilas dengan air bersih. Hasilnya kuali atau periuk anda akan bersih tanpa jelaga dan berkilat.

RAJA BOMOH BUAT HAL LAGI, KALI INI BUAT RITUAL DI LOKASI KEMALAGAN MENDIANG KARPAL SINGH



kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya 
Ipoh-Sekeping gambar yang di ambil oran ramai menunjukkan Raja Bomoh telah pergi ke lokasi kemalangan yang meragut nyawa mendiang YB Karpal Singh hari ini untuk melakukan ritual bersama pengikutnya.

Pemergian beliau kesana tanpa sebarang arahan dan permintaan dari mana-mana waris mendiang YB Karpal Singh atau mana-mana pihak, semuanya atas kehendak beliau sendiri.

Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami...
"Banyak makhluk halus berkeliaran di kawasan ini"...dakwa Raja Bomoh...
Raja Bomoh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.
Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan ngeri berhampiran 'Gua Tempurung'.
Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.