Selasa, 31 Disember 2013

Khasiat Durian Belanda

Khasiat Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Amalan-Amalan IBU Ketika Megandung

Google Image




Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ketika mengandung adalah:



1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :

5.
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6.
Maha Suci Allah

7.



Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :

8.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

SUKA MAKAN MAKANAN PANAS SILA BACA INI !


Suka makan dalam keadaan panas?  Mari kita fikir sejenak tuntunan Nabi Muhammad S.A.W "Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. " ( HR. Baihaqi) .

Jika makanan atau minuman yang hendak engkau nikmati masih panas, tunggulah sehingga sejuk atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya . Ingatlah sabda Nabi S.A.W, " Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan (Malah mudarat kepada kesihatan) pada makanan atau minuman yang panas. " (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).

Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad, "Nabi S.A.W tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas. " Beliau juga bersabda, " Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " ( HR . Darimi dan Ahmad). 

Di antara barakah makanan yang sejuk manurut Imam Nawawi rahimahullahu ta'ala adalah, tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh. Maka, masihkah mahu makan kambing panas- panas?

SUKA MAKAN SATE ATAU BARBEKU:
Suka makan sate atau barbeku? Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu sebagaimana termaktub dalam At -Targhib Wat- Tarhib. "Pernah Rasulullah S.A.W mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar.

Mereka mengajak beliau makan sama, tapi beliau menolak dan tidak makan. Anas bin Malik radhiyallahu ' anhu berkata, " Rasulullah tidak menyukai makanan bakar dan makanan panas. "

Beliau bersabda sebagaimana terdapat dalam Al- Jami'ush Shaghir, "Makanlah makanan yang sejuk sebab makanan sejuk itu ada barakahnya. Ingatlah! Makanan panas itu tidak ada barakahnya . "

SUKA MAKAN SUP PANAS-PANAS:
Suka makan sup? Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu' anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memakan sup kaki kambing yang dikirimkan Abu Bakar radhiyallahu' anhu.

Apa yang patut kita lakukan ketika makan? Kata Imam Nawawi dalam Al- Adzkaar , "Dianjurkan berbicara ketika makan. " Imam Ahmad rahimahullahu ta'ala berkata, " Makan sambil memuji Allah itu lebih baik daripada makan sambil diam"

BAHAYA MENIUP DAN MAKAN MAKANAN PANAS DARI SEGI SAINS:
Makanan dan minuman yang panas tersebut mengeluarkan wap air iaituH2O.
Apabila kita meniupnya, kita memberikan gas kumuhan kita yang mengandungi karbon dioksida iaitu C02.

Wap air tersebut apabila bercampur dengan gas karbon dioksida akan bertindak balas dan menghasilkan asid karbonik yang bersifat berasid.

H2O + CO2 -> H2CO3

Di dalam darah kita pula terdapat H2CO3 yang berguna untuk mengatur pH di dalam darah. Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mengekalkan pH) supaya berkeadaan asid lemah berupa H2CO3 dalam bentuk HCO3- sehingga darah memiliki pH antara 7.35 – 7.45 dengan reaksi sebagai berikut:

CO2 + H20 <= H2CO3 => HCO3- + H+

Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung terhadap perubahan yang terjadi secara tiba-tiba dalam pH darah. 

Apabila terdapat perubahan boleh menyebabkan keseimbangan pH darah tidak dapat dikekalkan dalam keadaan normal sama ada bersifat lebih berasid atau beralkali dan keadaan ini akan menggangu sistem tubuh kita.

Apa yang berlaku setelah kita makan atau minum makanan tersebut akan menambahkan keasidan darah kita dan menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih berasid (pH akan menurun).

Seiring dengan menurunnya pH darah, pernafasan menjadi lebih cepat sebagai usaha tubuh untuk menstabilkan keasidan darah pada tahap normal dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida.

Ginjal juga berusaha mengatasi masalah tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid melalui urin.

Tetapi kedua-dua mekanisme tersebut tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid.

KESAN JANGKA PANJANG: 

Akan menyebabkan lelah, rasa mengantuk, mual dan mengalami masalah pemikiran disebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan teratur. Sehingga boleh menyebabkan penyakit tekanan darah rendah, strok, malahan boleh menyebabkan koma dan kematian.

Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa udara hembusan kita juga mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.

Oleh itu, cubalah sedaya upaya elakkan diri daripada meniup makanan yang panas. Dalam Islam sendiri tidak digalakkan meniup makanan dan tidak digalakkan memakan makanan yang panas. 

Sebab itu Nabi saw. melarang kita daripada minum air lebih dari tiga teguk untuk mengelakkan kita daripada menghembus nafas ke dalam air, dan terdapat hadis Rasullullah saw. yang menyatakan bahawa tiada keberkatan pada makanan panas.

BAHAYA MAKANAN YANG DI BAKAR DARI SEGI SAINS:
Fakta sains menyatakan Arang untuk memanggang daging boleh menyebabkan anda terdedah pada risiko untuk terkena kanser. Tentu anda tidak ingin terkena penyakit mematikan ini kan?

Arang untuk memanggang bahaya untuk kesehatan Anda, jika dilakukan secara berlebihan. Pembakaran arang atau kayu boleh menyebabkan pembentukan hidrokarbon dan partikel jelaga yang berbahaya untuk kesehatan Anda.

Ada dua jenis bahan karsinogenik terhasil dengan arang untuk memanggang daging. Dua bahan yang terbentuk inilah jika di ambil berlebihan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan barah.

* Hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH).

* Amina heterosiklik (HCA).

Subhanallah, semua yang dilarang Nabi Muhamad S.A.W ternyata dan terbukti kebenarannya.

KEHEBATAN... Gambar Aksi Tentera Dalam Penyamaran Yang Sukar Di Lihat


Penyamaran merupakan perkara yang sangat penting dalam ketenteraan. seragam celoreng tentera merupakan penyamaran yang paling berkesan dipakai supaya dalam medan pertempuran supaya musuh tidak boleh melihat kehadiran pasukan lawan.

Berikut ini adalah penyamaran yang amat luar biasa. Hebatnya




Jumaat, 20 Disember 2013

Rahsia Isteri Yang Perlu Di Ketahui Oleh Para Suami




1.    " Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "


2.    " Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

3.    " Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

4.    " Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

5.    " Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

Berhati2! Bukti Jelas Doktor Ambil Kesempatan Pada Pesakit Wanita.


Memang kurang ajar!!! sebelum itu mohon anda yang belum cukup umur  sila beredar dari sini.berbalik cerita ini bayangkan jika ia berlaku kepada anda atau isteri anda bagaimana anda perasaan itu? memang naik gila lah jawabnya.

Walaupun gelaran doktor beliau tetap ada nafsu.Itulah menjadi kerisauan admin.Tambahan di Malaysia boleh dikatakan pesakit perempuan dirawat oleh doktor lelaki.Bayangkan jika doktor tersebut berminat dengan wanita tersebut hanya menunggu peluang sahaja pasti akan dapat.

Tapi setakat hari ini admin tidak dengar lagi doktor di Malaysia seperti dalam gambar ini.Namun kita harus berhati-hati dan waspada jika boleh dielakkan sila elakkan sesungguhnya malang tidak berbau.


Jumaat, 13 Disember 2013

Foto Awan Menarik Menpersonakan Yang Jarang Kita Lihat.

Banyak kejadian aneh yang berlaku seluruh dunia. Pernah kalian tengok awan yang seram atau luar biasa di langit? Banyak kejadian seperti ini telah direkodkan. Apa itu awan? Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Pelbagai bentuk yang aneh boleh dihasilkan oleh awan. Jom kita lihat antara awan-awan yang seram dan aneh pernah dijumpai. Jom lihat gambar pelik ni!


Kejadian seperti ini bukan hanya sekadar untuk diperhatikan dan berasa takjub..tetapi renungkan sejenak tentang kebesaran Allah yang mampu melakukan apa saja di luar pemikiran kita.
























Makanan Pembangkit Tenaga Lelaki Dan Kekuatan Fizikal

Lelaki memang memerlukan nutrien untuk membantu anda mengekalkan jisim otot, mencegah kanser prostat dan sebagainya. Banyak makanan kegemaran anda bukanlah pilihan baik untuk kesihatan dalaman lelaki. Seperti wanita yang perlu mengambil makanan sihat sepanjang hamil, anda juga perlu makanan sihat untuk kekal bertenaga bersama isteri dan macho di mata si dia.


TIRAM

Ramai yang tidak tahu bahawa tiram merupakan sumber makanan cinta adalah benar. Kandungan antioksida dan zink mineral di dalamnya mampu membantu memperbaiki sel, menghasilkan DNA sihat sehinggalah mencegah penyakit kanser prostat. Fungsi seksual sistem pembiakan lelaki termasuk bilangan sperma juga akan bertambah kerana bantuan zat seperti zink. Namun, hati-hati jika tiram tidak dimasak sempurna kerana satu jangkitan dikenali sebagai Vibrio vulnificus akan menyerang anda nanti.


PISANG

Buah pisang merupakan sumber terpantas untuk mendapatkan tenaga selain kaya dengan zat potasium yang diperlukan untuk mengawal saraf, denyutan jantung dan tekanan darah. Kandungan kalium dan magnesium juga boleh membantu mengurangkan risiko diserang strok. Kaya dengan vitamin B-6, pisang membantu meningkatkan sistem imunisasi dan menambah sel darah merah. Jadi, jangan lupa menikmati sebiji pisang setiap hari atau sebelum anda menuju ke gim.


LEMAK IKAN

Ikan seperti salmon, sardin, tuna dan makerel merupakan ikan yang kaya dengan sumber omega-3 asid lemak. Pakar pemakanan juga menggalakkan anda mengambil menu ikan dua kali seminggu. Kebaikan mengambil makanan kaya omega 2 ini adalah membantu melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kanser prastat dan memelihara kesihatan jantung. Jika anda bukan penggemar ikan, flaxseed, kacang walnut, minyak canola dan telur boleh diambil sebagai ganti.


BROKOLI

Kaya dengan vitamin C, beta karotin dan potasium mampu membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Kandungan phytochemical yang digelar sulphoraphane pula merupakan bahan pencegah prostat dan kolon yang kerap menyerang lelaki. Kajian dari Universiti Harvard medapati lima hidangan seminggu mampu membantu mencegah penyakit kanser pundi kencing. Bagi anda yang bukan peminat brokoli, kubis, bok choy, kubis bunga dan taugeh boleh membantu anda mencegah kerisauan diserang kanser.


KACANG BRAZIL

Kacang Brazil adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood. Selain itu, ia juga baik untuk jantung dan hati.


TELUR

Berita baik untuk anda yang mudah mengalami keguguran rambut. Penyelesaiannya, masukkan telur ke dalam menu harian anda. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.

Masih sempat lagi untuk anda menghala ke pasar pagi untuk mencari makanan-makanan sihat. Jika sebelum ini anda bukanlah seorang yang mementingkan kesihatan, masih belum terlambat lagi untuk anda menjaga kesihatan tubuh badan anda. Hendak ‘pakai’ lama, kenalah jaga supaya wanita percaya anda sentiasa yang terbaik buat mereka.

Rabu, 11 Disember 2013

Tiknik Untuk Mengkhayalkan Mangsa..


pada 21hb November 2013 pukul 11.40 pagi


Satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.

Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam (seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa.

Sumber : KlikAje.com